Part 11

11 2 0
                                    

"Takiiii-kunnnn!!!"Jerit Hiyodori dari jauh.

"Hiyodoriiii!!!!!"Taki juga menjerit sambil berlari ke arah Hiyodori.

"Hiyodori !!!! Tengok niii!!! Kaki Taki dah sembuhhh !!! Keajaiban telah berlaku Hiyodori !!!!" Jerit Taki lagi sambil menggerakkan kaki kirinya di depan Hiyodori. Hiyodori tertawa dan memeluk Taki.

"Lepas ni bolehlah Taki jumpa Cik Misaki Mei♡!!!!!" Taki senyum tersipu malu.

"...." Hiyodori hanya diam tidak berkata. Dengan pantas Dia masuk ke dalam rumah meninggalkan Taki sendirian di luar. Taki pula berlari menuju ke kedai runcit Misaki Mei unuk mencarinya. Dia tidak sabar mahu menyampaikan berita gembiranya pada Mei.

Hiyodori menangis teresak-esak sambil berkata:

"Kenapa tuhan berlaku tidak adil kepadaku?! Adakah kerana aku hanyalah seekor binatang yang tidak mempunyai akal?!!!" Jerit Hiyodori.

Hiyodori menangis hingga malam.

"Hiyodori!! Taki dah pulanggg~"Taki memeluk Hiyodori dari belakang.

"Ehhhhh?? Hiyodori menangis ke? Kenapa mata bengkak?" Taki panik. Bahu Hiyodori digoncang.

"Taki... macammana kalau suatu hari nanti Hiyodori pergi dulu?"

"Apa yang Hiyodori merepek ni?"Taki berasa tidak sedap hati.

"Taki akan rindu Hiyodori tak?"

"Mestilah!"Taki jawab dengan penuh bersemangat.

"Taki nak tau sesuatu tak...?"

Suara Hiyodori kedengaran sayu dan tidak bersemangat. Matanya bundar dan badannya menggeletar.

"Apa dia?"

"Taki... ingat lagi tentang anak anjing yang selalu bagi Taki makanan...?"

"Ingat."

"Taki ingat tak Taki ada hadiahkan seutas rantai merah dekat anjing tu..?"

"Haah ingat. Tunggu sekejap... Macammna Hiyodori tahu..?" Taki pula menyoalnya.

"Taki tahu tak.. sebenarnya anak anjing tu cinta sangat-sangat dekat Taki..?" Hiyodori mengabaikan pertanyaan Taki. Dirinya bagaikan dirasuk.

"Hiyodori..? Taki tanya ni , macammana Hiyodori tahu semua ni?"

Air mata jernih Hiyodori menitis perlahan-lahan di pipi gebunya. Hidungnya merah menahan perit di dada. Matanya sembab kerana terlebih menangis.

"Hiyodori ! Jawablah ! Taki tanya ni!!!"Taki mula hilang sabar.

Tangisan Hiyodori semakin kuat.

"TAKI TAHU TAK HIYODORI CINTAKAN TAKI SANGAT-SANGAT??!!!"Ujar Hiyodori teresak-esak. Lengannya sibuk mengelap air matanya.

Taki terdiam. Matanya tiba-tiba tertangkap sesuatu imej yang amat dikenalinya. Fikirannya melayang pada rantai merah yang dihadiahkan pada anak anjing dahulu. Kenapa rantai yang sama ada pada leher Hiyodori? Taki menekup mulutnya. Tanpa disedari air matanya bertakung.

"Hi.. Hiyodori... awa.. awakk.. anak .. anjing ..tu ke...??"Soal Taki erketar-ketar.

Hiyodori mengangguk perlahan .Taki pantas memeluknya erat.

"TAKI MINTA MAAFFF !!! GOMENNASAIII !!! GOMENNASAI HIYODORI !!!" Pelukan Taki semakin erat .

"Selamat tinggal Taki-kun."Hiyodori tersenyum pahit. Jasad Hiyodori semakin pudar. Taki cuba menangkap tangan Hiyodori namun ia bagaikan halusinasinya. Hiyodori hilang di hadapan matanya. Taki menjerit . Dia berasa sungguh menyesal kerana tidak menyedari kewujudan Hiyodori dan mengabaikannya.

-Tamat-



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 25, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Pinta HiyodoriWhere stories live. Discover now