" Kenapa kau sorokkan dari semua orang. " Eunmi mula berbahasakan dirinya kau-aku dengan Somi." Aku tak nak orang lain risaukan aku. " Eunmi meraup muka.
" Kau tak fikir perasaan orang lain ke? Parents kau. Kawan kau. Yoongi. " Somi hanya menunduk.
Mereka sekarang berada di dalam bilik muzik.
" Parents aku dah takde. " Ujar Somi sayu.
Eunmi terdiam.
" Appa mati sebelum aku lahir lagi. Omma mati sebab perkara yang sama aku hadapi. Leukimia. " Somi tersenyum kecil.
Kenangan bersama keluarganya terlintas difikirannya.
Perlahan-lahan air mata Somi mengalir.
" Birthday party kau haritu? " Tanya Eunmi.
" Tu bukan parents aku. Diorang cuma keluarga angkat aku lepas parents aku pergi. "
" Habistu kau nak tinggalkan Yoongi macam tu je. " Ujar Eunmi pula.
" Kau boleh jaga dia. " Eunmi terkejut dengan kata-kata Somi.
" Macam mana--- "
" Aku nampak kau letak coklat kat locker Yoongi setiap hari. " Eunmi terdiam.
" Kau boleh jaga dia untuk aku kan? " Somi cuba untuk senyum dalam tangisannya.
" Tak. Aku tak boleh. Sebab hati dia ade dekat kau. Bukan aku. Aku hanya perempuan yang menumpang kebahagiaan dia. " Eunmi tersenyum hambar lalu berjalan keluar dari bilik muzik meninggalkan Somi keseorangan.
Klik
Pintu bilik muzik dibuka oleh Eunmi.
Sebaik sahaja dia keluar. Yoongi berada di hadapan pintu bilik muzik.
Eunmi hanya memberikan senyuman kecil kepada Yoongi dan berlalu pergi dari situ.
-----
Dia mungkin takkan terima aku.
Jadi biar dia bahagia dengan kau.
Kalau tu yang boleh buat dia bahagia,
Aku pun bahagia.