-jihoon's pov-
"Kau ingat tau apa aku cakap tadi. And elok elok jalan nanti kena langgar kereta kang..bla..bla..bla" Daniel ni sempat membebel sebelum aku pulang rumah. Ya tuhan...Daniel ni mengalahkan mama aku je tau. Mulut memang tak pandai berhenti bercakap ke..tak penat ke apa.
"Iye..aku taulah" aku cakap sebelum jalan tinggalkan dia.
Membebel betullah pak cik seorang ni.Aku jalan lah balik rumah sendirian. Tapi aku asyik terfikir je.. apa maksud diorang bukan manusia.
Sebaik je aku sampai dekat rumah. Apa lagi kalau tak baring atas katil. Nikmatnya hidup ni. Aku tak rasa aku akan jauh dari diorang. Mesti ada rahsia yang diorang tengah sorok ni.
-Jungkook's pov-
"Apa yang kau buat ni haa!! Kau fikir apa tadi! Macam mana klu rahsia kita terbongkar!" Taehyung tengking aku time aku dah dalam bilik. Bukan aku dengan Taehyung je dalam bilik tu sebenarnya... Sara and Jimin pun dekat situ.
"Berhentilah marah dekat dia" Sara kata sambil tundukkan pandangan dia. Dia tengah nangis ke tu.
"Awak sedar ke Sara..dia hampir beritahu budak Jihoon tu tentang identiti sebenar kita" Taehyung cakap and mata dia dah mula berubah warna.
"Saya sedar..tapi janganlah marah dia. Lagipun Jungkook tak kata pun yang kita ni warewolf kan. Dia just cakap kita bukan manusia" Mata Sara yang berair tu mula pandang aku dan buat eye contact dengan aku.
"Tinggalkan kami berdua please. Tolong keluar dari bilik ni." Sara cakap dan dia mula berjalan ke arah aku. Perlahan lahan Taehyung keluar dengan Jimin sekali. Aku tau..yang diorang tak nak bantah apa yang Sara cakap sebab ni minggu terakhir Sara dengan aku..i mean kami semua.
Aku hanya menundukkan pandangan aku dari Sara tapi aku rasa Sara tengah usap rambut aku. "Saya tak nak awak jadi macam ni sebab fikir tentang saya. Saya okay. Setahun tu tak ada apa apa lah. Ini bukan Jeon Jungkook yang saya kenal tau. Janji dengan saya.. awak tak akan stress lagi sebab saya nak pergi" Sara cakap and hulurkan jari kelinking dia.
Aku naikkan pandangan aku hanya untuk melihat Sara yang tengah menangis tapi masih tersenyum. Aku tolak tangan dia and terus peluk dia. Betul apa Sara cakap.. aku jadi macam ni sebab dia nak tinggalkan aku.
"6 hari lagi saya nak pergi tapi awak masih perangai macam budak kecil" Sara tertawa kecil tapi aku masih peluk dia. Seriously.. wangian dia buat aku tak nak lepaskan dia.
"Apa jadi dengan saya dekat sini" aku tanya.. tak tau lah apa jadi dengan aku sekarang ni. Aku lemah macam ni sebab perempuan.
"Jadi apa?? Teruskan hidup awak macam biasa and tunggu saya balik" Sara selamba bercakap and aku leraikan pelukan tu.
"Teruskan hidup..tanpa awak" aku cakap and.....air mata aku tiba tiba mengalir. Kenapa aku susah sangat nak tabah depan dia....
"Dah.. pergi tidur.." dia letak tangan dia atas dada aku.. and pergi dari situ. 6 hari lagi tinggal ke?? Dah tak payah fikir lagi...baik aku pergi tidur mamandangkan esok tak ada kelas. Jadi aku boleh spend time dengan Sara.
Aku terus pergi berus gigi..cuci muka and tidur.......
"I will make the best for you Sara" itu last sentence aku cakap sebelum tidur.
"Jungkook-ahhh wake up" Sara bangunkan aku. Perlahan lahan aku buka mata and nampak muka Sara yang cemas sangat. Baru awal pagi kot.
"Wae??" Aku cakap. "Semua orang tengah cari Ji Hyo.. Ji Hyo tak balik sejak semalam" dia berkata sedikit laju yang aku lambat sikit nak realise maksud Sara.
Setelah otak aku habis proses. "Mana dia pergi??" Aku bertanya sedikit cemas.
-Jihoon's pov-
"hari yang indah tanpa perlu menjejakkan kaki ke universiti" aku cakap dengan diri sendiri. Tapi aku terbangun sebab ada bunyi pelik yang bangunkan aku. Dah lah baru pukul 5 pagi. Seriously 5 pagi..apa benda ni.
Aku pun turunkan kaki aku dari katil and mula berjalan ke arah tingkap. Perlahan lahan aku selak langsir tu. Aku takut weii..kang tiba tiba lain yang muncul..serammmm.
Dah lah bilik aku betul betul menghadap hutan. Aku cuba cari dari mana bunyi tu. Aku dah nampak dah benda tu..something warna coklat... tahi ke tu??
Aku pun beranikan diri untuk turun. Curious weiii... aku pun buka lah pintu ruang tamu tu and keluar ke arah benda tu.
Aku nampak je benda tu.. aku terus berhenti and tak percaya apa yang aku tengok.
Serigala warna coklat muda and badan serigala tu penuh dengan darah. Aku pun beranikan diri untuk dekatkan diri dengan serigala tu. Cedera teruk... apa jadi dengan dia ni.
Aku tak berani nak sentuh pada mulanya..haiwan liar kot. Tapi aku tak tahu.. ada something yang buatkan aku kuat untuk sentuh dia. Aku duduk betul betul di depan serigala comel tu. Perlahan lahan aku angkat kepala serigala tu and letak atas paha aku.
Air mata aku berkumpul di mata aku melihat serigala tu kesakitan. Aku cuba usap bulu dia yang lembut and peluk dia.
Kenapa perasaan aku pada serigala ni kuat??"Tunggu sini?? Saya nak ambil kit kecemasan..okay..tak perlu takut..saya tak akan Apa apakan awak" aku cakap dengan serigala tu and peluk dia lagi. Tapi tiba tiba serigala tu bercahaya. Aku berhenti peluk dia.
Depan mata aku..serigala tu perlahan lahan membentuk seorang manusia. Aku masih lagi dlam keadaan yang tak percaya.. mimpi ke ni..jadi warewolf tu wujud..bukan fantasi.
Lepas je serigala tu bertukar jadi manusia..badan dia still berdarah. Aku cuba untuk lihat muka manusia yang tengah baring atas paha aku.
"Ji hyo??!" Aku cakap sedikit terkejut. Jadi maknanya diorang semua tu warewolf ke?? Tapi tu dah tak penting.. aku kena bersihkan luka Ji Hyo ni dulu.
"Tak..tak!! Kami semua bukan manusia macam kau" jadi ini ke maksud Jungkook yang diorang bukan manusia.
Aku angkat Ji Hyo pergi bilik aku. Keadaan dia buat aku menangis. Aku ambil kain and lap semua darah di badan dia. Tapi air mata ni tak boleh berhenti menangis.. keadaan dia betul betul lemah sekarang dia. Ji Hyo dengan wolf side dia memang sangat comel.
"Bertahan okay... apa jadi dengan awak ni Ji hyo??" aku cakap.. aku betul betul tak tau nak buat apa.. macam mana nak bawa dia pergi hospital klu aku tak ada kereta.
Aku buka closet aku and cuba cari baju yang perempuan boleh pakai. Tapi sebelum tu aku pergi bangunkan mama aku..sebab mama tau macan mana nak rawat orang. Aku minta tolong mama untuk tukar baju dia sekali. Takkanlah aku kan.
"Siapa dia ni Jihoon?? Apa jadi dengan dia??" Mama tanya.
"Kawan Jihoon. Jihoon pun tak tau apa jadi dengan dia" aku cakap and cuba kesat air mata aku.
Jadi sebab ni ke..diorang nak aku jauh jauh dari diorang.
Sorry lama tak update. Tapi author tak berharap pada vote and cukuplah korang baca buku ni.. tapi klu boleh janganlah jadi silent reader yeee.. bah itu je lah.. klu ada salah apa apa pandai pandai lah faham kay
YOU ARE READING
Warewolf Destiny (Malay)
Werewolf"I will make you mine...." Satu ayat yang aku harap akan jadi kenyataan. Tapi reality lebih menyakitkan "Satu benda yang kau perlu tahu. Dia manusia and kau.. warewolf" "Dua dunia takkan bersatu" Warna mata berubah and dia bukan lagi manusia melaink...