Takdir tidak akan bisa dipisahkan oleh apapun.
Helaian gambar yang berselerakan di lantai dipandang sepi oleh aku. Mata yang membengkak akibat menangis aku pegang. Walaupun sudah semalaman menangis tetap juga aku tidak puas.
"Akak, dah lah tu. Allah dah aturkan yang lebih baik untuk akak. Allah dah tunjukan yang abang Nazim bukan lelaki yang terbaik untuk akak." Lembut tutur bicara Zasha menenangkan aku.
"Akak tau. Ibu mana?" pantas aku menukar topik tidak mahu topik Nazim menjadi bualan.
"Ibu tengah masak dekat dapur, ibu suruh adik kejut akak lah ni" petah gadis berusia lapan belas tahun itu berkata.
"Adik keluarlah, akak nak mandi. Lepas mandi akak turun"
"Okey. Akak jangan nangis lagi tau. Adik tau akak kuat" Zasha memelukku sebelum berlalu keluar.
Tuala yang berada di lipatan aku ambil. Nafas aku hela berat. Langkah terus aku bawa menuju ke kamar mandi. Cermin aku pandang.
"Cukuplah kau sakit. Sekarang kau kena bangkit. Zaskia Amani yang aku kenal bukan macam ni. Dia perempuan yang kuat" aku berbicara menghadap pantulan wajahku di cermin tandas itu.
Sedikit demi sedikit semangat yang aku lontarkan dicermin itu meresap ke dalam diriku. Ya! Sekarang masa untuk aku bangkit! Aku tak adalah bodoh sangat nak menangis untuk lelaki yang tak guna tu!
Wangian sabun lavendar kegemaranku menusuk rongga hidungku. Haruman itu sahaja yang mampu menenangkanku. Usai memakai sabun lavendar terus aku mengambil tuala lalu membalut badanku.
Skirt hitam tanpa lengan aku capai lalu disarung ke tubuh kecil ku. Jaket hitam pemberian arwah ayah aku pakai bagi menutupi lenganku yang terdedah. Rambut panjang separas pinggang aku biarkan lepas.
Mukaku yang tiada jerawat hanya disapu bedak kompak saja. Bibir pula hanya aku oleskan lipbam sahaja. Seringkas yang boleh aku bersiap.
Langkah aku bawa ke dapur. Melihat ibu yang sedang mengupas bawang aku turut membantu dengan menghiris bawang untuk ditumis.
"Ibu, Amani nak cakap sikit boleh?" aku memulakan bicara setelah agak lama berdiam diri.
"Amani nak cakap apa? "
"Um, nantilah tunggu lepas makan nanti Amani cerita" aku berkata dengan tidak yakin.
Lauk yang baru sahaja aku masak diletakkan di atas meja makan berbentuk segi empat sama. Cukuplah lauk itu untuk dimakan oleh kami tiga beranak.
"Amani nak cakap apa tadi? " ibu bertanya sambil memandang mataku.
"Amani ingat nak balik rumah atuk dengan nenek lah. Amani nak jaga atuk dengan nenek"
"Berapa lama Amani nak pergi? " ibu masih bertanya sedangkan Zasha hanya diam memerhati.
"Tak tau lah. Mungkin seminggu, dua minggu boleh juga sampai berbulan bulan" aku berkata.
"Amani dah cakap macam tu ibu tak boleh buat apa lagi lah"
"Terima kasih ibu" tersenyum lebar aku.
YOU ARE READING
TAMATKAN KISAH KITA
RomanceCinta yang dulunya diagungkan telah mengkhianatinya. Sakit hatinya pula dibawa ke kampung halaman . Perjalanannya ke rumah datuk dan neneknya membuatkan dirinya bertemu dengan seorang lelaki. Cepat sahaja dirinya selesa dengan lelaki itu. Hati seday...