Jin Soul sudah sampai di rumah baharunya. Pada hari pertama dia berasa sangat bosan kerana tidak dapat bersekolah. Dia akan bersekolah lusa kerana appa dan ommanya menguruskan hal dan maklumat-maklumat penting untuk kemasukan sekolah.
++
Kring! Kring!
Bunyi jam loceng Jin Soul menandakan tepat pada pukul 6:00 pagi.Jin Soul terus membuka mata walaupun masih mamai. Dia mengambil tuala yang disangkut di belakang pintu lalu memasuki bilik mandi.
Dia sangat teruja mahu ke sekolah baharu.
Setelah selesai,Jin Soul menuruni anak tangga satu persatu lalu menyapa Puan Jung yang sedang menghidangkan sarapan.
"Omma!! Morning!!" Kata Jin Soul riang.
"Ya? Hah dah siap dah?? Makan ni cepat omma nak bersiap".
Jin Soul hanya membuat tanda 'okay' dengan jarinya.
Dia menikmati sarapan itu sambil bermain telefon. Sedang dia bermain telefon Puan Jung menegurnya.
"Dah habis dah??? Jom cepat. Nanti lambat". Ujar Puan Jung.
"Ahh..okay". Jawab Jin Soul ringkas dan menyimpan telefonnya.
++
Kereta Jin Soul menuju laju ke arah banggunan yang agak cantik. Kawasannya juga besar.
"Erm..Soul..kamu ada mesej apa-apa dekat Hye Jung tak bila dah sampai sini?" Soal Puan Jung kepada anaknya Jin Soul untuk memecahkan kesunyian.
"Erm..lupa la..hehehe.." Jawab Jin Soul sambil tersengih.
"Haih..teruja sangat la ni". Kata Puan Jung sambil mengusap kepala anaknya.
"Hehe..kenapa omma?" Soal Jin Soul ragu-ragu.
"Hm..takda la. Semalam Hye Jung ada mesej omma dia cakap Jin Soul dah tak ingat dia ke. Omma cakap mungkin kamu penat. Ye la kan baru sampai. Dia pun kata okay je". Jawab Puan Jung panjang lebar.
Jin Soul membulatkan mulutnya. Tanda dia faham apa yang Puan Jung sampaikan.
++
Jin Soul's Pov
Omma sudah meluncurkan keretanya dan aku kena buat benda ni seorang-seorang. Lagi pun aku dah besar dan dah pandai berdikari katanya.
Aku mengeluh dan tersenyum. Perkara pertama mesti cari pejabat.
Sedang aku berjalan,tiba-tiba aku terlanggar seseorang.
Buk!
"Awak okay?" Soal seorang lelaki. Mungkin dia yang aku langgar tadi.
"Ahh..okay". Jawabku dan bingkas bangun.
"Awak ni pelajar baharu ye?" Soal lelaki tadi.
"Ahah..y-ye.." Jawabku sambil menganggukkan kepala.
"Boleh saya tanya tak? Pejabat dekat mana ye?" Sambungku.
"Ahh..pejabat? Dekat dengan bilik guru,tingkat 2,sebelah kanan". Jawab lelaki itu.
Aku hanya meng'o'kan je.
"Ahh..mian lupa pula nak perkenalkan diri. Saya Jung Jaehyun". Kata lelaki itu sambil menghulurkan tangan serta senyuman. Senyuman lelaki itu sungguh manis.
"Saya pun nak minta maaf..saya Jung Jin Soul". Ujarku sambil menyambut huluran tadi.
"Haha nama belakang kita sama". Sengih Jaehyun. Jin Soul pun turut tersengih.
Kring!
Bunyi loceng menandakan waktu pembelajaran,aku terus pergi ke pejabat.++
Jung Jaehyun's Pov
Kelas 6-1
"Weh duduk..cikgu dah datang!" Jerit seorang classmateku.
Aku duduk di tempat ku dengan segera.
Ms Lee pun masuk ke kelas. "Good Morning saem!" Ujar satu kelasku tanda memberi hormat.
Ms Lee hanya menganggukkan kepalanya. Tiba-tiba aku ternampak Ms Lee memanggil seseorang dari luar.
"Mari masuk". Ujar Ms Lee. Perempuan itu pun masuk ke dalam kelas ku.
"Okay class,today we have a new student. Please introduce yourself". Ujar Ms Lee.
'Macam pernah nampak je perempuan ni..pagi tadi kut'. Bisik hati ku.
"Annyeonghaseyo. Jung Jin Soul imnida". Ujarnya sambil memberi tunduk hormat.
Aku tersenyum ke arahnya. Dah agak dah patut la muka macam familiar je.
++
Jung Jin Soul's Pov
Apabila Ms Lee menyuruhku masuk ke dalam kelas,semua lelaki riuh macam beruk.
"Okay class,today we have a new student. Please introduce yourself". Ujar Ms Lee.
"Annyeonghaseyo. Jung Jin Soul imnida". Ujar ku akur dengan arahan Ms Lee.
Mataku tiba-tiba tertancap pada seseorang.
'Tu bukan ke Jaehyun??' Soal ku di dalam hati. Dia tersenyum ke arah aku. Aduh..aku cair.
"Okay Jin Soul,you can seat beside Jaehyun". Ujar Ms Lee.
Aku akur dan terus mengambil tempat. Ramai perempuan menjerit-jerit.
Aku terdengar mereka cakap aku bertuah sebab dapat duduk di sebelah Jaehyun. Special ke lelaki ni? Hahaha.
"Hai. Kita jumpa lagi". Kata Jaehyun dan melambaikan tangan ke arah ku.
"Hahaha". Aku hanya ketawa.
Pembelajaran bermula dan Jaehyun tidak putus-putus menyoal soalan yang dia tidak faham kepada ku. Aku rasa macam Jaehyun ni terlalu friendly. Tapi bila aku dekat dengan dia mesti hati aku akan berdebar. Takkan la aku suka dia pula. Hahaha kelakar. Mohon gelak berjemaah.

YOU ARE READING
[OG] Finally
Fiksi PenggemarMengisahkan tentang Jung Jin Soul seorang perempuan yang menyukai seorang lelaki di sekolah lamanya. Tetapi dia sudah 'Move On'. Apabila lelaki tersebut pindah ke sekolah baharu Jin Soul,lelaki itu menyukai Jin Soul. Tetapi malangnya Jin Soul sudah...