Part 21: Face The Two Brother

1.3K 80 0
                                    

Eric menggaru kepalanya yang tidak gatal, hujan ini buat dia teragak-agak berlari kearah keretanya. Akhirnya dia memutuskan untuk tunggu sebentar lagi.

Berdiri di anak tangga terakhir sambil memerhati tempat-tempat yang boleh pergi untuk memendekkan perjalanan terkena hujan ke keretanya.

Sedang melilaukan pandangan ke sayap kanan bangunan dia nampak sosok seseorang disebalik cermin sedang duduk sambil ditemani seseorang. Eric merasa dia sendiri terkejut.

Elina, perempuan kecintaan abangnya itu bersama seseorang lain. Tondu itu kelihatan menumpuhkan perhatian pada lelaki yang sedang berbicara padanya. Kelihatan Elina betul-betul tekun ni mendengarkan lawan bicaranya bercerita.

Eric perlu berbuat sesuatu, dia ingin menemui Elina bagi pihak abangnya. Dia akhirnya menuju atas,  membuka pintu cafe dan menuju ke meja Elina bersama lelaki yang tidak dia kenali itu.

"I think, better I'll leave now."

Kata lelaki itu sambil memandang Eric yang kini sudah berada didepan mereka. Kata-kata lelaki itu sedikit membuat Elina terkejut.  Matanya terkebil-kebil memandang kearah Eric.

Elina tidak pula mengatakan apa-apa dia hanya memandang Eric yang sudah duduk tanpa diundang. Sempat membuat pesanan secawan kopi panas sambil membetulkan cara duduknya.

Mereka tidak bercakappun antara satu sama lain. Kelihatannya Elina tidak berminat untuk berbual. Eric juga tidak tahu harus memulakan dari mana, Elina kelihatan selesa duduk dan menikmati chocolate panasnya dengan tenang.

Pesanan Eric sampai dan Elina mengetuk-ngetuk jarinya pada mug menyerap panas chocolate panas melalui mug dengan jari-jarinya yang memeluk mug.

Eric : Can I send you home?

Kata Eric memecah keheningan. Elina memindahkan pandangannya dari suasana luar cafe kepada Eric. Adik lelaki Rick yang kelihatan lebih perihatin sejak semula berbanding Rick.

Eric : I promise, I'm not mention about Rick.

Kata Eric lagi sambil mengangguk sedikit kearah Elina. Menunjukkan keperihatinannya pada perempuan yang mengandungkan bayi abangnya. Elina memandangnya sambil mengerutkan kening. Tertanya-tanya barangkali kenapa Eric buat begitu.

Elina : Rick ask you to do this?

Cepat-cepat Eric menggeleng kepalanya menafikan. Elina masih memandangnya tajam meneliti dan ingin tahu. Eric menelan liurnya. Mata tu tondu buat dia seperti di x ray sehingga Eric merasa sedikit kurang selesa.

Eric : Elina, I just want to help you as a friend. Don't worry about that.

Katanya cuba meyakinkan Elina. Tondu itu seperti mampu menyelongkar hati dan jiwanya saat ini. Eric tidak yakin Elina boleh percayakan dia sebenarnya.

Nah tengok dari cara Elina buang pandang ke luar buat hujan lebat dengan petir sambung-menyambung itu macam lebih menakutkan kalau Elina pun menolaknya sepertimana Rick ditolak.

Elina : I'm pregnant Eric, I'm alone, my mom hate me, I hate my ex fiance, I love Rick but he just want my baby...

Eric hanya mampu mengedipkan matanya memandang Elina yang kini merenung mug chocolate panasnya yang tinggal separuh.

Eric serba salah dia tidak tahu mahu kata apa. Dia faham Elina tertekan tapi adakah kata-kata Elina itu ditujukan untuk dia faham dan tinggalkan dia sendiri atau apa?

Eric : I know my brother, he...

Elina : Eric...

Mulut Eric terhenti berkata-kata Elina kelihatan tambah tertekan dia sentuh bawah lehernya dengan tangan kiri. Eric salah cakap lagi lah ni.

KEEPERWhere stories live. Discover now