Mereka berlatih dari pagi hingga petang. Hanya berhenti untuk makan dan ke tandas.
Kini mereka berada di ruang rehat istana.
"Huhuhu, mahu pengsan aku kalau hari-hari macam ni." Keluh Zaim. Seksa dengan latihan yang diberikan oleh Damia.
"Niel latih macam melatih orang patung." Perli Izzue. Daniel hanya tersengih.
"Ana lagilah, dia punya pedang cahaya asyik kat tangan je. Tak nak lepas langsung. Macam ada gam." Bebel Darwish. Reen yang disebelahnya menepuk peha Darwish.
"Team Nia, best ke berlatih?" Sengaja ditanya Zahri. Ayat macam memerli pun ada.
"Of course! Kitaorang tak delah berlatih terseksa macam korang. Kan Leo?" Zhafran membalas. Leo yang disebelahnya mengangguk.
"Irin ajar kitaorang berlatih first class punya. Korang ada?" Sambung Leo. Dia berhigh five dengan Zhafran. Ternganga semua di dalam bilik itu.
Kembar perempuan dengan kembar lelaki kini sudah berbaik. Tiada lagi sengketa di antara mereka.
"Apa korang ingat aku ni kejam sangat ke. Tahulah aku ni Princess Of Darkness." Perlian Dania sungguh menusuk kalbu. Dia melangkah masuk ke dalam bilik. Terdiam mereka buat kali ke dua.
"By the way, siapa belakang kau tu Nia?" Zahri memulakan kata. Kalau tak, mahu sampai ke malam mereka diam.
"Oh, ini aku kenalkan, Putera Adrian Ezany." Adrian menunduk hormat.
"Hello, I'm Putera Adrian Ezany. Please call Adrian. More short, Ian. "
"So, Ian, kau dari puak mana?" Tanya Daniel dengan penuh keterujaan. Kawan baru, guys!
Author: Aku tahulah yang dah lama aku tak update, tapi takkan terus tak sihat, Niel?
Daniel: Author diam! Biarlah, ni part aku!
Adrian: Apa kau part kau? Ni part aku lah!
Author: Dah!! Balik ke position masing-masing!
Yang lain-lain: Hahaha! Kena marah!
Daniel & Adrian: Shut your mouth!
"Aku dari puak White Vampire." Tenang saja percakapan Adrian.
"Oh, white vampire. Okaylah, korang tak sekejam black vampire. Kalau black vampire, awal-awal lagi aku lari." Darwish menghela nafas lega.
Adrian tersenyum sinis. " Aku tanya eh? White vampire dengan black vampire, mana lagi kejam?"
"Black vampire." Laju saja Reen dan Hana menjawab. Yang lain kecuali Dania mengangguk tanda mengiakan.
Dania menggeleng. "You are totally wrong. Actually, white vampire more evil than black vampire."
Terus mereka lari ke arah belakang. Yang lelaki mahupun perempuan. Hanya Dania berada di samping Adrian.
Adrian masih beriak tenang. "Ish korang ni, ada nampak dia macam vampire ke?" Dania geram.
Yang lain menggeleng. Kuku tak tajam, mata okay je, gigi taring tak berapa menonjol. Cuma, kulit je pucat.
"Ye ke kau ni vampire? Macam bukan je." Takut-takut Diana bersuara.
"Kan aku dah kata, aku white vampire. Bukan black vampire." Terang Adrian sekali lagi.
"Sah-sah korang ni tak pernah ambik tahu pasal puak vampire." Dania berkata. Yang lain buat muka tak bersalah.
"Sinilah, aku cerita apa beza white vampire dengan black vampire." Ajak Adrian. Dia sudah berlabuh di sofa.
Damia membuat isyarat 'jom'. Yang lain hanya mengekor dari belakang.
Dania sudah selamat duduk di sofa. Di sebelahnya terdapat dua ruang kosong. Terus berlari Zhafran dan Leo untuk duduk di sebelah Dania. Ternaik sebelah kening Dania.
"Puak vampire terbahagi kepada dua. Pertama, white vampire. Yang kedua, black vampire. White vampire lebih kejam daripada black vampire sebab, sesiapa saja yang masuk kawasan kitaorang, kitaorang akan terus hisap darah diaorang. Lagi satu, semua jenis darah kitaorang hisap. Kalau black vampire, diaorang hisap darah tertentu je. Kerajaan white bersebelahan dengan black. Kalau ada black vampire nak masuk, tu pun kena berunding.
Dipendekkan cerita, masa tu zaman Rossa. Kerajaan kitaorang diserang. Walaupun vampire boleh hidup beratus-ratus tahun, kami boleh terbunuh dengan satu tusukan daripada pisau Vampkiller.
Jadi, ketua kami, merangkap ayah aku, Raja Adwin Ezany kena tusuk. Rossa datang dan selamatkan ayah aku. Dia bagi separuh kuasa dia kat ayah aku. Jadi semua vampire yang selamat selamat waktu tu, jadi separuh vampire dan separuh manusia. Separuh manusia tu daripada kuasa Rossa. Sejak daripada tu, kami jalani hidupan seperti manusia." Terang Adrian dengan sepanjang-panjang lebarnya. Yang lain meng'oh'kan.
"Dah tu, asal kau heret Ian ke sini?" Tanya Zaim.
"Dia nak tolong kita dalam peperangan tu. Sebab...."
"Sebab kerajaan yang serang kitaorang, adalah kerajaan Demond Kingdom." Terus Adrian memotong percakapan Dania.
"Bukan waktu tu zaman pemerintahan datuk Iskandar ke? Apa nama raja tu, Ha! Raja Khairyl Hafi." Kata Leo.
"Wei Ian, kau masih minum darah?" Okay, soalan yang keluar dari mulut Zahri mengejutkan semua orang.
"Ermm, aku tak minum darah pun sejak lahir. Aku just makan daging." Jawab Adrian.
"Tahan nafsu ke apa?" Tanya Daniel.
Adrian hanya mengangkat bahu.
"Eh, jap-jap. Tadi kau kata kerajaan kau kena serang masa pemerintahan ayah kau kan?" Tanya Izzue.
"Masa tu datuk Iskandar yang memerintahkan?" Adrian mengangguk.
"Jauhnya beza umur." Last-last kepala Izzue kena ketuk dengan Darwish.
"Ni mesti tak fokus. Kan dia kata tadi, vampire boleh hidup beratus-ratus tahun. Lagipun, ini pengetahuan am kot." Kata Darwish.
"Ala,biarlah. Daripada kau, asyik nak berkepit dengan Reen je." Izzue membalas tanpa rasa takut.
"Kau tak guna!" Terus Darwish menarik rambut Izzue. Izzue membalas dengan menarik rambut Darwish sambil mengejek. Ini double!
"Reen! Reen! Reen!"
Sedang mereka bergaduh, tanpa sedar, Dania sudah mula naik angin. Dia bangun lalu menarik kolar baju Izzue dan Darwish dan diletakkan di luar
"Sambung gaduh kat luar! Nak gaduh sangatkan? Hah, gaduhlah!" Marah Dania. Terus ditutupnya pintu dan dikuncinya.
"Nia, bukaklah pintu ni. Nanti kitaorang tak gaduh lagi." Rayu Izzue. Darwish mengangguk.
"Betul, Nia. Kitaorang tak kan gaduh lagi."
Dania yang berada di dalam mula membebel.
"Dua-dua umur dan 19 tahun. Tapi, perangai macam 9 tahun. Kita yang baru 17 tahun ni pun tahan sikit matangnya. Diaorang tu, hish."
Semua di dalam bilik hanya tergelak. Padanlah muka korang, Izzue dan Darwish!
![](https://img.wattpad.com/cover/115584077-288-k8913.jpg)
YOU ARE READING
Tiga Gadis Magic [Complete]
FantasyDania,Diana dan Damia, tiga beradik yang tinggal bersama atuk mereka di Taman Permata. Semasa hari pertama mereka di tingkatan lima, mereka menerima tujuh kehadiran murid baru. Zhafran, Zaim dan Zahri di antara tiga pelajar baru di Sekolah Menengah...