Bab 3

4.2K 295 41
                                    

💎💎💎




Delisa menghayun perlahan buaian di halaman rumah. Bunyi kicauan burung menenangkan hatinya. Senyuman nipis diukir namun senyuman itu terpadam sebaik saja terdengar langkah seseorang merapati.

"Siapa?" Dia memalingkan wajah ke arah derapan langkah itu.

"Wah, tak sangka. Cekap juga telinga kau ya. Kemain aku berjengket tadi."

Delisa mendiamkan diri apabila suara Qi menerjah ke telinga. Lelaki itu duduk di tepinya. Sesuka hati saja menyilang tangan ke bahunya.

"Siapa yang benarkan awak masuk?" Delisa berkata tanpa riak di wajahnya.

"Guard kat depan yang bagi aku masuk. Aku cakap nak jumpa dengan kau."

Delisa merengus, terus bangun dari buai. "Kenapa nak jumpa? Kita dah tak ada apa apa hubungan."

"Aku tak pernah setuju pertunangan kita putus. Lagipun, aku belum terima cincin kau. Selagi tu, kau masih tunang aku."

"Susah sangat ke awak nak faham? Buat apa kita nak teruskan pertunangan ni? Saya tak suka awak dan awak tak suka saya. Sudahlah dan jangan nak paksa diri buat benda yang awak tak suka."

"Delisa..." Qi turut bangun. Ini Qi Umar! Ingat dia nak mengalah macam tu saja?

"Bagi aku peluang, please. Aku nak tebus semua salah aku pada kau."

"Salah? Apa salah awak pada saya?" Sinis nada suara Delisa.

Qi diam.

"Ada girlfriend dalam waktu yang sama kita bertunang dulu?" Delisa menyambung bicara.

"Ap...apa kau cakap ni?"

Delisa menghadap tubuh ke arah Qi. "Jangan ingat saya tak tahu dan jangan ingat saya lupa. Awak tinggalkan saya di butik dulu kerana teman wanita awak."

Qi tersentak. Tak menyangka Delisa tahu.

"Kalau awak tak tinggalkan saya haritu, saya tak mungkin terlibat dalam kemalangan dan saya takkan cacat begini! Saya buta kerana awak!" Menjerit suara Delisa.

Terus saja dia menghayun langkah meninggalkan Qi yang masih terkaku di situ.

"Delisa..."

Delisa sudah masuk ke dalam rumah apabila Qi menarik lengannya. Dapat Delisa rasa Qi menarik kedua dua tangan dan melutut di depannya.

"Apa awak buat ni!? Lepas!"

"Aku minta maaf. Aku minta maaf Delisa. Tolong maafkan aku dan terima aku semula." Qi merayu membuatkan Delisa tergelak.

"Tak kelakar, Qi."

"Aku tak buat lawak, Delisa."

Delisa merentap tangannya dengan kasar dan terus menolak tubuh Qi. Namun tubuh gagah lelaki itu membuatkan dia sendiri hampir terjatuh. Delisa terjerit. Qi menangkap tubuh Delisa, memeluk erat gadis itu dalam pelukannya.

Masing masing terdiam seketika.

"Apa yang berlaku ni!?"

Suara kuat seseorang membuatkan Qi menoleh ke pintu rumah. Dia diterpa oleh seorang lelaki, memaut Delisa yang berada dalam pelukannya.

"Delisa, awak okey?" Cemas suara lelaki itu apatah lagi Delisa kelihatan terkejut dengan tindakannya yang drastik menjauhkan tubuh Delisa dari Qi.

Nafas Delisa sedikit laju. Terkejut dan panik. Hampir termengah-mengah, dia mengurut dada.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: a day ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

I See You Where stories live. Discover now