Prolog

8.2K 328 25
                                    

💎💎💎



Delisa Qiana merenung ke arah sebentuk cincin belah rotan yang elok tersarung di jari manisnya. Terkadang dia memusing musingkan cincin itu ke atas dan ke bawah jarinya.

Keluhan dilepaskan. Hampir 2 bulan dia menjadi tunangan orang namun hanya dua perkara yang dia tahu mengenai tunangnya itu. Nama lelaki itu dan pekerjaannya. Lain dari itu, dia langsung tidak mengetahui apa apa.

Bahkan kali terakhir dia berjumpa dengan lelaki itu adalah ketika majlis pertunangan mereka. Setelah itu, bayang lelaki itu langsung tidak kelihatan. Bakal mertuanya sekali sekala datang ke rumah keluarganya, berbincang mengenai majlis perkahwinan mereka. Namun tunangnya langsung tidak memunculkan diri.

Dalam diam, Delisa ternanti juga. Menanti lelaki itu datang berjumpanya atau sekurang kurangnya menghubunginya. Namun hampa. Si dia seolah olah tidak menganggapnya wujud.

Bukan dia tidak mempunyai nombor telefon tunangnya itu tapi malulah jika dia yang terlebih dahulu menghubungi lelaki itu. Tambahan lagi dengan sikap tidak endah lelaki itu. Memang tak lah dia nak menghubungi bakal suaminya itu.

"Delisa."

Delisa tersentak. Suara garau seseorang mematikan lamunannya. Cincin yang tadinya dimainkan di jarinya terjatuh dan bergolek di hujung kaki lelaki yang menegurnya tadi.

Delisa terkedu. Lelaki itu tunduk mengambil cincinnya. Wajah diangkat memandang Delisa.

Qi Umar!

Tunangnya itu menjongket kening padanya. Delisa membulatkan mata. Tidak percaya orang yang berada dalam fikirannya tadi sudah berada di depan mata.

Dia cepat cepat bangun dari buaian dan segera merapatinya Qi.

"Kau menungkan aku ke?"

Sebaris ayat dari lelaki itu membuatkan dadanya berdegup kencang.

"Hah? Tak! Kenapa saya nak kena termenungkan awak pula?"

Qi tayang senyuman sinis. "Sebab aku tunang kau dan kau baru saja campak cincin kau tadi."

Delisa menunduk. "Cincin tu terjatuh la. Bukan sengaja."

Seusai kata kata itu, tangannya diraih kasar oleh lelaki itu. Cincin tunang yang terjatuh tadi kembali disarung ke jari manisnya. Pedih jarinya. Lelaki ini tak tahu nak berlembut ke!?

"Aku datang ni sebab mama yang suruh. Dia suruh aku jumpa kau." Qi menjelaskan. Tangan disilang ke dada. Mata memerhati gadis yang hanya melarikan pandangan dari tadi.

Delisa diam. Tidak tahu mahu memberi balasan yang bagaimana. Nak cakap 'Saya memang tunggu awak'. Atau 'Baguslah. Saya nak kenal juga tunang saya.'

"So... Delisa Qiana. My fiancee." Sinis nada suaranya. Delisa mendongak memandang Qi.

"Kau tak nak jemput aku masuk? Atau jemput aku duduk? Kat luar ni pun jadilah. Tekak aku pun haus ni." Qi menyambung lagi.

Delisa menelan liur. "Em, awak duduk la dulu. Saya suruh bibik buatkan air kejap."

Baru saja kaki melangkah ke pintu gelengsar di tepi taman mini itu, kedengaran Qi ketawa halus. Agak sinis!

Delisa menoleh. "Kenapa?"

"Dah nak kahwin pun masih suruh bibik buatkan minuman untuk bakal suami? Kalau macam ni, baik aku kahwin dengan bibik kau saja." Qi menyelar.

Delisa terdiam. Betul juga kata lelaki itu. Namun ayat hujungnya membuatkan Delisa bengang. Nak saja disuruh lelaki itu kahwin dengan bibiknya.

I See You Where stories live. Discover now