P R O L O G

9.9K 247 19
                                    


2009,
Di sebuah banglo usang

Bang! Bang! Bang!

Lelaki-lelaki yang menjadi penghalang untuknya keluar daripada bilik kurungan itu ditembak seorang demi seorang. Dia harus segera melarikan diri sebelum semuanya menjadi satu penyesalan.

Seorang lelaki yang memegang sebilah pisau lipat menerpa ke arahnya. Lelaki tersebut cuba untuk menyerang dia namun sempat dia mengelak. Dia kemudiannya menendang lelaki itu sehingga lelaki itu terdorong selangkah ke belakang. Kesempatan itu diambil olehnya dengan cubaan menumbuk secara bertubi-tubi.

Kesan luka di tubuhnya tidak dihiraukan. Sakit yang dialaminya tidak setanding dengan sakit di hatinya apabila diri dan hidupnya dipermainkan oleh seorang lelaki.

Tambahan pula, lelaki itu adalah seorang lelaki yang dicintainya sepenuh hati. Seorang lelaki yang dia sangka baik hati. Yang kini telahpun membunuh keluarga tersayangnya dengan kejam. Peristiwa hitam itu berlaku kira-kira seminggu lalu.

Tidak disangka hanya untuk memiliki maruah, pangkat serta harta, nyawa keluarganya menjadi taruhan. Ahli keluarganya yang masih hidup hanya tinggal dia bersama adik kembarnya, yang kini telahpun menjadi taruhan bersama puluhan anggota mafia yang lain.

Ya, dia seorang gadis mafia. Nama yang diberi adalah Dania. Hidup sebagai seorang mafia di dunia gelap itu merupakan penyeksaan buat dirinya.

Andai dapat diundur masa, dia tidak mahu melibatkan diri dalam dunia gelap itu.

Andai sahaja dia dapat memilih siapa ibu bapanya, mungkin hal-hal sebegini tidak akan berlaku.

Dania keluar dari bilik kurungan itu apabila tiada lagi orang yang menjadi penghalang. Matanya tertancap pada susuk tubuh adik kembarnya. Baju yang dipakai kembarnya, Liana, koyak-rabak sehingga menampakkan bahu yang terdapat luka cakaran. Rambutnya pula kelihatan serabai manakala matanya sembab.

Memahami keadaan adiknya itu, Dania menerpa ke arah Liana.

" L-Lily.. " sayu sahaja suaranya memanggil adik kembarnya itu.

Air mata yang cuba ditahan akhirnya jatuh berjuraian. Sepasang kembar tidak seiras itu saling berpelukan bersama air mata di pipi.

Dugaan apakah ini? Baru seminggu keluarga mereka dibunuh tanpa belas kasihan kini kembarnya pula sebegini.

Bang!

Sebutir peluru menembusi tubuh Liana. Dania yang terkejut dengan situasi itu hanya duduk terkaku. Liana semakin lama semakin lemah dek kerana tembakan yang menembusi bahunya. Hampir sahaja dia rebah namun sempat Dania menahan. Diletakkan kepala Liana perlahan di atas lantai.

"L-Lari Daisy. L-lari seb-elum dia bunuh kau. "lemah sahaja suara Liana seolah-olah dia berbisik sebelum dia menghembuskan nafasnya buat kali terakhir di hadapan Dania.

Dong!

Dong!

Jam antik yang kelihatan seperti bertahun lamanya berbunyi menandakan masa sudah menunjukkan pukul 12.00 tengah malam.

13 APRIL 2009,

Tepat pada hari lahir sepasang kembar itu yang ke-18 tahun, Liana telah pergi. Liana telah meninggalkan dirinya. Sepatutnya , hari itu adalah hari yang harus diraikan oleh mereka berdua. Ditemani dengan senyuman setiap masa. Seharusnya pada waktu itu mereka berdua serta keluarga bergembira seperti ulang tahun hari lahir pada tahun sebelumnya. Namun kali ini disebaliknya. Hanya ditemani dengan darah dan air mata.

Kedengaran bunyi tepukan dari arah tangga. Lelaki yang kononnya dicintainya sepenuh hati serta empat orang rakannya galak berketawa. Dania mengesat air matanya kasar sambil mengetap gigi apabila melihat lelaki itu ketawa.

Di tangan lelaki itu terdapat sepucuk pistol berwarna silver. Muncul kemarahan di dalam diri Dania.

"Kau! Aku percayakan kau selama ni, yang ini ke kau balas dekat aku, Han? Kau permainkan perasaan aku! Kau bunuh mak bapa aku, kau bunuh abang aku, sekarang ni kau bunuh adik aku? Aku tak buat salah pun dengan kau! Aku tak pernah berdendam dengan kau! Apa yang kau nak dari aku, hahh?! " jerkah Dania.

Lelaki yang digelar Han itu hanya tersenyum senget sambil menggelengkan kepalanya. Sesekali dia ketawa. Lagak psiko.

" Aku minta elok-elok dekat bapa kau tu. Aku cuma nak geng dia je. Sekali dengan rank Alpha tu. Salah ke? " ujarnya tanpa nada. Dia berjalan perlahan mendekati Dania yang memandangnya tajam bersama air mata di pipi.

" Orang selalu cakap, Alpha tu kuat, banyak pengaruh. Tengoklah apa dah jadi? Sekali kena tikam, dah mati. " sambungnya lagi sambil tergelak kecil. Dia bertinggung di hadapan Dania sambil menggeleng-gelengkan kepala. Pipi Dania yang basah diusap perlahan namun ditepis kuat oleh Dania.

" Jangan kau berani sentuh aku! " marah Dania. Lelaki yang digelar Han itu mengeluh kecil.

" Kalau dia bagi apa yang aku nak, semua ni takkan terjadi. Dia tu degil sangat. Dah tua pun tak mampus lagi. Kau lupa ke apa orang tua tu dah buat kat kau, sayang? Memang patut pun aku bunuh dia." katanya sambil menyengetkan kepala. Dania mengetap gigi.

" Kau bunuh mak aku, abang aku sekali. Dorang tak buat salah apa pun dekat kau! "

" Aku tak sengajalah. Mak kau nampak aku bunuh orang tua tu. Tiba-tiba je datang serang aku. Aku tolaklah dia. Mana aku tahu dia terhantuk lepastu mati ke apa. Abang kau tu pula, memang aku niat nak bunuh dia pun. Suka hati dia je cakap aku ni tak sesuai jadi calon suami kau. Sial betul. " muka lelaki itu kemerahan, marah barangkali mengingati kata-kata abang Dania. Dania menggelengkan kepalanya. Laju air matanya mengalir membasahi pipi. Kedengaran esakan kecil miliknya.

" K-Kau r-rogol adik aku. K-kau bunuh dia. " sayu suara Dania berkata. Tangisannya semakin menjadi-jadi. Han menggeleng-gelengkan kepalanya. Laju tangannya naik menyeka air mata Dania namun Dania menepisnya.

" Tak. Tak, sayang. Aku tak sentuh dia pun. Kau tunjuklah perempuan seksi apa pun depan aku, aku takkan sentuh perempuan tu. Aku sayang kau sorang je. Aku cuma suruh member aku 4 orang tu main-main je dengan dia. Manalah aku tahu dorang main bebetul. Lagipun, itu salah Liana sendirilah. Dia yang bagi aku marah. " terang Han perlahan. Dia tersenyum sinis lagak si psiko. Dania menjerit marah.

" Tipu.. TIPU. K-Kau bunuh dia. KAU BUNUH DIA. KAU BUNUH DIA! AKU BENCI KAU HAN. "

" Shh.. Aku dah kata, aku tak bunuh dia."

" A-Aku nampak kau pegang pistol tu. "

" Tak, bukan aku yang bunuh dia. Kau tengok tu, tengok. " dagu Dania dipegang sebelum diarahkan ke arah empat orang rakannya. Salah seorang daripada mereka memegang pistol sambil ketawa.

" Dia tu yang tembak adik kau. Bukan salah aku tau, sayang. Aku tak suruh pun dia tembak! Dia sendiri yang gatal nak tembak adik kau. Kau nak aku bunuh dia ke? " sambungnya lagi. Tangannya di dagu Dania, Dania tepis kuat. Dania bangun, berundur selangkah ke belakang. Han yang melihatnya, turut bangun dan mara mendekati Dania.

" Sekarang ni, aku nak semua geng orang tua tu. Kau kan anak dia, kau cuba beritahu dorang yang kau sebenarnya 'bagi' geng orang tua tu dekat aku. Oh ye, lepas tu kan, jangan lupa bagi aku semua surat-surat untuk wariskan company dan harta orang tua tu. Lepas tu, kita kahwin, hidup happy ending. " ujarnya sambil mengusap-usap dagu. Rakan-rakannya ketawa besar.

" Taknak! Aku takkan bagi apa yang kau nak, jahanam! "

DENDAM CIK MAFIA [ SU ]Where stories live. Discover now