2018, 7:30 pagi.
"ARGGHHH!!!"
Buk!
Dania jatuh dari katil. Belakangnya digosok-gosok berulang kali.
"Ish!! Mimpi tu lagi. Macam tak ada mimpi lain je. " rengusnya perlahan.
"Kenapa kerap sangat aku dapat mimpi yang sama? Pernah berlaku ke dalam hidup aku sebelum ini? Mungkin sewaktu aku belum hilang ingatan lagi." omelnya pula seorang diri. Dahinya berkerut cuba mengingati masa lalu sambil tangannya tak henti-henti menggosok belakang badan.
"Takkanlah! Aku mana ada kembar. Angah tak pernah cerita pun! Huh! "cebiknya pula.
"Tapi aku kan hilang ingatan. Aku tak ingat siapa diri aku. Boleh jadi benda ni pernah berlaku." omelnya lagi sendirian. Kepalanya terangguk-angguk mengiyakan kata-katanya sendiri.
"Tapi.. Aku bukan mafia! Aku detektif! Hacker kumpulan gelap angah lagi! " Kini, kepalanya tergeleng-geleng pula.
"Tapi, tapi, tapi.. Angah kan mafia. Dia tu kan cousin aku. Keturunan dia, keturunan aku juga. Kalau keluarga dia mafia, jadi aku pun samalah? Aduh stresss ! "Kini dia menepuk dahinya pula. Rambutnya yang berwarna hitam diserabutkan dengan muka yang serabai.
"Kalau betul Daisy mafia yang selalu muncul dalam mimpi aku tu adalah aku, memang mustahillah aku boleh hidup! Gaung tu kan tinggi! "Sekali lagi dia menggelengkan kepala.
"Serabutnya! Kalau betullah Daisy tu adalah aku, iaitu Dania Dahlia, si hacker ni, kenapa aku tak nampak muka dia ? Dorang kembar seiras kan, maksudnya muka aku sama macam Lily tu. Tapi, kenapa tak sama pun muka aku dengan Lily tu? " dia mengusap dagu.
"Atau mungkin sebenarnya angah buat pembedahan plastik dekat muka aku ni? Jadi kiranya muka aku ni lawa sebab pembedahan plastik laa? Bukan original hasil dalam rahim mak aku ?" Sempat dia mengangkat bakul sendiri.
"Stressnya! Baik aku tanya angah . "Baru sahaja ingin dicapainya telefon miliknya, telefonnya itu berdering lantang. Melihat sahaja nombor yang tertera terus dia membetulkan suara. Dia berdehem sebelum suaranya bertukar menjadi serius.
"Hello? Detektif Dania di atas talian. Ada apa-apa yang perlu saya bantu? "
"........"
"Oh, Tuan akan dapat maklumat tu 6 hingga 12 jam dari sekarang. Apa-apa masalah sila hubungi saya."
"........."
"Baik!"
Tamat sahaja panggilan itu pantas sahaja dia berlalu ke bilik air. Dia ada misi yang harus dilakukan. Misi yang berkaitan dengan jenayah kumpulan abang sepupunya. Sebelum maklumat tersebut tiba di tangan orang lain, lebih baik dia bertindak cepat.
°°°°°
"Shoot!! "Ashraff menjerit lantang. Keadaan di kelab itu huru hara apabila mendengar jeritan lantang itu.
Bang! Bang! Bang!
Beberapa tembakan dilepaskan tepat mengenai kepala. Di sebalik mask yang dipakainya, Ashraff tersenyum sinis melihat musuh mereka yang tumpas.
"Zick, kau lengahkan masa diorang. Aku akan selesaikan mamat cina tu." kata seorang lelaki bersikap dingin yang turut nemakai mask. Bezanya hanya lambang kumpulan masing-masing dan warnanya sahaja. Lelaki itu hanya membiarkan sahaja lelaki cina itu melarikan diri. Dia tersenyum sinis. Ashraff hanya mengangguk.
"Hash, kejar dia sampai dapat!"Lelaki yang digelar Hash itu mengangguk lalu mengejar lelaki cina yang melarikan diri tadi. Manakala Ashraff serta gengnya Black Wolves menewaskan anak buah lelaki itu .
YOU ARE READING
DENDAM CIK MAFIA [ SU ]
Aksi>>> 𝚜𝚕𝚘𝚠 𝚞𝚙𝚍𝚊𝚝𝚎 <<< Mafia. Dendam. Bagaimana jika dendam terselit dalam permainan kehidupan? Setelah sekian lama kejadian hitam itu berlaku, dia muncul kembali. Dia muncul untuk menakluki dirinya. Hak dia, kepunyaan dia. Kau sentuh, kau ma...