Bab - 5

48 2 0
                                    

Keesokkan harinya, Abang Is menghantar aku ke pejabat seperti biasa. Sesekali dia melirik ke arahku bersama senyuman kecil. Aku toleh padanya selepas beberapa kali dia membuat aksi yang sama.

"Apa yang lucu? Eh! Abang Is angkat Ayu masuk dalam bilik ya? Kenapa tak kejutkan Ayu?"

"Haah. Kesian tengok Ayu lena sangat, Abang angkatlah. Badan jer kecik, tapi berat jugak tau"

"Abang Is..... jahat!"

"Tengok tu, kita dah susah payah tolong dia, boleh pulak cakap Abang jahat!"

Tiba di lobi Mesra Holdings, aku cium tangan Abang Is dan seperti biasa Abang Is cium ubun-ubunku sebelum aku membuka pintu. Masa aku berpaling, nampak Encik Irfan Mukhriz sedang memandang tajam ke arahku. Tanpa mempedulikannya aku segera melangkah ke lif.

Pintu lif yang hampir tertutup sempat kutahan dengan tangan. Bila terbuka semula, aku menyelit di celah orang ramai yang hampir penuh. Tanpa aku sedar Encik Irfan juga turuti langkahku. Akhirnya aku tersepit di antara tubuhnya dan seorang lelaki gempal. Kepalaku melekap di hujung bahu Irfan. Yang aku cukup rimas bila lelaki gempal di sebelahku seakan menghimpit tubuh kecil ini. Semakin lama semakin kuat dia menghimpitku. Aku mula rasa tak selesa. Cuba mengengsot ke tepi, sudahnya aku terpaksa mengiring badanku menghadap tubuh Encik Irfan.

"Kau ni, kenapa?" Tanya Encik Irfan perlahan tapi kedengaran kasar di telingaku.

"Maaf Encik Irfan, lelaki di belakang saya ni" Balasku juga dengan nada berbisik.

Tidak ku duga, Encik Irfan tarik lengannya yang aku himpit dan peluk pinggangku dekat padanya. Memberi aku ruang agar dapat menjauhi tubuh lelaki gempal tadi. Aku mendongak merenung matanya meminta pengertian. Tetapi dia hanya berlagak selamba membalas pandanganku.

Dup! dup! dup! dup! Dada ini seakan mahu pecah. Bau haruman di tubuhnya buat jantungku berdegup kencang. Oh!!! Kalau boleh biarlah lif ni tertutup terus dan naik sampai ke tingkat 100, kan bagus?

Mujurlah lif berhenti di tingkat 12. Seorang dua sudah keluar dan diganti pula dengan yang baru masuk. Kami terasak ke dinding lif. Aku lega bila lelaki gempal itu sudah berada jauh dariku. Masalahnya sekarang, tangan Encik Irfan masih lagi di pinggangku. Aku cuba menolak tubuhku ke belakang dengan menekan dadanya tapi Encik Irfan seakan enggan melepaskan rangkulannya. Tanganku cuba membuka jari-jemarinya yang masih kejap tetapi tidak berjaya.

"Kau boleh duduk diam-diam, tak?" Bisiknya seakan memberi arahan.

"Boleh tak Encik Irfan lepaskan saya?"

Tingg.......! lif berhenti di tingkat 18. Fuhh! Nasib baik akhirnya Encik Irfan lepaskan tangannya di pinggangku. Tanpa menoleh ke belakang, aku terus merobos keluar dari lif. Sempat juga aku memijak sepatu lelaki bertubuh gempal yang menghimpitku tadi dengan kasut tumit tinggiku.

"Ouccch!" Dia mengaduh sampai berkerut dahinya menahan sakit.

"Sorry.. tak sengaja" Aku buat muka tak bersalah. Padan muka! Puas hatiku.

~Nak masuk ke tidak, nak masuk ke tidak?~

Mug Nescafee di tangan aku renung. Selalunya Nescafee yang ku bancuh hanya aku letakkan di atas meja Zana dan dia yang akan menghantarnya ke dalam bilik Encik Irfan. Tapi hari ini, Zana bercuti. Aku segan sebenarnya. Terkenang peristiwa di dalam lif pagi tadi, aku malu sungguh. Nasib baik rata-rata penumpang lif tersebut tidak mengenali kami. Kalau tidak, sudah tentu kecoh satu tingkat 18. Heboh dengan adengan Encik Irfan Mukhriz memeluk Idayu Aireen di dalam lif

AKU SAYANG KAMUWhere stories live. Discover now