-Jungkook's pov-
"Bangunlah..kau tak nak pergi kelas ke??" Hoseok hyung gerakkan badan aku. Vibrate nya badan ini.
"Iya..kejap saya bangun" aku pun bangun dari tilam dengan muka yang sedikit menakutkan. Teruknya muka bila bangun pagi.
Aku pun pergi mandi..kemas buku and pakai baju..semua lah aku buat. Ouhh ya..Sara dah bangun ke?
Masa aku keluar dari bilik. Aku nampak Yuju and Jimin tengah on the way turun tangga.
"Woii..korang. Sara dah bangun ke??" Aku bertanya and diorang berdua serentak pandang aku. Tapi wajah diorang sedikit sedih and aku perasan diorang berdua bertukar pandangan.
Tiba tiba Jimin jalan ke arah aku dan menepuk bahu aku. Dia ni dah kenapa buat perangai di pagi yang indah ini.
"Takkan kau dah lupa kot??" Jimin bertanya membuatkan aku tertanya tanya. "Mustahil lah kau lupa Jungkook" Yuju yang tengah berdiri di hadapan tangga tu berkata.
"Korang ni dah kenapa??" Aku bertanya dalam kebingugan.
"Ehhh..korang tak nak pergi kelas ke" Taehyung yang baru keluar bilik tu bertanya."Kenapa korang berkumpul dekat sini jom lah" Ji hyo turut serta.
"Jungkook cari Sara" Jimin berkata memandang Taehyung dan Ji hyoDiorang semua pandang aku lain macam. "Hari ni kan Sara..." Ji Hyo berkata menundukkan pandangan.
Kejap..hari ni.. aku terus berlari ke bilik Sara. "Bila dia keluar?? Kenapa tak beritahu aku" aku teriak dari bilik Sara bila aku sedar hari ni Sara keluar.
"Kami pun tak tahu bila. Kami ingat dia dah jumpa kau" Yuju berkata sedikit sedih. Sampai hati Sara tak jumpa aku dulu. Patutlah dia tak nak aku stay dekat bilik dia.
"Aku tak nak pergi kelas. Korang pergilah" aku menutup rapat bilik Sara sebelum air mata yang berkumpul ini mengalir.
"Jungkook janganlah macam ni" Ji Hyo cuba pujuk di sebalik pintu.
"Dah pergilah!!" Aku marah pada dia. "Dah jom lah pergi. Bagi dia ruang" suara Jimin kedengaran. Memang aku perlu ruang pun sekarang.
-third person pov-
"Aku ingat Sara dah Jumpa Jungkook sebelum dia pergi" Yuju berkata sedang mereka berjalan ke universiti.
"Sara ada minta aku bagi hadiah pada Jungkook untuk valentine esok" Jimin tersenyum indah dan sambil memandang Yuju. *aku akan buat Yuju gembira memandangkan esok valentine* kata hati Jimin.
"Ouhh ya.. aku lupa esok valentine" Ji Hyo cakap sedikit excited.
"Best lah...tiap tiap tahun meja penuh dengan coklat" Yuju berkata kepada Ji Hyo and Ji hyo hanya tersenyum.
Tapi jauh di sudut hati Ji Hyo mengharapkan sesuatu yang bermakna daripada Jihoon pada hari esok. *best kalau Jihoon yang bagi* suara hati Ji Hyo berkata.
"Tapi pelik lah.. semua orang tak cakap dengan kita sebab kes bunuh tu tapi bila velentine... hadiah kita yang paling banyak" Yuju ketawa dengan fakta itu.
"Semua orang takut kita. Tapi dlam diam diam peminat kita banyak.." Jimin berkata sebelum kepalanya dipukul oleh Yuju.
"Baik awak jangan buat hal esok.. mentang mentang banyak peminat" Yuju berkata lalu menjeling Jimin.
"Jealous lah tu" Jimin mengusik Yuju lalu menolak Yuju dengan bahunya.
-Ji Hyo's pov-
Baru je Yuju and Jimin bergaduh semalam. Tapi sekarang dah jadi lovey dovey. Aku dan Taehyung berpandangan sebab meluat tengok diorang berdua.
"Boleh tak kitaorang nak lalu?" Taehyung bertanya. Penat kami jalan di belakang. Lambat lah diorang ni!?
Yuju terus memberikan kami pandangan maut membuatkan Taehyung tunduk. Hahahahahaah..kesian aku tengok dia.
Aku pun memukul bahu Taehyung. "Bawa bersabar yee" aku menyindir. "Menyindir nampak" dia cakap and aku hanya tergelak.
Kami melambai antara satu sama lain sebelum berpisah ke kelas masing masing. Tapi aku, jimin and Yuju rakan sekelas.
"Saya nak pergi tandas dulu" aku cakap sebelum berjalan ke arah tandas. Alamak..aku kena lalu kelas Jihoon..macam mana ni!?
Aku pun berjalan selamba je lalu depan kelas Jihoon.
"Jagi!?" Kedengaran suara Jihoon memanggil aku. Seriously Jagi..tapi aku suka. Aku berjalan laju sebab nak mengelak Jihoon.
"Kejap lah.." dia mengejar aku dan dia sempat pegang tangan aku.
Aku cuba untuk lepaskan gengaman tangannya walaupun sebenarnya aku tak nak. "Lepaskan saya" aku cakap. Air mata mulai berkumpul di kedua dua mata ini.
"Ji Hyo? Ada apa apa jadi ke dekat awak" Jihoon bertanya. Sorry Jihoon.. saya tiada niat nak ignore awak sebenarnya.
"Saya nak pergi..lepaskan saya. Saya tak nak jumpa awak lagi" aku tinggikan suara menyebabkan Jihoon melepaskan tangan aku.
Aku terus berlari ke dalam tandas. Air mata yang aku simpan terus mengalir tanpa henti. Tapi aku tutup mulut aku supaya tiada siapa dengar kelemahan sebenar aku.
Kenapa sakit setiap kali aku ignore dia?
Kalau satu hari dia yang ignore aku. Boleh ke aku bertahan?
-Jihoon's pov-
"Kan dah kena marah.. kau ni memang tak reti nak takut je dengan diorang? Esok kalau kau mati aku tak tahu" Daniel ni membebel.
Kenapa dia tiba tiba jadi macam tu. Baru je semalam dia dengan aku. Dia baik je tapi sekarang..
"Jom lah masuk kelas" Daniel tarik aku masuk tapi aku tak nak. "Kejap..aku nak jumpa seseorang" aku cakap sebelum pergi dari situ.
"Kau nak jumpa siapa?! jangan nak ponteng kelas" dia teriak tapi aku terus berlari dari situ.
Apa salah aku? Kenapa dia layan aku macam ni?
Sedang aku termenung sambil berjalan. Tiba tiba bahu ini menerima impak besar kerana terlanggar seseorang.
"sorry..saya tak nampak" suara tu. Aku pun lihat seorang perempuan yang jatuh di lantai.
"Ji Hyo??" Aku menyebut sebelum memandang ke arah ku. Dia cuba untuk lari dari aku tapi aku menghalang dan terus mendakap erat tubuhnya. Aku tak kesah..ada orang nampak ke apa?
"Lepaslah!?" Dia kata sambil bergelut dengan aku. "Apa saya buat sampai awak jadi macam ni tiba tiba?" Aku cakap sebelum badannya berhenti melawan tubuhku.
"Sebab aku benci kau! Aku just nak main main dengan perasaan kau lah... takkan kau tak perasan..idiot" Aku dengar je ayat tu. Aku terus menolak dia tanda tak percaya. Dia hanya menjeling and smirked pada aku tanda puas hati. "Kenapa? Orang loser macam kau memang senang nak main" dia cakap and pergi dari situ and bisik sesuatu di telinga kiri aku. "Jangan jadi loser".
Hati aku cuba nafi kan semua. Semua ni mimpi je? Jihoon semua ni tipu belaka. Ini bukan Ji hyo.
"Aku bukan loser... ada something yang buat awak macam ni??"
YOU ARE READING
Warewolf Destiny (Malay)
Werewolf"I will make you mine...." Satu ayat yang aku harap akan jadi kenyataan. Tapi reality lebih menyakitkan "Satu benda yang kau perlu tahu. Dia manusia and kau.. warewolf" "Dua dunia takkan bersatu" Warna mata berubah and dia bukan lagi manusia melaink...