Aku melangkah masuk kedalam bilik aku ternampak mama yang sedang tebaring diatas katil... Tapi... Ada baby sebelah mama...
"Papa... Kenapa ada baby sebelah mama... Sapa baby ni... Kenapa dengan mama..."
Perlakuan aku sedikit kebudak-budakan ketika itu... Aku masih bingung... Bila mama mengandung... Aku pergi baru 9 bulan... Kenapa tok tak cakap pape pown...
"Afiq... Sini kat mama..."
Mama tersedar dari tidur selepas dengar suaraku yang agak kuat mungkin terkejut...
"Ehh mama.. Sorry buat mama tersedar"
"Tak pe fiq... Sini mama nak cakap... Ni yang mama nak bagi tau... Dulu sebelum kamu pergi menetap di kuala lumpur sana... Mama dah mengandungkan adik kamu ni... Time tu mama baru sebulan lebih... So mama saja rahsia kan... Tok semua dah tahu saja mama suruh rahsia kan..."
Aku hanya mengangguk tanda faham...
"Dah lama ke mama bersalin... Dah letak nama dah kee kat baby ni..."
"Baru 3 hari... Sebab baby dengan mama tak dak ape sebab tu doctor bagi balik awal... Nama pun belum letak nak tunggu kamu balik lah..."
"Ehh kenapa tunggu Afiq... Papa dengan mama tak letakkan je"
"Saja kami tunggu kamu balik... Kamu nk letak nama apa..."
"Okey sekejap Afiq fikirkan... Tapi kalau Afiq nak gabungkan nama Afiq dengan Zarul boleh... Jadi nama dia Muhammad Afiq Zaqwan bin Izham"
"Wahh... Sedap nama tu... Okey papa dengan mama setuju... Jadi esok pagi kamu datang sini kita pergi JPN nak daftarkan adik kamu ni... Lambat nanti kena denda..."
"Baik pa.."
Perasaan yang sedih tadi mula hilang dari ingatan ku... Aku mula rasa tenang melihat adik aku... Comel je... Muka dia macam arwah Zack... Sebijik... Mungkin Allah gantikan Zack dengan baby ni... Air mata aku kembali mengalir selepas terkenangkan Zack...
"Afiq... Kenapa kamu menagis... Cuba bagitau mama"
"Mama... Mama tengok muka adik macam sapa mama"
Mama diam seketika dan melihat wajah adik... Selepas mama melihat wajah adik mama terus memandang ke arah aku...
"Mama faham... Muka dia sama macam Zarul kan... Dah mama tak nak tengok kamu nagis... Mama nak kamu bersyukur... Allah jadikan baby ni sama macam muka Arwah... Supaya kita tak rindukan dia sangat"
Aku menngganguk pelahan tanda faham... Hari pun dah nak malam aku meminta izin untuk pulang... Nanti risau pulak tok...
Rumah aku dengan Zack tak da lah jauh mana selang beberapa bijik rumah jee dari rumah aku... 2 rumah je...
"Assalammualaikum... Tok apit balik dah ni"
"Haah... Waalaikummusalam.. Balik dah... Hang p mana..."
"P kubur sat tadi... Pastu singgah rumah Zarul sat..."
"Haah elok lah... Rumah orang tu ada baby dengan hang baru balik kubuq p rumah dia"
"Mana ceq tau ada baby... Tok pown tak mau habaq..."
"Haah betoi gak... Ohh lupa rahsia..."
"Rahsia sangat kan... Sat tau... Apit mandi sat..."
"Apit"... Tulah gelaran dirumah aku... Semua dah biasa dengan panggilan tu...
"Lepas mandi satlagi solat lepas tu makan... Dengaq tak"...
"Baik big boss"...
"Tak payag nak big boss sangat... Cepat mandi"...
Apabila tok telah membuka mulutnya dah macam harimau nak makan orang tu... Aku mula lah lari macam orang gila tak ingat dunia... Hahaha...
Usai mandi dan solat aku terus keluar dari bilik untuk mandi kalau tak kena jerit lagi lah... Hahah itu lah tok aku... Walaupun dua orang ja dalam rumah tu tapi macam 10 orang... Hahaha tak sunyi lah...
Jam dah menunjukkan jam 11 malam... Mata aku dah mula mengantuk... Biasa lah tadi jalan jauh... Dah macam aku yang bawak bas tu padahal tidur je... Baru nak lelapkan mata... Phone aku bergetar menandakan ada chat diwhatsapp...
Aiman
"Afiq... Sebelum aku nak cakap apa yang aku nak cakap ni... Aku nak minta maaf dekat kau... Aku tinggalkau mcam tu ja tanpa bagitau pape... Aku harap kau dapat maafkan aku... Aku tak mampu nak bersama kau lagi... Aku tak nak kau sakit dengan cinta palsu aku... Kau lepaskan aku yee Afiq... Aku tak cintakan kau... Cinta aku dekat kau hanya palsu... Tak pa Afiq... Aku akan pergi jauh dari kau. Aku tak akan kacau kau lagi... Aku akan pergi aku nak mulakan hidup baru dengan orang yang aku sayang... And last.. Aku harap kau bahagia dengan orang lain... Salam sayang dari aku Aiman...Belum sempat aku membalas chat tersebut no aku telah di block... Aku hanya menatap chat tu sambil air mata menjurai keluar... Perasaan sedih bercampur baur dengan perasan dendam... Aku tak tahu dari mana datang nya perasaan dendam tu... Zack tak pernah ajar perasaan tu... Aku menjadi benci pada Aiman... Benci sehingga aku rasa aku akan berdendam sampai aku mati...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pagi dah menjelma... Aku tak sedar bila yang aku tidur... Aku sedar pown selepas terdengar ayam berkokok... Nyaman nya kampung tak macam dekat KL... Pagi-pagi dengar hon kereta bunyi kereta anjing menyalaklah semua ada... Tapi pagi di kampung lain... Tenang je rasa... Rasa macam dah malas nak duduk KL lagi... Kenapalah aku setuju nak duduk KL hari tu...
Macam biasa rutin pagi aku dikampung sama saja macam di ibu kota sana... Bagun pagi mandi solat and makan... Tapi kali ni aku tak ke kelas... Cuti sem kan... So rest je lah... Habiskan masa cuti aku... Haah aku terlupa yang papa ajak aku pergi JPN... Aku terus siap pakai hensem-hensem sikit... Kot ada yang melekat ke nanti... Hahaha... Aku dah siap.. Jom pegi...
"Tokkk..... Ooooooo..... Tokkkk..."
Mana pulak pergi tok ni...
"Haah awat... Ada kat bawah ni"
"Apit nak keluaq ni ikot papa pergi JPN..."
"Cari apa pulak dekat JPN tu..."
"Nak daftar nama adik baru apit lah..."
"Semua adik hang... Orang lain yang beranak sedap-sedap jee ambik jadi adik hang..."
"Alahhh tok ni... Macam tak kenal cucu sendiri... Okey lah tok apit pegi dulu... Nk calam😚😚😚"
"Haah mula dah gedik dia... Dah p cepat satlagi hingaq (bising) orang tua tu... Salam cepat"
Aku bersalam dengan tok dan pergi ke rumah papa... Aku jalan kaki je sebab dekat sangat... Malas nak bazirkan minyak moto...
"Assalammualaikum papa ucux..."
"Haah... Walaikummusalam... Apa tak dengar panggil apa tadi... Papa ucux... Hey... Kamu tu busuk... Tengok Wan pown taknak tengok kamu"...
"Elehh papa ni... Mana wan... Sini nak tengok"
Wan tu adalah nama samaran bagi adik aku... Alhamdulillah hari ni mama dah boleh berjalan sikit dah... Tapi papa pesan mama tak boleh berjalan langsung time kami tak ada...
Bersambung....
Nak tau apa yang jadi lepas tu... Tunggu okey... Nanti aku akan update lagi dari semasa ke semasa... InsyaAllah... Okey lah.. Bye... Nk sambung😴😴😴... Muahhh sayang korang😘😘😘
Jangan lupa vote and comment okey... Bye
YOU ARE READING
Kisah Hidupku 2
RomanceSelepas kematian Zack kini Afiq mula hidup berseorangan dan Afiq telah menamatkan persekolahanya. Dan telah mendapan keputusan SPM. Kini Afiq telahpun berpindah ke ibukota Kuala Lumpur dan memulakan hidup barunya di Kuala Lumpur dan Afiq telah menya...