Part 17: Help Me Please

1.2K 88 0
                                    

Luke berdiri menunggu Janice membetulkan sling bagnya yang tadi diletakkan di atas meja.

Luke : Are you okay?

Janice : I'm okay, thank you for the great dinner.

"Ouch...!"

Kaki Janice tersandung sesuatu dan tangan tu tondu sempat berpaut pada tangan Luke. Luke cepat-cepat membantu agar tu tondu tidak terjatuh. Maklumlah tu tondu pakai high heels pula malam ini.

Mata mereka saling bertatapan dan Luke tersenyum ni. Tu tondu senyum malu-malu bila Luke membuat tangannya tetap berpaut pada lengan Luke yang pejal ni. Saat tatapan yang ada karan itu lah tiba-tiba seorang kusai menghampiri mereka.

Rick : Luke... Where's Elina your Wife!?

Karan yang sedang menyambungkan tatapan Luke dan Janice itu tiba-tiba malap, menghasilkan bau hangus apabila Janice menarik tangannya dan berpeluk tubuh melotot kearahnya.

Luke tidak menyangka sejauh itu Rick boleh muncul dan mengucar kacirkan keadaan. Luke menegakkan tubuhnya, dia terganggu dengan tuduhan melulu Rick... well sebenarnya lelaki didepannya ini tidak salah. Luke yang terlalu bijak menciptakan keadaan sebelumnya.

Luke : Whoaa... This is just a misunderstand bro.

Rick melototkan matanya kepada Luke. Lelaki itu curang dan licik. Perempuan di sebelahnya kelihatan agak bingung dan hanya mampu memerhati kedua lelaki tegang dihadapannya.

Luke : Er... I can explain bro.

Rick : Then prove it, Mr Luke Callaghan.

Macam lain-lain ni hati si Rick. Benci betul dia sama si Luke yang terlalu pandai berpura-pura. Lelaki berkahwin tetapi pergi bercuti dengan sumandak lain dan meninggalkan isteri seorang diri di rumah.

Rick mula hilang sabar. Sana lah si Luke dengan gayanya yang bersahaja tersenyum pahit kearah Rick. Luke mengangkat keningnya sebelah kiri dengan senyum lebih tepat kepada cebikan di bibir meremehkan Rick yang marah.

Luke : Bro... hei bro... who are you trying to ask me about that?

Rick terdiam, dia cepat-cepat menyedari yang dia bukan siapa-siapa pada Elina. Luke terlalu licik menguasai keadaan dan membuatnya terpojok.

Rick : I'm her friend, a best friend.

"hahahaha... "

Luke mengangkat tangannya sebelah kanan. Sambil tersenyum Luke dengan gaya arrogant menunjukkan isyarat lambaian tangan "pergi" Sambil memegang siku Janice yang terlopong dan penuh tanda tanya untuk berlalu dihadapan Rick yang masih gagaran mengawal kemarahannya.

* * *

Bob sedang meneliti senarai stok dihadapannya ketika Adam memberi isyarat kepadanya. Muncung Adam mengarah kepada pintu masuk Gen Y. Kelihatan seorang sumandak... yes the kampungan sumandaks itu sedang melilaukan matanya mencari seseorang.

Pada pandangan Bob, sumandak itu yang telah membuat bossnya Rick berubah banyak. Tapi menurut bossnya sumandak itu sudah berkahwin. Jadi dia mau buat apa disini?

Elina memasuki Gen Y dengan rambut diikat ekor kuda. Wajahnya bersih dengan lipstick nipis menghiasi bibirnya yang pucat. Dia memakai blouse longgar lengan panjang berwarna Medium Violette Red dipadankan dengan skinny jeans dan kasut converse.

Kedua tangannya memegang sling bag nya dengan erat. Dia terdesak untuk menemui Rick. Nombor telefon yang dulu menghubungkan mereka sudah tidak lagi aktif. Elina juga pernah duduk hampir sehari menunggu Rick di condominiumnya tetapi hampa. Batang hidung lelaki itu lesap begitu sahaja.

KEEPERWhere stories live. Discover now