Bab 39: Training Start!

1.4K 91 6
                                    

Hai, hah ingat tak yang author ada cakap nama 'Irin' dan 'Aireen' tu? So, author dah buat keputusan untuk menggantikan nama 'Aireen' dengan 'Reen'. Sekian, terima kasih.

Dania memandang 8 orang di hadapannya." So, start from today, aku, Niel, Ana dan Mia akan bantu korang tingkatkan lagi penggunaan kuasa. Baiklah, for your information, kami jangka bahawa Is akan mulakan peperangan lebih awal dari perjanjian. Jadi, aku harap, semua akan beri kerjasama. Faham?"

"Faham!" Jawab lapan orang manusia dihadapan Dania. Diana, Damia dan Daniel cuba menahan gelak daripada tadi. Akhirnya, tawa mereka tidak dapat di tahan lagi.

"Apa yang lawaknya?" Izzue bertanya geram kepada 3 orang yang gelak tadi.

"Tak de lah, nampak lawaklah sebab kau dengan Darwish kan lagi tua daripada kitaorang. Tapi, nampak macam korang lagi muda daripada Nia." Jelas Daniel. Darwish memandang Daniel tajam. Terus berhenti gelak 3 orang manusia itu.

"Dah-dah la tu. Tak habis-habis mengusik." Tegur Dania. Diana berdehem sebelum memulakan bicara.

"Baiklah, di sini ada pembahagian kumpulan. Disebabkan pelatih ada 4 orang, satu kumpulan 3 orang termasuk pelatih. Group 1, Leo dan Zhafran. Pelatihnya, Dania." Dania memandang Diana dengan muka asal-aku-dengan-dia? Diana hanya menghiraukan.

"Group 2, Hana dan Izzue, pelatihnya Daniel." Daniel membuat muka tidak percaya.

"Kumpulan 3, Darwish dan Reen, your trainer is, Diana." Sambung Damia. Darwish rasa nak saja piat telinga Damia.

"And the last, Zaim dan Zahri, you with me." Zaim dan Zahri hanya mengangguk mendengar arahan Damia.

Zaim dan Zahri merasakan yang semua orang memandangnya dengan pandangan tidak puas hati.

"Menyesalnya aku ngn Niel bagi korang dua susunkan kumpulan." Tutur Dania. Daniel mengangguk.

"Relax lah, Nia. Bukan kau dapat masalah pun kan? " Diana menyoal.

Dania berdecit geram. Tak dapat masalah lah sangat.

"Dah lah Nia, sekarang ni, Tujuan kita hanya nak latih diaorang. Just focus to the point." Nasihat Damia.

Dania cuba menerima hakikat bahawa dia akan satu kumpulan bersama Zhafran dan Leo.

"Baiklah, sekarang ni, kita akan memulakan latihan. Jadi,  tolong beri tumpuan dan jangan bagi masalah." Daniel menjeling Diana dan Damia.

"So trainer, boleh mulakan latihan anda." Sejurus Diana habis berkata, Dania terus mengheret Zhafran dan Leo ke bahagian ruang latihan di belakang istana.

"Sebelum kita mulakan latihan, aku nak tahu kuasa masing-masing." Dania cuba berlaku professional di hadapan Zhafran dan Leo.

Zhafran berdehem sebelum memulakan bicara. "Kuasa Zhaf, teleportasi dan pemanipulasi bayang."

"Kuasa Leo, pemanipulasi molekul dan kuasa gelombang . Kelebihan Leo, Master Healer." Dania mengangguk mendengar kuasa yang dimiliki oleh mereka berdua.

"Zhaf, untuk latih kau, tak beberapa susah. I just want to ask you one question. Kau pernah keluarkan berapa bentuk menggunakan kuasa bayang?"

"Dalam 2 atau 3 kot. Bentuk harimau, helang dan jejari bayang. " Jawab Zhafran.

"Kau pulak Leo, pemanipulasi molekul. Contoh?" Soal Dania.

"Leo boleh tukar molekul lain kepada yang lain." Dia menukarkan batu kepada kayu.

Dania hanya terangguk-angguk.

"Okay untuk Zhaf, aku akan ajar kau untuk hasilkan bentuk bayang yang lain. Dan kuasa teleport kau, aku cuba ajar cara nak hasilkan portal dengan banyak. Okay?" Zhafran hanya mengangguk.

"Untuk Leo, kau akan belajar untuk hasilkan barang daripada pertukaran molekul. Untuk kuasa gelombang, aku just ajar kau untuk kawal kuasa tu." Leo tekun mendengar.

"Kau akan latih kami serentak atau secara bergilir-gilir?"Soal Zhafran.

"Suka hati koranglah." Jawab Dania ringkas.

"So, siapa nak start dulu?" Soal Dania. Zhafran dan Leo saling berpandangan dengan ayat kau-mula-dulu.

Leo mengalah dan melangkah ke Dania.

"Gelombang atau molekul?" Soal Dania.

"Molekul." Leo menjawab ringkas. Dia lebih suka menggunakan kuasa molekul berbanding kuasa gelombang.

"Mula-mula tukarkan apa-apa barang jadi besi." Arah Dania. Leo menukarkan kayu di sebelahnya menjadi besi.

"Fikirkan jenis pedang, kemudian cuba hasilkan pedang menggunkan kuasa molekul."

Cubaan kali pertama gagal. Leo tidak mengalah. Cubaan kali ketiga berjaya. Dia dapat mengeluarkan pedang yang nipis dan berkilat bilahnya. Dania kagum.

'Hebat jugak dia ni.'

"Boleh simpan pedang ni. Zhaf, sini." Zhafran bangun dan menuju ke Dania.

"Kau nak keluarkan bayang jenis apa?" Tanya Dania kepada Zhafran.

"Ermm, bentuk singa?"

"Oh singa, so lebih kurang je macam Leo tadi, fokus dan cuba hasilkan bayang tu. Fikirkan bentuk singa."

Zhafran mencuba. Kali pertama tidak berjaya. Kali kedua pula berjaya tetapi, tergelak-gelak Dania dan Leo.

"Alololo, comelnya. Ni singa ke kucing?" Usik Dania. Leo masih tergelak sampai tergolek-golek macam ayam golek kat rumput tu.

Zhafran geram. Dia terus menghasilkan bayang-bayang singa lalu disuruh untuk mengejar Leo.

Terpekik terlolong Leo sambil berlari. "Ahh, tolong! Aku tak gelakkan kau punya singa dah! Tolong!!"

Dania hanya ketawa melihat gelagat mereka berdua. Okaylah daripada mereka bercakaran kan?

Tiga Gadis Magic [Complete]Where stories live. Discover now