KlikPintu locker dibuka.
Jam ditilik seketika.
6:45 a.m.
Masih awal lagi. Kelas mula pukul 8.
Aku letak coklat itu didalam locker.
Pintu locker ditutup.
Sebaik sahaja aku pusing sesuatu menghalang laluan ku.
" Aduh. " Aku menggosok dahi sedikit. Kepala didongakkan sedikit.
" Sunbae?! " Kata ku sedikit kuat ; terkejut.
" Jadi. Kau yang letak coklat dalam locker Yoongi selama ni? " Aku menundukkan kepala sedikit.
" Sa-- saya mintak maaf. Lepasni saya tak bagi dah. " Baru sahaja aku ingin membuka locker milik Yoongi tanganku ditahan.
" Jangan. Biarkan. " Aku tersentak.
" Kenapa-- " kata-kata ku dipotong.
" Sebab dia dah salah pilih orang yang sepatutnya jadi milik dia. "
" Nae? "
" Jadi. Nama kau Eunmi. Kang Eunmi. Ingat, jangan berhenti bagi dia coklat. " Baru sahaja lelaki itu mahu beredar aku memanggilnya kembali.
" Tunggu! Nama sunbae ape? " Tanya ku yang masih berada di depan locker Yoongi.
" Hoseok. Jung Hoseok. " Lelaki itu tersenyum dan berlalu pergi.
-----
Tolong simpan rahsia saya.
Saya percayakan sunbae.
Gomawo.