Gadis itu membuka matanya perlahan-lahan dan melihat sekeliling. Dia menghembus nafas lega kerana telah selamat sampai ke rumah Taki. Kakinya yang berbalut itu ditenung. Serta-merta bibirnya yang kecil munggil itu mengukirkan senyuman comel.
"Awak dah sedar?"Taki bertanyakan soalan bodoh. Gadis itu diam membatu. Akhirnya dia dapat berbual dengan Taki!!!♡
"Apa nama awak?"soal Taki.
Gadis itu memandang ke luar tingkap dan matanya menangkap sekuntum bunga yang bernama 'Hiyo-dori'.
"Hiyodori."
"Owhhh cantik nama. Awak duduk kat mana? Saya tak pernah nampak awak pun."
"Sssaa-ssaayaa dduduk ddekat bebelakang bukitt ssana ttuh."Hiyodori cuba menipu.
"Owh .. kalau macam tu , awak duduk la dekat sini sampai kaki awak sembuh."Ujar Taki lembut.
Hiyodori mengangguk laju sambil tersenyum.
P/s : Teruskan membaca ya ufufufufu~
YOU ARE READING
Pinta Hiyodori
FantasySo cerita ni mengisahkan tentang seekor anak anjing comel di mana dia telah nekad membuat perjanjian dengan syaitan untuk berubah menjadi manusia kerana perasaan cintanya yang sangat mendalam terhadap lelaki bernama Taki. Siapa Taki? Apa yang telah...