" Sekarang ni, aku nak semua geng orang tua tu. Kau kan anak dia, kau cuba beritahu dorang yang kau sebenarnya 'bagi' geng orang tua tu dekat aku. Oh ye, lepas tu kan, jangan lupa bagi aku semua surat-surat untuk wariskan company dan harta orang tua tu. Lepas tu, kita kahwin, hidup happy ending. " ujarnya sambil mengusap-usap dagu. Rakan-rakannya ketawa besar.
" Taknak! Aku takkan bagi apa yang kau nak, jahanam! " Han yang mara ke arahnya, ditolak kuat sehingga terundur ke belakang. Han berdecit marah.
" Aku minta cara eloklah! Kau nak mati ke?! Jangan buat aku marah! Aku cakap elok-elok, kau nak maki aku! Apa yang aku nak, kau bagi jelah! Susah sangat ke? " jerkah Han kepadanya. Dania yang terkejut terundur ke belakang.
" Aku benci kau. "
" Dengar cakap aku, kau selamat. Aku janji aku akan jaga kau." Han melontar janji manis, namun begitu Dania menggeleng laju. Han menapak selangkah, laju Dania bergelut pistol di tangan Han. Han mula panik, takut jika terlepas tembakan.
" Lepas, Daisy. Bahaya kalau buat macam ni. " Han cuba menegur, masih lagi bergelut dengan Dania. Dania buat tidak endah dengan kata-katanya. Han semakin panik.
" LEPAS DAISY! AKU CAKAP LEPASKAN LAH! " Han mula menjerkah, tanpa sengaja dia menolak Dania dengan kuat sehingga belakang badannya terhempap ke pintu kaca menuju ke balkoni banglo usang itu. Dek situasi itu, pintu kaca tersebut pecah. Kaca mula menusuk di belakang badan Dania.
Bang!
Salah seorang rakan Han menembak Dania tepat di bahu. Darah mula membasahi bajunya. Dania yang semakin lemah dek tembakan tersebut hampir terlantar namun sempat berpaut pada balkoni. Pandangan Dania mula kabur. Hampir sahaja dia terjatuh apabila melihat gaung yang sangat tinggi di balkoni itu namun, kuat tangannya memaut. Han yang terkejut dengan tembakan yang dilepaskan menerpa pada rakannya.
" SIAL KAU NI. KENAPA KAU TEMBAK DIA, HAH?! " Han menumbuk rakannya itu. Kelihatan darah menyembur dari mulut rakannya itu. Rakannya mula berbalas tumbukan kembali.
" Aku tolong kaulah, sial! Kalau kau tertembak tadi, macam mana?! " Muka Han ditumbuk kuat. Han berdesis kuat.
" Kau ada dengar aku bagi arahan untuk tembak dia ke, sial! " Han kembali membalas tumbukan. Kali ini lebih kuat daripada tadi. Kepala rakannya itu terteleng ke tepi. Salah seorang rakan Han yang lain cuma menenangkan Han, namun Han masih lagi menumbuk lelaki yang menembak Dania.
Tiba-tiba seorang lagi rakan Han bergerak laju ke arah Dania. Han yang terkejut dengan gerakan tiba-tiba rakannya yang satu itu mula berhenti daripada menumbuk lelaki tadi. Laju Han berlari ke arah Dania dan rakannya itu.
Buk!
Perut Dania ditumbuk kuat oleh rakan Han. Serentak dengan itu, Dania yang berpaut pada balkoni jatuh.
" Arghhh" Han yang baru tiba tidak sempat mencapai Dania, dia hampir terduduk.
" Settle satu masalah. " ujar rakannya itu, sinis.
" S-Sial kau ni!"
Bang!
YOU ARE READING
DENDAM CIK MAFIA [ SU ]
Akcja>>> 𝚜𝚕𝚘𝚠 𝚞𝚙𝚍𝚊𝚝𝚎 <<< Mafia. Dendam. Bagaimana jika dendam terselit dalam permainan kehidupan? Setelah sekian lama kejadian hitam itu berlaku, dia muncul kembali. Dia muncul untuk menakluki dirinya. Hak dia, kepunyaan dia. Kau sentuh, kau ma...