Part 20: To Express Love

1.4K 86 2
                                    

Mata Rick melotot memandang Elina. Dia berusaha duduk dari pembaringannya. Eric cepat-cepat menambahkan bantal di bahagian belakang Rick.

Dalam masa yang sama hampir semua anggota keluarga yang hadir memandang Elina yang menolak lamaran Rick.

Rick : Why Elina?

Elina menelan liurnya dia pegang perutnya yang masih rata. Ada bakal bayi Rick sedang bertumbuh didalamnya. Mdm Ericka yang berdiri disampingnya memegang bahu Elina penuh dengan tanda tanya.

Elina : No I can't Rick, I'm so sorry.

Rick : But... Elina... Elina....

Elina pandang Rick dia undur beberapa langkah. Dia tidak mampu menjelaskan bagaimana hatinya koyak terlalu rapuh untuk Rick.

Lelaki itu hanya mahukan anak dalam perut ini! Tidak! Lelaki itu tidak inginkannya. Rick tidak mencintai dirinya. Jadi buat apa dia menerima Rick tanpa cinta?

Rick kini berusaha turun dari katilnya. Tapi Eric menahannya dengan kemas.

Eric : No... give her time.

Rick : hahahaha... Did I hurt her... did I? Come on guys... tell me!!

Sir Andrew mengangkat tangannya menyuruh Rick berhenti berkata-kata sementara Corra mengajak mummy dan Arra beredar dari situ. Rick juga perlukan masa untuk menyelami dimana silapnya.

Dalam masa yang sama, tiada satupun yang berusaha menahan Elina kali ini. Arra yang selalu berfikir impulsive pun tidak menahan Elina.

Elina menggeleng kepalanya, dia tiba-tiba merasa tidak diperlukan. Dia pandang Rick yang agak terbawa emosi. Kesal kerana penolakan Elina. Rick hanya mahukan bayinya bukan dirinya. Tidak ubah seperti Luke...

Rasanya dia tidak perlu tunggu lama. Tempat ini bukan tempat untuknya merasa senang atau gembira. Rick sudah membuktikan dengan kata-katanya yang dia inginkan bayi itu...

Elina bergesa menuju pintu lift, dia tekan butang turun. Sedangkan yang lain hanya memerhatinya dan memandang Rick yang cuba turun dari katil di ruangan hospital.

Lift terbuka, Elina masuk dia menyandar , menekan butang G dan dia tutup matanya cuba mencuri rasa tenang dari lift yang sunyi itu.

Stranger : Are you okay miss?

Seseorang menegurnya. Elina tidak perasan disangkanya lift itu kosong sebentar tadi.

Elina geleng kepalanya dia angkat tangannya hingga paras wajahnya mengisyaratkan dia tidak apa-apa. Dia sempat silik tu orang, lelaki umur dalam 30an dan bawah matanya kelihatan agak gelap... kurang tidur?

Waktu lift terbuka Elina meluru keluar, berusaha menyedut udara dengan dada yang tiba-tiba terasa sangat sesak. Elina berdiri di lobby hospital berfikir untuk menuju ke kereta yang agak jauh dia parkirkan.

Kalau tidak hujan dia sudah berlari menuju kereta tetapi hujan lebat dengan petir berdentum-dentum buat Elina ambil keputusan untuk masuk ke cafe hospital.

Dia duduk memesan secawan chocolate panas sambil melihat ke luar. Dia perhatikan curahan hujan yang semakin menjadi-jadi.

Pelayan : Your hot chocolate miss.

Kata pelayan itu sambil meletakkan mug berisi chocolate panas diatas meja yang Elina duduki.

Elina senyum dan menangguk berterima kasih pada pelayan muda itu yang kemudiannya berlalu pergi.

Strange : Hi... Can I sit here?

Elina mendongak dan mendapati lelaki dengan kantung mata panda itu sedang berdiri dan bersedia untuk duduk didepan Elina.

KEEPERWhere stories live. Discover now