Part 10

36 2 1
                                    

Kami tiba di perkarangan hospital. Mark menarik tangan aku sambil berlari. Aku tertanya tanya siapa yang sakit. Kenapa Mark bawak aku ke sini.
“Mark, kita nak melawat siapa ni?”
“Thaqif.” Thaqif? Thaqif sakit apa? Aku tak tahu pun dia sakit.
“Dia sakit apa?”
“Sakit hati”
“Hah?” Melihat Mark tersenyum. Aku tahu aku dipermainkan.
Setiba nya di depan bilik rawatan Thaqif,  aku berdiri kaku. Aku keliru. Tak tahu aku patut masuk ke dalam atau tidak.
Tapi Mark bertindak lebih pantas. Dia membuka tombol pintu dan menolak aku masuk ke dalam.
Dan aku tergaman melihat apa yang berlaku depan mata aku.
Aku melihat Marsha sudah berada di atas badan Thaqif. Ngan ngan bila aku masuk ke dalam.. Macam dalam drama sinetron yang selalu aku tonton pukul 2 petang dengan ibu.
Aku mengundurkan langkah. Ingin pergi dari situ. Tapi Mark menghadang aku.
“Kau ada benda kan nak cakap dengan Thaqif?” Mark melemparkan senyuman.
“Awak sakit apa Thaqif?” Aku memulakan bicara.
“Appendicitis” Ringkas sahaja balasan Thaqif.
“Saya tak tahu pun awak masuk hospital, Thaqif. Kalau saya tahu saya datang awal melawat awak.”
“Awak tak tahu? Tapi Marsha kata.. “
“Dia cakap dia tak peduli kau sakit Thaqif. Dia sibuk nak berdating dengan Mark” Marsha memotong bicara Thaqif.
Dan aku tergaman.
“Hah?  Bila masa aku cakap macam tu?” Aku tak sangka Marsha sanggup berbohong.
“Kalau korang nak tahu, Marsha lah yang sebarkan video kita. “ Mark memandang aku dan Thaqif.
Aku tergaman buat sekian kalinya. Banyak sangat benda yang buat aku terkejut hari ni.
“Marsha, sampai hati kau buat aku macam ni. Aku kan kawan kau! “ Aku memandang Marsha dengan amarah yang membuak buak tapi Marsha buat selamba badak.
“Tapi korang memang betul betul kissing kan? Bukan aku edit vedio tu. Benda betul.” Marsha masih lagi selamba. Tiada langsung riak bersalah.
“Thaqif, percayalah dekat saya” Aku memandang sayu pada Thaqif. Aku sudah tidak mahu peduli dengan ujaran Marsha. Tidak aku sangka kawan aku tikam belakang aku.
Thaqif hanya diam. Diam nya itu membuat aku sakit. Seolah olah semuanya salah aku.
Aku memandang tingkap dalam bilik ini. Tanpa berfikir panjang aku menuju ke arah tingkap dan panjat seolah olah mahu terjun tingkap. Aku duduk bercangkung di atasnya. Bila bila masa aku akan melompat terjun.
“Dian!” Thaqif menjerit. Menahan aku.
“Thaqif,  saya tak kisah kalau semua orang pandang saya macam perempuan murahan. Tapi saya nak awak percaya kan saya. Saya sukakan awak!” Tidak semena kaki aku tergelincir. Aku hampir jatuh ke bawah tapi ada tangan sempat menahan aku daripada jatuh.
Rupanya itu tangan Thaqif. “Thaqif, lepaskan tangan saya. Awak baru lepas operated. Nanti luka awak terbukak balik. “
“Tak akan!” Thaqif menggunakan sepenuh kudrat lelakinya untuk menarik aku ke atas. Akhirnya kami berdua terlantar di atas lantai.
“Thaqif,  saya betul betul sukakan awak sejak kita sekolah rendah lagi.” Aku meluahkan perasaan aku yang sudah lama terpendam. .
“Betul ke? Saya pun suka dekat awak dari dulu lagi.” Kami berdua ketawa.
Tapi ada sepasang mata yang tidak puas hati memerhati. Marsha! Marsha mengambil begnya  atas kerusi dan terus keluar dari bilik meninggalkan kami.
Mark hanya melambai Marsha sambil ketawa.
“Thaqif, Dian tak bersalah pun. Aku yang bersalah. Aku yang kiss dia” Mark menjelaskan hal sebenar pada Thaqif. Aku menghembus nafas lega. Semua sudah selesai.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 16, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

First Love or First Crush?Where stories live. Discover now