Part 1

8 1 0
                                    

Park Jin Soul's Pov

Aku berjalan ke arah banggunan sekolah di hadapanku. Hari ini hari terakhir aku bersekolah di sini. Aku perlu ikut appa ku ke Busan.

Aku berjalan dengan perlahan. Berat hatiku untuk meninggalkan sekolah ini. Sekolah yang penuh dengan kenangan.

"Hey! Awalnya hari ini?" Sapa kawan baikku. Yoo Hye Jung.

"Ahaha..saja je..terbangun awal pula". Kataku sambil memberikan senyuman palsu.

Aku tidak memberitahu sesiapa pun yang aku akan pindah sekolah. Takut mereka sedih.

Aku juga sedih. Kena tinggalkan kawan baik dan crush. Ahaks..

Hye Jung meletakkan lengannya di atas bahuku. Kami berjalan ke arah kelas kami bersama-sama.

Sesampai di kelas,Hye Jung pergi ke tandas sementara aku berseorangan di dalam kelas.

Aku mengeluarkan telefonku. Aplikasi Instagram ditekan. Aku melihat profil crush ku.

'Hm..lepas ni saya tak dapat jumpa awak dah..hanya mampu melihat hari-hari awak dalam ni je..' Bisik hatiku sambil tersenyum.

Semasa pembelajaran sebelum rehat,tiba-tiba ada orang datang mengetuk pintu kelas dan memberitahu,saem ingin berjumpaku di pejabat. Budak kelas 2-3 itu memberitahuku supaya membawa beg sekali.

Aku memandang Hye Jung sekilas dan tersenyum ke arahnya. Wajah Hye Jung penuh dengan tanda hairan.

++

No One's Pov

Jin Soul melangkah keluar dari kawasan sekolah dengan air mata yang mengalir.

'Aku minta maaf Hye Jung..' Bisik hati Jin Soul.

Jin Soul memasuki keretanya. Keretanya meluncur laju ke arah rumahnya. Dia perlu menukar baju dan terus bertolak ke Busan.

++

"Saem! Boleh saya tanya tak? Mana Jin Soul? Dari tadi saya tak nampak dia sejak dipanggil tadi". Soal Hye Jung sambil mengangkat tangannya.

"Hm..kamu tak tahu ke? Jin Soul pindah ke Busan. Dia perlu ikut appanya". Jawab guru kelasnya. Guru kelasnya juga sedih kerana kehilangan anak murid kesayangan.

"Betul ke??? Saya tak salah dengar kan??" Soal Hye Jung mahukan kepastian sambil menggelengkan kepalanya berulang kali. Air matanya juga mengalir.

"Ya". Jawab saem ringkas.

Hye Jung betul-betul tak percaya. Busan bukannya dekat. Lebih kurang satu hari juga mahu ke sana.

'Kenapa kau tak beritahu aku Jin Soul???' Bisik hati Hye Jung sambil mengalirkan air matanya.

Sungguh dia tidak percaya. Sanggup Jin Soul pergi tanpa memberitahunya.

Hye Jung pergi ke tandas. Dia melepaskan semua air matanya.

++

Hari sudah larut malam,Jin Soul masih dalam perjalanan. Dia mengalirkan air matanya sekali lagi bila teringatkan memorinya di sekolah lamanya.

Dia membuka aplikasi Instagram. Dia membuka profil rakannya.

'Aku minta maaf sekali lagi Hye Jung. Aku minta maaf sangat-sangat. Aku tak berniat pun nak buat macam ni. Tapi aku rasa ini kebaikan kau juga' Bisik hati Jin Soul.

"Cik muda? Okay?" Soal pemandu Jin Soul kepadanya.

Jin Soul hanya mengangguk tanda dia okay. Dia terlelap dengan air mata.

[OG] FinallyWhere stories live. Discover now