before
langit yang cerah lama-kelamaan mendung. kanak-kanak di taman itu masing-masing pulang ke rumah. tinggal dua orang kanak-kanak yang menunggang basikal.
"yoora, jom balik." kata yoongi sambil memberhentikan basikalnya di sebelah yoora.
yoora mencebikkan mulutnya. "ala yoora nak main lagi. yoongi balik dulu lah."
"eh takde takde. yoora kena ikut yoongi balik. jom." yoongi menarik tangan yoora. yoora yang menarik muka masam hanya buat seperti apa yang disuruh.
setelah lima minit berbasikal, hujan turun. jalan raya semakin licin. namun begitu, ia tidak menggentarkan semangat yoora. dia tidak pernah jatuh walaupun licin.
yoora memandang yoongi yang berbasikal dengan lambat. "yoongi ni lambat lah. yoora pergi laju-laju eh?"
"eh yoora jangan―" kata-kata yoongi terpotong kerana yoora laju sahaja melintasi yoongi.
aish, budak ni. jatuh karang baru tau.
yoongi serta-merta menggeleng kepala sambil menekup mulutnya. tak baik cakap macam tu, mulut kau kan masin.
tiba-tiba, kedengaran bunyi yang kuat. yoongi terus berasa risau. bagaimana kalau mulut dia betul-betul masin? dia mempercepatkan kayuhannya.
terbukti bunyi yang jatuh itu yoora. yoora terduduk sambil menangis teresak-esak di sebelah basikalnya. yoongi pula berlari ke arah yoora.
"yoora, gwenchana? mana sakit?" kata yoongi dengan nada yang risau.
yoora menunjukkan lututnya yang berdarah. yoongi menekup mulutnya dengan rasa terkejut. dia bangun dari tempat duduknya.
"yoora tunggu sini. yoongi panggil mama dan papa sekejap." belum sempat yoongi melangkah pergi, tangan kecil yoora menahan lengannya.
"jangan tinggalkan yoora, yoongi. yoora takut. yoora tak nak sorang-sorang."
yoongi menggaru kepalanya. sekarang hujan, takkan nak duduk sahaja di sini. kalau angkat? hmmm
"yoora. panjat belakang yoongi. yoongi angkat." yoora akur. apabila yoora sudah selamat berada di atas belakang dia, yoongi mula mengambil langkah yang laju tapi berhati-hati supaya tidak terjatuh.
akhirnya, mereka sampai ke rumah. ibu mereka langsung tidak berpuas hati dengan keadaan mereka yang basah. dia memarahi yoongi kerana tidak menjaga yoora dengan baik. apabila dapat tahu yang basikal yoongi dan yoora ditinggalkan, lagilah meluap-luap kemarahan ibunya. dipaksanya yoongi untuk mengambil kembali basikal itu.
yoora yang terbaring hanya mendengar dengan perasaan bersalah. dia yang membuat onar, namun yoongi yang dimarahi.
YOU ARE READING
runaway ft. min yoongi
Fiksi Penggemar❝ sampai bila kau nak lari? ❞ -di mana seorang abang belajar menyayangi adiknya. ▬▬ ➳ dedicated to min yoongi of bts start: 030818 end: 220818