"Hiyodori, Taki nak pergi kedai runcit.. Hiyodori nak ikut tak??"
"NAKKKKKKK!!!!!!"Jerit Hiyodori sambil terlompat-lompat.
Mereka pun berjalan seiringan menuju ke kedai runcit yang berdekatan.
Setibanya di kedai runcit, Taki meninjau sekeliling. Tiba-tiba matanya menangkap sebuku roti. Fikirannya melayang teringatkan anak anjing yang sering memberinya roti setiap pagi. Namun kini anak anjing tersebut tidak lagi berkunjung ke rumahnya. Oleh kerana terlalu rindu akan anjing tersebut, Taki membuat keputusan untuk membeli roti dan keju sebagai pengubat rindunya pada anjing tersebut.
"Hiyodori, malam ni kita makan roti dengan keju saja ye."
"BOLEHHHH!!!Hiyodori memang suka makan roti dan keju! Tu sebab Hiyodori selalu bagi Taki roti dan keju setiap hari."Hiyodori tersenyum riang.
"Apa maksud Hiyodori setiap hari??"Taki mula curiga.
Hiyodori tersedar bahawa dia telah terlepas cakap. Dengan pantas dia menampar bibirnya berkali-kali.
"Taki!Cantikkan bunga kat luar ni."Hiyodori cuba menukar topik. Taki berasakan Hiyodori cuba menyimpan rahsia daripadanya.
"Taki!" Panggil seorang gadis dari belakang kedai runcit.
Taki menoleh ke belakang. Owh! Anak mak cik kedai. Mitsuki Mei.
"Ni saya ada lebihan cendawan di rumah. Jadi saya bawak untuk Taki sedikit. Terimalah ya♡" ujar Mei.
"Hahahha susah-susah ja.. terima kasihlah ya Mei." Taki mengambil cendawan tersebut.
Hiyodori mendekati Mei dan terlihat sepit rambut berbentuk bunga di tepi rambut Mei.
'Kalau aku pakai sepit rambut tu mesti Taki akan puji aku cantik.'Hiyodori mula berangan.
"Hati-hati pulang ya Taki!!" Ujar Mei sambil membelai lembut rambutnya. Tiba-tiba, tanpa disedari, sepit rambutnya terjatuh tepat dikaki Hiyodori. Hiyodori pantas mengambil dan menyorokkannya di dalam poket bajunya."Okayyy byeee!"Taki melambai tangan pada Mei dan lambaiannya dibalas mesra oleh Mei.
Ketika dalam perjalanan pulang, Hiyodori memakai sepit rambut tersebut di rambutnya.
"Taki, cantik tak Hiyodori??♡" soal Hiyodori.
"Hiyodori memang setaip hari cantik pun."Taki memberikan senyuman manisnya pada Hiyodori. Hiyodori sudah mula tersengih-sengih seperti kerang busuk.
Malam
Setelah selesai makan, Taki dan Hiyodori baring bersama-sama di atas tikar yang dibuat oleh Taki."Hiyodori ni comellah.. macam anak anjing~♡~" Taki tiba-tiba bersuara.
'Anak anjing??' Hati Hiyodori sudah mula berdebar-debar laju.
"MANA ADA!!!"Hiyodori pantas menafikan.
"Hahahah gurau je.. Hiyodori marah ke?"
"Tak..."
"Dahh.. jom tidur . Taki dah mengantuk ni."
"Okay.."
"Oyasuminasai Hiyodori~ (selamat malam Hiyodori~)"
"Oyasuminasai Taki-kun♡"
YOU ARE READING
Pinta Hiyodori
FantasySo cerita ni mengisahkan tentang seekor anak anjing comel di mana dia telah nekad membuat perjanjian dengan syaitan untuk berubah menjadi manusia kerana perasaan cintanya yang sangat mendalam terhadap lelaki bernama Taki. Siapa Taki? Apa yang telah...