Part 9

25 1 0
                                    

Aku pandang di belakang tempat duduk Thaqif. Kosong. Aku harap hari ni aku dapatlah jelaskan pada Thaqif tapi Thaqif pulak tak datang ke sekolah. Aku hampa. .


"Kau tengok siapa tu?" Marsha menegur aku setelah dia mengambil tempat duduknya.


"Thaqif tak datang sekolah hari ni. Mesti dia marahkan aku"


"Dia ada cakap dekat aku kemarin.... " Marsha tutup mulutnya dengan tangan. Tersedar dia hampir terlepas cakap


"Dia cakap ape?!" Aku menahan Marsha berpaling mukanya daripada aku.


"Tapi nanti kau sedih"


"Cakaplah" Aku masih lagi mendesak.


"Tapi.. "


"Marsha, cakaplah!"


"Dia cakap macam ni. 'Tak sangka Dian perempuan macam tu. Perempuan murah. Aku taknak tengok dah muka dia. Jijik' Hah macam tulah dia cakap Kau okey tak ni?"


Dan hati aku remuk!



Habis sudah waktu sekolah aku segera pulang. Aku menghentikan basikal aku di tepi jalan. Kaki aku melangkah membawa aku di tepian pantai yang tidak jauh dari rumah aku.


Aku memandang laut yang membiru. "Losing you was blue like I'd never known, Thaqif. " Aku membisik perlahan.


Ombak menghempas pantai berkali kali. Begitulah juga nafas aku berombak menahan rasa pedih di hati.


Desiran angin pantai menyentuh lembut pipi aku. Mengeringkan air mata yang sudah membasahi pipi.


Aku seka air mata dipipi sekian kalinya. Sudah tidak mahu melayan perasaan. Aku mengorak langkah mahu pulang. Sedang aku melangkah, aku melihat ada seseorang bertenggek di tepi basikal aku.


Mark rupanya. Aku sudah malas nak bercakap dengan Mark. Aku tarik basikal aku dan naik. Bila aku nak kayuh aku terasa berat. Aku pusing dekat belakang. Rupanya ada makhluk tak diundang bertenggek belakang aku.


"Dian, bonceng aku. Aku teringin lah nak naik basikal dengan kau macam ni. Sweet je kan?"


"Mark, aku takde mood nak layan kerenah kau hari ni."


"Siapa buat Dian aku takde mood ni? Cakap dekat aku." Mark turun dan menghadap aku.


"Aku nak balik ni" Basikal aku tak dapat bergerak. Mark hadang basikal aku dengan tangannya.


"Kenapa pendam perasaan kau, Dian? Kalau kita rindukan seseorang, kita kena jumpa dia dan cakap" Mark menghadiahkan senyuman manis pada aku. Dia ni kan tak pernah lokek dengan senyuman ke? Senyum je. Tak ada masalah ke?


"Kau mesti nak tahu kan Thaqif ada dekat mana sekarang? Kan? Kan? kan?" Sambung Mark.


Aku turun dari basikal dan berdiri menghadap Mark.


"Aku your Romeo akan berkhidmat untuk my Juliet hari ni. Dan akan bawa my Juliet kemana sahaja dia ingim pergi! " Mark merendahkan badannya dan tangan kirinya diletakkan ke belakang sambil tangan kanannya dihulurkan pada aku. Persis seorang romeo mahu mengajak Julietnya menari.


Aku sambut huluran tangan nya sambil tersenyum.


"So Juliet, where you want to go?" Ketawa aku meletus mendengar pertanyaan Mark.


"Your laugh is the best sound I have ever heard, Dian" Mark berbisik lembut di tepi telinga aku.



First Love or First Crush?Where stories live. Discover now