Sungguh lega bila Encik Irfan Mukhriz sudah mendapat seorang P.A. nya sendiri. Selamat aku dari mendengar jerkahannya setiap hari. Hanya di hari pertama aku sediakan Nescafee sahaja dia memujiku. Selebihnya selama dua minggu ini, aku asyik mendengar arahan ala-ala Nazi darinya. Apa sahaja kertas atau fail hanya dilemparkan di depanku. Tak beradap sungguh! Ikutkan hati, memang aku surrender. Tapi Cik Natrah selalu menasihatiku agar jangan diikutkan sangat panas baran Encik Irfan. Memang perangai dia macam tu, entah bila lah dia akan berubah.
Aku gelihati melihat wajah Zana Athirah, P.A. Encik Irfan yang baru saja keluar dari bilik ketuanya dengan muncung panjang sedepa. Aku ingat dengan gaya seksi dan menggoda Zana tu, akan cairlah Encik Irfan Hitler tu. Rupa-rupanya tidak!
"Idayu... kau tolong buat Nescafee untuk Encik Irfan. Letak atas meja aku"
"Eh, apa pasal aku pulak yang kena buat? Bukan kau ke, P.A. dia?"
"Aku dah buat tadi.. tapi dia kata creamer kurang. Siap komplen tak sedap! Dia suruh kau buat jugak untuk dia" Aku mendengus. Aku tidak terus ke pantry, sebaliknya segera aku ketuk pintu bilik Encik Irfan.
"Masuk!" Arahnya kuat. Ishhh! Suara.... macam petir!
"Encik Irfan..... kenapa saya pula nak kena buat Nescafee untuk Encik? Saya bukan P.A. Encik lagi" Tanpa ucapan salam, aku terus menyoalnya.
"Oo.. dah pandai komplen ek? Dah tak suka nak kerja sini lagi?" Aik.... Encik Irfan main ugut-ugut aku pulak?
"Saya bukan nak komplen Encik Irfan, saya ada banyak kerja lagi nak buat. Kerja saya dengan Cik Natrah pun tak tertanggung. Saya ingat lepas Encik dah dapat P.A. sendiri, kuranglah beban saya sikit"
"Aku dah tanya Natrah, dia tak kisah pun. Lagipun, aku dah mintak Natrah 'approve' kan kenaikan gaji kau. Apa kau nak risau lagi?"
"Ini bukan soal gaji, Encik Irfan. Tapi., kerja saya.... " Tetap mahu membantah arahannya. Setakat kenaikkan gaji, tapi aku lebih terbeban dengan kerja yang bukan sepatutnya aku buat, memanglah aku boleh naik angin!
"Kalau kau rasa nak kerja lama kat sini, jangan bantah apa yang aku suruh buat, faham? Sekarang kau boleh keluar. Aku nak Nescafee aku sekarang. Dengar tak??" Suara petirnya bergema lagi. Ya Allah!. Gila betul 'Mamat' sekor ni. Harap muka je lawa.... ehhh.. handsome!. Tapi perangai..... huh! Kansel teruslah niat dan angan-anganku nak jadikan dia boyfriend. Tapi hati dah suka......... sangat kat dia!. Habis tu, apa nak buat ek?
"Sebijik Hitler!" Desisku perlahan pada diri sendiri.
"Kau cakap apa?" Erk! Terkejut dengan sergahannya. Encik Irfan dengar ke aku mengomel sorang-sorang tadi? Tergesa-gesa aku melangkah ke pintu. Keluar dari bilik Encik Irfan, Zana pandang aku dengan belas.
"Kau kena jerkah lagi ke? Sampai kat luar ni, dengar" Aku herotkan bibir bila Zana menegurku dengan pandangan belas.
"Benci sungguh aku. Pasal creamer pun, Encik Irfan nak komplen. Nak sedap, buat sendirilah!"
Muncung bibir aku bawa hingga ke pantry dan buka kabinet barang-barang dengan kasar. Sakit hatiku tak terhingga. Irfan Mukhriz dan creamer. Satu gandingan yang langsung tak serasi. Creamer tu kan, lemak...manis dan berkrim. Encik Irfan pula.... lemak tepu, masam dan ..... arghhhh.. Lu pikirlah sendiri!
Semenjak kebelakangan ini, aku perasan Encik Irfan semakin rapat dengan Cik Natrah. Hari-hari mereka makan berdua dan balik juga bersama-sama. Kadang-kadang aku terdengar gelak halus dari bilik Cik Natrah. Sudah tentu Encik Irfan juga ada di dalam. Aku pula yang dulu agak rapat dengan Cik Natrah juga semakin rasa dipinggirkan. Hatiku menjadi sebak tiba-tiba. Cemburukah aku?
YOU ARE READING
AKU SAYANG KAMU
General FictionAKU SAYANG KAMU ISBN No : 978-967-0657-13-4 JUMLAH MUKA SURAT : 705 Harga : RM25.00 TERBITAN: LOVE NOVEL PUBLICATION untuk online order sila klik sini : http://www.lovenovel.com.my/product/aku-sayang-kamu/