Dania, Diana, Daniel dan Darwish melangkah ke arah Boys dan Girls. Girls memandang mereka dengan wajah yang pelik.
" Apa pandangan-pandang. Sibuk je!" Selamba Dania berkata. Ye lah, tengok tengok macam jakun sangat.
" Kenapa Ana jadi macam ni?" Zaim bertanya. Boys dan Girls yang lain turut mengangguk tanda setuju dengan soalan Zaim.
" Dia dah tukar jadi Princess Of Light." Jawab Daniel. Yang lain mengangguk tanda faham.
" Ala, kenapa mata Ana warna kuning. Cer warna merah ke putih ke, tak pon campur dua warna macam Nia punya. Kan cantik." Rengek Diana. Dania memandang tajam Diana.
" Eh, bersyukur boleh tak? Kang mata tu warna merah, orang ingat kau tu gumiho! Kalau warna putih, orang ingat kau buta padan muka!" Bidas Dania. Tersentap terus Diana.
" Dania mata warna campuran sebab separuh kuasa Rossa, separuh lagi kuasa kegelapan." Terang Daniel bagi memuaskan hati Diana.
" Erm, well. Kita pon tak berkenalan lagi. Jom kita berkenalan." Ajak Hezriq. Yang lain kecuali Dania mengangguk. Dania membuat muka malas.
" Putera Izzue Qayyum. Prince of Crystal Kingdom."
" Queen Dania Dahlia. Queen of Crystal Kingdom. Princess Of Darkness. Ketua Angle, perwaris Rossa Qairina."
"Puteri Diana Dahlia. Princess of Fairy Kingdom. Princess Of Light."
"Princess Damia Dahlia. Princess of Wings Kingdom. Princess Of Power."
"Putera Zhafran Razali. Prince of Diamond Kingdom. Fiance Queen Dania Dahlia."
" Putera Zaim Razali. Prince of Diamond Kingdom. Fiance Puteri Diana Dahlia."
" Putera Zahri Razali. Prince of Diamond Kingdom. Fiance Puteri Damia Dahlia . "
" Shamiza Qaisara. Boleh panggil Qaisara atau Qai. kawan a.k.a pembantu tiga puteri ni."
Kemudian Darwish menyampuk, "Yang tu bukan puteri. Dania tu Permaisuri."
" Kurang ajar kau Dar. Title aku kan Princess Of Darkness. Still ada Princess okay." Marah Dania.
" Patutnya tukar jadi Queen Of Darkness." Daniel menyampuk. Dia berhigh - five dengan Darwish.
Dania geram. " Woi mamat! Pelempang nak?" Laju Daniel dan Darwish menggeleng.
" Dah sambung. Jangan layan mamat jebon ni." Arah Dania. Dalam masa yang sama, sempat mengutuk Daniel dan Darwish.
" Syakira Kairana. Panggil Syakira atau Ira. Kawan a.k.a pembantu Puteri."
"Lukman Hezriq. Kawan a.k.a pembantu Putera Diamond Kingdom. Panggil saya Hezriq or Hez. Tunang Syakira Kairana. "
" Zaqwan Hakim. Kawan a.k.a pembantu Putera Diamond Kingdom. Boleh panggil saya Zaqwan atau Wan. Tunang Shamiza Qaisara."
"Putera Darwish Eriq. Prince of Rainbow Forest. Abang Daniel. Panggil Darwish atau Dar."
"Putera Daniel Eriq. Prince of Rainbow Forest. Prince Of Darkness. Pembantu Ketua Angle. Adik Darwish. Panggil Niel or Daniel."
"So, bila Mia nak bertukar jadi Princess Of Power?" Soal Zahri. Nak tengok rupa baru Damia.
" Mia, nak bertukar sekarang ke? Aku dengan Niel boleh je buat sekarang." Pelawa Dania. Buat awal lagi senang.
" Nak buat sekarang!" Pelawaan Dania, Damia sambut dengan teruja.
" Baring. Tenang kan fikiran. Kali ni aku nak kau sendiri berhubung dengan kuasa kau tu." Arah Dania.
YOU ARE READING
Tiga Gadis Magic [Complete]
FantasíaDania,Diana dan Damia, tiga beradik yang tinggal bersama atuk mereka di Taman Permata. Semasa hari pertama mereka di tingkatan lima, mereka menerima tujuh kehadiran murid baru. Zhafran, Zaim dan Zahri di antara tiga pelajar baru di Sekolah Menengah...