BAB - 2

31 1 0
                                    


Aku dikhabarkan tentang Irfan Mukhriz yang kini menjawat jawatan penting dalam Mesra Holdings. Biliknya pula bersebelahan dengan bilik Cik Natrah, bosku. Sementara Irfan belum lagi mempunyai P.A. aku ditugaskan untuk membantu Encik Irfan juga. Maknanya, setiap hari juga aku akan menatap wajah igauanku itu setiap masa? Aduhhhh.... Boleh pitam kalau macam ni!

"Idayu.. masuk bilik aku, sekarang!!" Tergumpal aku seketika bila mendengar suara Encik Irfan di interkom. Kuatnya............. kalah Hitler!

"Baik, Encik Irfan" Dengan hanya sekali ketukkan, dari dalam suara Encik Irfan menyuruh aku masuk.

"Encik Irfan panggil saya?"

"Memanglah aku panggil kau......... Kalau tak, aku tak suruh kau masuk!" Mak aih.. cantiknya bahasa?

"Ni, fail ni. Aku nak kau teliti.. buat list nama-nama yang terlibat dalam projek ni, berserta nombor telefon dan nombor fax sekali, faham?'

"Baik, Encik Irfan" Aku capai fail yang dicampakkan dengan kasar di depanku.

"Tunggu dulu! Sebelum kau keluar. Aku nak satu mug Nescafee" Terhenti langkahku yang baru hendak keluar. Aku berpaling semula kepadanya. Dahi aku kerutkan. Encik Irfan arahkan aku bancuh kopi? Bila pulak aku jadi tealady ni?

"Tapi Encik Irfan, tealady dah balik. Dia datang semula sebelah petang nanti"

"Aku nak sekarang, bukannya petang karang!!! Kau tak boleh buatkan ke?" Jerkahnya lagi. Aku terkedu. Tergumpal-gumpal aku di tempat aku berdiri.

"Ba... baik Encik Irfan. Saya buat sekarang" Tergagap-gagap aku menjawab. Mendengar suaranya yang seperti halilintar, kecut perutku serta-merta.

"Make sure, tak terlalu manis. Creamer mesti lebih dan jangan panas sangat. Sekarang kau boleh pergi!"

Aku berpaling ke pintu semula dengan perasaan geram, bengang pun ada. Sepanjang aku bertugas dengan Cik Natrah, tak pernah sekali pun aku membancuh minuman untuknya. Semuanya disediakan oleh tealady. Lainlah kalau ada client yang bertandang untuk hadiri menyuarat, itu sudah menjadi tugasku. Fail tadi aku letakkan di atas meja dan bergegas ke pantry. Dalam hati berbakul-bakul sumpah seranah aku keluarkan. Harap muka saja handsome. Perangai.. macam Hitler!. Suka bentak-bentak. Ya.. Hitler yang tak ada misai kontot. Cepatlah kau dapat P.A. sendiri wahai Hitler!

~~Make sure tak terlalu manis... Creamer mesti lebih!~~ Aku bercekak pinggang mengajuk kata-kata Encik Irfan tadi. Aku letak garam dalam Nescafee ni kang.. baru padan muka kau!

Pintu bilik Encik Irfan aku ketuk untuk kali kedua dengan mug Nescafee di tangan.

"Airnya, Encik Irfan...." Nescafee yang masih berasap aku letak di depannya. Aku tunduk memandang meja, bimbang akan dijerkah lagi,

"Tunggu kat situ, aku nak rasa dulu. Kalau tak kena dengan citarasa aku, kau kena buat yang lain" Gulp..! teruknya Mamat ni? Takkanlah kerja aku hanya nak buat Nescafee untuk dia sampai dia berpuas hati? Aku angkat muka pandang aksinya yang sedang menyisip minumannya dengan perasaan berbaur-baur. Mintak-mintaklah dia tak maki aku lagi selepas ini.

"Hmm.. not bad... sedap! Ok, kau boleh pergi sekarang. Ingat! Esok.... dah hari-hari seterusnya, waktu yang sama, aku nak kau buatkan aku Nescafee sama sebijik macam yang ini" Aku tentang matanya yang redup merenung mataku. Tak mahu kalah, aku tenung mata cantik itu dengan tajam. Seketika dia larikan anak matanya ke arah lain. Aku tersenyum nipis. Tau pun takut!

"Kan cantik kalau kau senyum macam tu?" Pantas darah menyerbu wajahku. Eh! Tadi macam Hitler, sekarang puji-puji aku pulak ni, apa hal?

"Encik Irfan, kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu" Tergesa-gesa aku menutup pintu dan kembali ke mejaku. Sejenak aku termenung dan bila tersedar dari lamunan, fail tebal di atas meja aku selak.

Aku yang sedang tekun menaip di papan kekunci angkat muka bila terdengar bunyi jari-jari yang mengetuk meja. Encik Irfan tercengat di depan mejaku.

"Ya Encik Irfan?"

"Kau tak lunch ke? Dari tadi aku tengok kau tak habis-habis menaip" Dah tiba waktu makan tengahari ke? Cepat benar waktu berlalu tanpa aku sedari. Eh! Encik Irfan perhatikan aku dari biliknya ke? Sejak bila?

"Er.... saya puasa hari ni.... "

"Puasa? Kau diet ke? Tak cukup keding ke badan kau sekarang?"

"Bukan diet. Saya puasa sunat"

"Aku baru nak belanja kau lunch. Ruginya... Oklah, aku keluar dulu. Sekarang waktu rehat, jadi aku nasihatkan kau berehat... bukannya bekerja!" Angkuh saja pesanan dari penaja. Huh! Tak memberangsangkan langsung iklan sesingkat yang kau lakonkan, wahai Hitler yang handsome! Ish.... Sempat juga memuji tu...!

Tubuh Encik Irfan menghilang di koridor yang menghala ke pintu utama. Aku termanggu-manggu di tempat dudukku. Baiknya hati Encik Irfan nak belanja aku makan hari ni? Semalam, dia menang loteri ke?

Hendak ke surau masih terlalu awal untuk menunaikan Solat Zohor. Aku letak kedua-dua lengan di atas meja dan tampungkan kepalaku di situ. Dinginnya hawa aircond yang terpasang, mata yang sudah kepenatan mudah saja aku lelapkan.

"Idayu, bangun! Dah pukul 2.00 ni..." Aku angkat perlahan kepalaku. Lenganku terasa kebasnya. Rasanya baru saja aku lelapkan mata tak sampai lima minit, tup-tup sudah menjangkau ke pukul 2.00 petang. Menggeliat seketika dengan memusingkan pinggangku ke kiri dan kemudian ke kanan. Terasa segar sedikit, akhirnya aku berdiri untuk ke Surau.

Anak mataku menangkap pandangan mata Encik Irfan melalui tingkap kaca biliknya.

 Erk! Bila dia masuk? 

AKU SAYANG KAMUWhere stories live. Discover now