OY 20

4K 154 4
                                        


"Khai? Nak pergi mana?" Soal Syakila. Sedang berjalan untuk ke kelas tengahhari itu. Khai terus berpaling kearahnya.

Khai yang mengenakan sweater biru berhoodie serta bertopi hitam, terus terkelu lidah.

"Hah?"

"Khai nak pergi mana?" Bukannya petang ni Khai takde kelas ke?" Soal dia lagi, mula mendekati Khai. Khai menelan liur.

Hanya dia sahaja mempunyai kelas petang itu. Sem ini mereka berbeza kelas untuk beberapa buah subjek.

"Saya ada hal dekat luar." Jawab Khai.   nampak sedikit gugup.

"Hal apa?"

"Adalah. Awak tak payah tahu."

"Khai, are you hiding something from me?"

"Apa benda? Jangan nak mengarutlah." Khai mula melangkah,  berlalu .

Syakila berlari anak mengejar. Lengan Khai dipaut.

"Bagitau Sya. Khai dah ada orang lain ke?" Matanya mula berkaca. Khai mendiamkan diri. Dia menunduk.

"Sampai hati awak kan. Lepas saya dah bagi cinta saya dekat awak. Awak buang saya macam saya ni takde perasaan." Tangis Syakila. Khai memandang sayu.

"Maaf, saya dah lambat.  Saya kena pergi." Khai melepaskan pautan tangan Syakila pada lengannya dan berlari pergi. Meninggalkan Syakila yang masih mengalirkan airmata.

*****

Syakila berjalan pantas. Tali beg sandang yang hampir melorot ditarik semula ke bahu. Apabila terasa lambat, dia mulai berlari. Berlari ke tempat biasa mereka berjumpa.

Risau? Resah?  Bila Lia menghantar pesanan melalui whatsapp mengatakan Khai pengsan dibelasah berdekatan tasik. Hatinya terus tidak tenang semasa didalam kelas. Mujur sahaja kelasnya hampir tamat tadi.

"Helo Lia." Telefon Syakila.

"Hah!  Awak dekat mana dah? Cepat sikit." Resah kedengaran suara Lia disana. Semakin tergesa-gesa Syakila berlari.

"Kejap-kejap. Saya dah nak sampai ni. Awak dekat mana?"

"Ada ni. Tepi tasik ni je. Cepat-cepat cepat."

"Saya dah sampai ni. Mana korang?" sebaik bertanya, terus talian terputus. Lariannya terhenti dan terus memandang telefon di tangan.

"Yang pergi tutup kenapa? Macam mana nak cari." Bebel Syakila sambil menekan semula nombor telefon Lia.

Tidak berjawab.

"Mana ni? Kata tepi tasik."

Mata diliarkan memandang kawasan tasik. Kalau-kalau ada tanda orang bergaduh ataupun orang ramai berkumpul.

Rambut panjang yang dibiarkan lepas sedikit tidak terurus kerana berlari tadi.

Nada dering menandakan ada panggilan masuk berlagu kuat. Syakila memandang telefon touch screen miliknya. Dahinya terus berkerut, namun jari masih menolak butang menerima panggilan ke kanan lalu dilekapkan ke telinga.

*****

Khai P. O. V

Aku memandang belakang tubuhnya dari jauh.

"Hello?" Dapat aku dengar suara Syakila dari dalam telefon. Aku masih diam,  tersenyum nipis. 

"Hello Khai?" Dia memanggil.

"Khai, jangan lah main-main." Nada suaranya mula berubah. Kedengaran seperti sebak bercampur geram. Senyuman aku semakin melebar.

"Awak rindu saya?" Soal aku selepas lama mendiamkan diri.

"Yelah, jangan lah main-main. Khai dekat mana sekarang ni?"

"Selagi awak kunci nama saya dalam hati, selagi tu saya tetap dekat situ." Ucap aku mula tergelak. Dia menggumam geram.

"Jangan lah main-main, Khai. Khai dekat hospital mana ni? Sya pergi sekarang." Dia mula melangkah.

"Ehhh... Nak pergi mana? Buat apa cari saya dekat hospital?" Tanya aku tidak faham.

"Kan Khai pengsan."

"Siapa kata?"

"Lia lah. Dia kata Khai pengsan kena belasah."

Aku pejam mata erat.

'Patutlah cepat je dia sampai. Ini rupanya plan baik punya kau tu,  Lia.' Aku menggumam geram.

"Saya tak pergi mana-mana lah."

"Jadi?"

"Pusing belakang awak." Dan aku terus mematikan telefon. Tidak sampai beberapa saat dia berpaling ke belakang.

*****
Syakila P. O. V

Aku berpaling dan...

"Happy Birtday!". Ucap dia tersenyum lebar.

Mata aku membuntang tidak percaya.
Aku terus menekup mulut,  terharu.

Dia sedang memeluk teddy bear berwarna coklat  bersama seutas benang yang diikat dengan belon pada lengan teddy bear tersebut. Tertulis perkataan 'Happy Birtday' pada belon itu.

Perlahan-lahan dia bergerak menghampiri aku. Senyuman dia tidak lekang dari bibir.

"Happy birtday, sayang. Sorry sebab simple. Bajet saya tak banyak." Ujar dia tergelak. Dihulurkan patung tersebut kepada aku.

Aku masih kekal membatu bersama rembesan airmata. Rasa sakit tengahhari tadi masih terasa di hati.

"Kenapa ni? Tak suka teddy bear ke?" Soal dia apabila aku tidak mengambil patung itu.

Diam.

"Ala, marah saya pasal tengahhari tadi ke?  Sorry lah sayang. Saya acah je tu. Prank for your birtday."

Semakin laju aku mengalirkan airmata.

"Jahat! Kejam! Tak guna!" Teriak aku geram. Melepaskan segala yang terbuku di hati sejak tengahhari tadi.

Dia tersengih sambil menggaru-garu belakang kepala.

"I'm sorry, sayang. Mana ada orang boleh ganti awak dalam hati saya. Nama awak sorang je tau,  sayang.  Only you, my love." Ucap dia penuh romantik.

Tanpa berlengah, aku terus menerpa dan memeluk tubuhnya. Dia terundur setapak cuba menstabilkan diri.

"Thank you, thank you so much,  sayang." Ucap aku dalam linangan airmata. Dia membalas dengan mengusap belakang kepala aku, lembut.

"Only you, my love." bisik dia perlahan.

Aku tersenyum. 


Ha ha ha... Hambar kan? Sorry. . takde idea dah.

#vote #komen

Only you, my love! (GxG) {COMPLETED}Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang