-3- secret

77 5 2
                                    

-Jungkook's Pov-

Aku tengah duduk atas katil Sara. Lepas dia nangis tadi, aku terus suruh dia tidur. Aku usap usap kepala dia and finally dia tertidur. Kesian aku tengok dia asyik kena tuduh jadi pembunuh je. Dia pun tak sedar dengan apa yang serigala dia buat. Asal dia balik and baju dia penuh dengan darah je dia akan berkurung dekat bilik, dia tak nak makan. Aku tak boleh nampak dia macam ni. Kadang kadang dia nangis tanya aku apa yang dia buat sampai baju dia penuh dengan darah tapi aku pun tak tau apa apa.

Kami sendiri pun tak sedar dengan apa yang kami buat klu kami dah tukar jadi serigala kecuali Seokjin, Suga, Hoseok sama Namjoon je yang sedar apa yang diorang buat klu diorang dah tukar jadi serigala. Semuanya di luar kawalan. Itulah rutin harian kami berenam, asal balik baju kami ada kesan darah and kami sendiri pun tak tau apa yang berlaku.

"Jungkook??" Kedengaran ada orang membuka pintu bilik Sara.
"Ouhh..Jimin masuklah" aku berdiri dari katil Sara and duduk dekat sofa dalam bilik tu. Jimin pun duduk sebelah aku sambil dia pandang Sara yang tengah tidur atas katil.

"Apa jadi dengan dia??" Jimin bertanya dalam nada sayu. "Dia terkesan dengan apa yang Suga cakap tadi..saya tak boleh lah tengok dia macam ni" aku menjawap and tiba tiba air mata aku mengalir tengok keadaan Sara.

"Kita pun kadang kadang pulang baju penuh darah tapi mungkin sebab Sara selalu sangat pulang dengan darah dekat baju dia sebab tu lah diorang suspek dia pembunuh tu. Kau faham lah Snow tu degil sangat. Snow tu asyik je kawal badan Sara sampai hilang kawalan. Alpha pun boleh stress tau urus si Snow tu" dia tertawa kecil sambil mengusap gusap belakang badan ku.

"Satu hari nanti dia dapatlah kawal Snow tu" Jimin berkata lalu pergi dari bilik tu. Sebelum dia melangkah keluar dari bilik tu dia sempat pusing belakang and senyum sama aku. Dia lah kawan baik aku. Senyuman dia boleh buat kau sembuh dari pelbagai penyakit. Aku tak pernah nampak dia nangis lagi. Percaya tak??

"Thanks Jimin" aku cakap and dia mengangguk sebelum dia keluar tinggalkan aku dan Sara di bilik tu.

Aku lap semua air mata aku and keluar dari bilik tu. Aku nak bagi dia masa untuk bersendiri. Aku buka je pintu ada kelibat Yuju dekat depan aku. "Jimin kata Sara tak sihat" dia berkata sambil cuba untuk tengok keadaan Sara dari jauh.
"Awak pergilah tengok dia. Saya nak pergi dulu" Aku terus jalan lepas cakap dengan Yuju.

"Kau nak pergi mana??" Yuju bertanya and aku pun berhenti berjalan. Dia masih berdiri depan bilik Sara. "Nak keluar sekejap" aku menjawap.

"Kau jaga perangai kau. Kau faham fahamlah Black tu macam mana kan. Sebijik macam Snow tapi sekurang kurang Black masih hormat Alpha kan" dia memberi nasihat and aku hanya mengangguk. Black ni nama serigala aku. Klu Black dah kuasai badan aku dia boleh bunuh semua orang. Siapa yang boleh hentikan dia?? Alpha je yang boleh hentikan dia.

Aku nampak Yuju dah masuk dalam bilik Sara. Aku pun turun tangga and keluar dari rumah nak cari ketenangan. Ada satu tempat ni yang Sara dan Aku selalu pergi bila kami berdua stress nak cari ketenangan. Aku pergilah tempat tu.

Tempat tu dekat dengan air terjun. Aku duduk lah atas satu batu besar ni and tiba tiba

"Tak payah lah risau sangat pasal Sara tu..dia okay" kedengaran suara Black di kepala ku.

"Kau apa tau Black"

"Aku tau benda yang kau tak tau"

"Apa benda yang kau tau"

"Satu hari terbongkar juga rahsia tu"

"Rahsia apa kau merepek ni??"

"Aku takut klu aku bagitau kau..kau marah aku..aku dapat rasa yang kau dah boleh terima aku sebagai sebahagian dari hidup kau"

"Klu kau tak bagitau aku sekarang..aku tak akan maafkan kau..cukuplah semua masalah yang kau dah buat"

"Aku tak boleh"

"Aku nak kau berhenti kawal aku..aku nak bebas"

"Kau serigala jadian..badan kau ni kira kongsi..siang kau punya..malam aku punya"

"Apa apa jelah..Black..Black.."

Suara Black hilang macam tu je. Rahsia apa lah yang dia sorok dari aku ni. Aku takut je aku pembunuh tu. Aku akan rasa bersalah seumur hidup sebab Sara kena tanggung semua tuduhan tu. Aku tak nak tengok dia nangis lagi cukuplah selama ni. Tak guna betullah aku ni, aku bukan pasangan yang bagus untuk dia.

Aku dapat rasa yang Pearl ada dekat belakang aku. Kami boleh kesan sesama sendiri jadi aku boleh tau klu kumpulan aku ada berdekatan dengan aku. Pearl ni nama serigala Seokjin. Seokjin pun boleh tukar jadi serigala bila bila masa.

Aku memandang belakang and aku nampaklah Pearl dengan bulu putih dia yang bersinar tu.

"Kau nak apa??" Aku bertanya and dia pun berubah menjadi bentuk manusia. "Mana adik aku..bukan selalunya dia dengan kau ke??" Dia bertanya. "Dia dekat bilik dia tengah tidur. Saya bukan apa..tapi cara Suga tuduh Sara tu menyakitkan hati Sara" aku berkata lagi.

Seokjin pun berjalan ke arah aku. "Kau faham faham je lah perangai Suga tu. Menyakitkan hati" dia berkata dengan penuh rasa menyampah. Dia pun duduk sebelah aku. "Aku percaya yang kau boleh jaga adik aku. Kau jangan hilangkan kepercayaan ni and aku yakin bukan adik aku pembunuh tu" dia berkata dalam nada perlahan.

"Aku jumpa kau ni ada hal. Namjoon kata siapa yang pembunuh tu, dia kena keluar dari rumah untuk setahun and klu dia ada pasangan, pasangan dia tak boleh ikut" dia bekata sambil melihat air terjun tu.

"Melampau!! Apa hak dia buat macam ni...macm mana klu betul Sara pembunuh tu. Sara dengan saya tak pernah berpisah tau. Saya tak boleh hidup lah macam ni" aku mengamuk sambil memandang tajam Seokjin.

"Aku pun tak setuju tau sebenarnya..kita semua family..aku tak nak seorang pun tinggalkan rumah tu. Bukan kau seorang je terseksa..Sara tu adik aku..setahun aku tak boleh jumpa dia.sakitt sangat sakitt" dia memperlahankan suaranya.

Aku masih memikirkan apa yang akan berlaku klu betul Sara pembunuh tu. Tak adil..Sara sendiri pun tak sedar lah apa Snow tu buat. Kenapa dia yang kena hukum..jahat!!!

Apa apa jelah tapi seriously tarian fake love best tahap meletop kebabommm punya. Okay jangan lupa vote kay..bye..tamat..kidding

Warewolf Destiny (Malay)Where stories live. Discover now