Part 1

88 4 0
                                    

Usai makan, aku bangkit menuju ke kelas aku sambil menyanyi kecil. Aku terpandang pada satu objek yang memukau pandangan aku. Aku memegang objek itu.

“Kalau dapat main ni mesti best kan” Jari jemari aku masih lagi menyentuh objek itu. Aku mencari sesuatu disekeliling aku.

“Yeah, jumpa pun. Boleh guna ni!” Mata aku memandang sekeliling aku. Kosong. Tiada seorang pun disitu. Mungkin kebanyakkan mereka masih lagi di kantin sekolah.

Aku menghayunkan objek yang aku pegang ditangan dan  menghentam kuat kotak kaca yang melindungi objek yang memukau mata aku.

“Yeah I did it!” Sorakku kegirangan. Bunyi bising membingit telinga. Tapi tidak pada aku. Telinga aku sudah kalis dengan bunyi itu. Bagi aku bunyi ini sangat mendamaikan jiwa.
Aku tersenyum sambil menari nari  Senyuman aku terhenti apabila melihat beberapa susuk tubuh dihadapanku.

“Dian!” Jerit suara yang cukup tidak asing bagi aku.

“Apa kamu buat ni?!” Tanya satu lagi suara.

Aku kelu seribu bahasa. Aku tidak mampu untuk menjawab pertanyaan itu. Jika aku mampu jawab sekalipun, adakah mereka akan faham? Tidak.

“Dian,  kenapa kamu buat macam tu?”Wajah Cikgu Azman bengis memandang aku tapi dia masih lagi mengawal nada suaranya daripada menengking aku.

Aku masih lagi diam dan memandang kosong wajah bengis cikgu Azman. Rasa bersalah sedikit sebanyak menyelubungi aku. Menyesali perbuatan aku. Aku tahu apa jua penjelasan aku tidak dapat menyelamatkan aku sekarang ini.

“Kamu nak kene buang sekolah ke?!” Suara cikgu Azman sudah naik satu oktaf. Mungkin bengang tengok aku masih lagi berdiam diri sejak tadi. Tapi bila mendengar perkataan BUANG SEKOLAH keluar dari mulut cikgu Azman membuatkan aku kecut perut. Aku sudah terbayang wajah kecewa ibu dan ayah aku di rumah.

“Saya mintak maaf cikgu. Saya janji lepas ni saya tak buat lagi.” Akhirnya aku bersuara. Cuba meraih simpati cikgu Azman.

“Kamu tahu apa yang kamu buat ni adalah kesalahan berat? Kamu menimbulkan panik seluruh warga sekolah?”

“ Saya tahu cikgu. Saya mintak maaf. Saya takkan buat dah lepas ni?”

“Apa nak jadi dengan kamu ni Dian? Loceng kecemasan pun kamu jadikan mainan?!. Loceng kecemasan tu orang guna untuk hal kecemasan bukan dibuat main!. Nyaris cikgu Mira nak telefon bomba ingatkan ada kebakaran. Kalau cikgu Mira dah telefon, timbul satu lagi masalah. Tak pasal sekolah dituduh buat panggilan palsu!”

“Saya mintak maaf cikgu.” Air mata aku merembes keluar. Cuba menggunakan air mata untuk meraih simpati.

“Kamu beruntung sekolah kita ni ada peraturan. Tidak sewenang wenangnya nak buang pelajar. Kena lalui banyak proses. Sebagai hukuman atas kesalahan kamu, cikgu akan gantung sekolah kamu 7 hari!”
Aku lega. Mujur tak kene buang. Tapi GANTUNG SEKOLAH? Balik rumah nanti mesti aku kene belasah dengan ibu dan ayah.

“Ni surat gantung sekolah kamu. Kamu kene gantung sekolah mulai hari esok.” Aku menyambut huluran surat daripada cikgu Azman.

“Terima kasih cikgu”

“Dah, sekarang kamu keluar. Ingat Dian,  kalau kamu ulangi lagi kesalahan yang sama. Cikgu tak akan teragak agak untuk buang kamu dari sekolah ini.”

Aku melangkah keluar dari bilik disiplin menuju ke kelas aku. Di dalam kelas semua rakan sekelas ku memandang aku dengan pelbagai jenis mimik muka. Ada yang meluat. Ada yang bersorak. Bertepuk tangan sambil memberi aku thumbs up. Ada juga yang melanggar bahu aku ketika mereka ingin keluar dari kelas. Tapi ada aku kisah? Tidak.

Waktu pulang sudah tiba. Aku mengemas beg sekolah ku. Aku menuju ke garaj basikal.

“Dian!” Satu suara menyapa dan aku berhenti melangkah. Aku berpaling mencari sang pemilik suara itu.

“What you did today is awesome, Dian!.” Pemilik suara itu melemparkan senyuman  dan mengenyitkan matanya pada aku.  Tanpa sempat aku membalas kata kata nya, dia berlalu pergi.
Aku tersengih sendirian. Dia lelaki yang menegur aku di dalam perpustakaan tempoh hari. Aku seperti biasa  kaku dan kelu seribu bahasa bila berhadapan dengan lelaki itu.

“Hoi, kau ke yang pecahkan kotak emergency bell?” Aduh bala sudah datang!

First Love or First Crush?Where stories live. Discover now