Part 4: I Caught You

1.6K 83 2
                                    

"Oh no... !!"

Smartphone itu terus berbunyi lama dan Rick serba salah untuk menyambut panggilan itu ataupun tidak. Nampaknya sumandak yang dia temui semalam dengan gaya kampungan menurut Bob itu tertinggal atau tercicir smartphonenya. Atau juga dia sengaja meninggalkannya untuk menemui aku lagi kata Rick sambil tersengih bermakna.

Smartphone itu diangkatnya. Mahal...

"Owh Apple iPhone 8 plus space gray!"

Rick meletakkannya kembali ke tempat duduk penumpang. Kalau ia berbunyi lagi maka dia bermaksud akan menyambutnya.

Dan smartphone itu tidak bebunyi sehingga Rick sampai ke rumah tidur. Smartphone itu dia letakkan pada meja lampu di sebelah katilnya.

* * *

Elina melangkah takut-takut memasuki rumah, mummy nya Mrs Lia sedang ada tetamu. Auntie orang putih yang baru-baru ini kelihatan amat rapat dengan mummynya. Entah siapa namanya tu, kalau tidak silap auntie inilah yang sibuk bersama mummynya mengurus majlis pertunangannya tempoh hari.

Mrs Lia : Dear come on here...

Panggilan yang mahu tidak mahu terpaksa dituruti Elina. Elina sebenarnya tidak rapat dengan rakan-rakan mummynya.

Elina : Ya mum, hello auntie.

Auntie itu menghulur tangan bersalaman, mesra dan keibuan. Cantik dan berbangsa Eropah. Hebat mummynya ada rakan sebegitu.

Mrs Lia : Sit down...

Elina : Mom, can I taking my bath first? I'm bit smelly.

Kata Elina sambil senyum-senyum malu.

Auntie : You girl shy, Came.

Keduanya ketawa perlahan dan si mummy mengisyaratkan Elina untuk mengurus dirinya dahulu.

Sampai didepan pintu bilik Emerald abangnya nombor dua sedang menunggu. Mata si abang yang ini paling pantas melihat perubahan pada adiknya.

Emerald : You didn't home last night, where were you?

Elina : Vionna place.

Emerald mengangkat sebelah keningnya bila mendapati Elina tidak memandangnya pun semasa menjawap tadi.

Emerald : Luke is looking for you.

Elina : Aha already see him.

Emerald : Are you fighting with Luke?

Elina menantang mata Emerald. Dan lelaki itu kemudian berlalu meninggalkan Elina yang masih berdiri didepan bilik.

Elina meletakkan handbagnya diatas meja. Tangannya dimasukkan untuk mencari kunci kereta. Benda itu ditemui dan diletakkan ke tempat kunci. Elina sekali lagi mencari-cari dan dia tidak menemukan benda itu. Handbag diangkat ke tempat tidur isinya dikeluarkan dan dihamparkan dan Elina tidak nampak satu apapun benda bernama smartphone!

Elina melupakan hal itu sebentar, dia mandi membersihkan diri. Keluar menemui mummynya dan auntie orang putih itu.

Nampaknya mereka sedang membincangkan kad jemputan, tema perkahwinan dan banyak lagi. Elina sebenarnya cuma duduk disitu tanpa ada berbuat apapun hanya menyetujui rancangan yang mummynya dan auntie orang putih itu rencanakan.

Sebaliknya fikirannya sibuk menerawang memikirkan kalau Luke tahu kecurangannya apakah dia akan dimaafkan atau dia akan ditinggalkan? Dan bila itu akan berlaku...

Auntie : We will try the wedding dress next week.

Elina dikejutkan dengan sentuhan tangan si auntie itu di tangannya. Elina mengangguk dan senyum sahaja.

KEEPERWhere stories live. Discover now