Mereka semua berlari keluar daripada istana. Zhafran, Zaim dan Zahri membantu semua dayang untuk berlindung ke tempat yang selamat. Setelah selesai, mereka bertiga berlari mendekati yang lain.
"Hubungi tentera kerjaan masing-masing. beritau mereka kalau boleh tolong sampai pada jam 10:50 malam." Arah Dania sambil memerhati langit yanga agak gelap pada malam itu. Gelapnya lain daripada malam yang lain.
Daniel menyentuh bahu Dania. "Kau okay?"
"Sejujurnya aku takut Niel. Takut aku kalah dengan kuasa sendiri. Kau ingatkan apa yang Ian kata? Kuasa kegelapan ni akan menguasai kita. Aku takut kita akan cederakan orang yang kita sayang. Diana, Damia, Darwish dan Hana. Hana tu khas untuk kau lah." Sempat lagi Dania bergurau dengan Daniel.
Daniel menjeling Dania. "Aku tahu Dania. Kita berdua dalam situasi yang sama. Tapi kau kena ingat, ada orang sentiasa menyokong kita dari belakang. Adik kau, abang kita, partner kau, kawan-kawan kita. Ramai lagi yang sokong kita Dania. Itulah sumber kekuatan kita untuk lawan kuasa kegelapan. Ramai rakyat yang mengharapkan kita untuk kalahkan Is, Ain dan Sha."
"Ini yang buat aku lagi takut Niel. Aku takut aku musnahkan harapan diaorang. Bila diaorang dah letakkan harapan diaorang dekat kita, kalau aku jadi jahat, aku kecewakan mereka." Dania berkata sambil memandang Daniel.
Daniel mengeluh. Dia juga sama dengan Dania. Tanggungjawab untuk mengalahkan Is, Ain dan Sha terletak di bahunya dan Dania. Harapan semua rakyat untuk mengalahkan orang yang telah menbuatkan hidup mereka kucar-kacir.
"Jangan risau Nia. Kitaorang akan jadi tulang belakang untuk kau dengan Niel." Dania berpaling apabila mendengar suara yang dirinduinya.
"Ira, Qai.... Aku rindu korang dua." Dania berlari mendapatkan mereka berdua lalu memeluk mereka. Qaisara dan Syakira menenangkan Dania.
"Kitaorang yakin dengan kau Nia." Syakira dan Qaisara berkata serentak. Yang lain datang menghampiri.
"Abang yakin dengan korang dua. Berusaha sebaik mungkin. Kitaorang akan tolong apa yang perlu." Darwish menghampiri Daniel.
"Abang pun yakin dengan korang dua. Apa pun yang terjadi, abang tetap saya korang dua sebagai adik abang." Izzue memeluk Dania dan Daniel. Izzue telah meminta izin Darwish untuk menjadikan Daniel sebagai adik angkatnya. Dania dan Daniel memeluk kembali Izzue. Beberapa saat kemudian, mereka melepaskan pelukan. Dania melihat jam dia pergelangan tangannya. Jam 10:55. Lagi 5 minit, semuanya akan bermula.
"Semua tentera dah sampai bukan? Arahkan mereka bersedia di tempat sepatutnya. Yang lain, berpecah mengikut kumpulan dan standby di tempat masing-masing. Peka dengan keadaan sekeliling. Gerak sekarang!" Semua berlari anak apabila Dania mengeluarkan arahan.
Dania mula mengira saat-saat yang tinggal sebelum perang bermula.
"5,4,3,2,1. Semua, sedia!" Langit terus menjadi gelap pada masa itu. Sangat-sangat gelap. Bunyi guruh sangat kuat. Tapi perkara itu tidak menakutkan langsung Dania dan lain-lain.
"Dania, Diana dan Damia. Tiga kembar yang mempunyai kuasa istimewa. Aku berminat sangat nak ambik kuasa ni daripada korang tiga. So, dengan peperangan ni, aku ada peluang untuk ambik kuasa korang tiga." Suara Is bergema di seluruh pelosok istana. Dalam mahupun luar.
"Rossa amanahkan kuasa ni kepada aku dan dua orang lagi kakak aku. Kau tak de kena mengena langsung dalam kuasa ni." Damia berkata tanpa rasa gentar langsung.
"Aku tak berapa minat sangat dengan kuasa kau dengan Diana. Aku lagi berminat dengan kuasa kakak kau. Kuasa kegelapan." Kali ni Ain pula yang bersuara. Diana berdecit.
"Kau jangan tamak sangat kuasa orang boleh tak? Kuasa yang kau ada sekarang dah cukup hebat."
"Hebat? Kuasa kakak kau berkali ganda lagi hebat tau tak?" Sha bertanya sinis. Dania senyum sumbing.
"Terima kasih sebab puji kuasa aku. Aku akan hargai pujian kau."
Tiba-tiba muncul tiga orang di hadapan Dania, Diana dan Damia. Mereka memakai baju serba hitam.
"Kesimpulannya, aku perlu bunuh kau untuk dapatkan kuasa kau." Is tersenyum sinis.
"Bunuh lah aku." Kata-kata Dania membuatkan yang lain terkejut.
"Nia!" Jerit Zhafran dan Leo.
"Stick to the plan." Yang lain diam.
"Bunuhlah aku Iskandar. Kau kata tu je cara nak kuasa aku. Do it." Dania bertutur dengan tenang. Iskandar senyum sinis.
"Tak best lah macam tu. Kita lawan lah... Nak tak?" Ain bergerak mengelilingi Dania, Diana dan Damia.
"Aku tak nak libatkan orang lain." Damia berkata. Terus bulatan jernih tetapi sedikit gelap muncul sekeliling istana Crystal Kingdom.
"Done." Rupa-rupanya Sha yang mengaktifkan pelindung itu.
"Fine. You start first." Dania mengalah.
"No, no. You start first." Kata Ain.
"Kita start serentak." Putus Diana dan Damia serentak.
Perlahan-lahan rakan-rakan mereka yang lain bergerak menghampiri kembar perempuan.
Iskandar memecut ke arah pihak lawan. Zhafran terus bertindak.
"Pelindung bayang!"
Terus yang lain menyerang. Setakat ini, pihak Dania mendahului. Dania, Diana dan Damia bertarung dengan Iskandar, Ain Dan Shamina.
"Kau kena mengalah Is. Apa yang kau buat ni, sia-sia je." Kata Dania sambil tangannya yang memegang pedang lincah menyerang Iskandar.
Situasi Dania dan Iskandar.
"Sudah lah Dania, baik kau bagi je kuasa ni. Nanti kau akan dikawal jugak. Baik bagi aku je. Lagi berbaloi." Kata Iskandar selamba. Dasar muka tembok!
"Jangan bermimpi Iskandar Hafi!" Dania terus memecut dengan kuasa kilatnya. Darkness sword menjadi senjatanya untuk berlawan dengan Iskandar.
Masing-masing menyerang antara satu sama lain. Bunyi pedang berlaga antara satu-sama lain. Kelajuan mereka sangat laju sehingga hanya kelihatan kilat yang berwarna dark purple.
Iskandar terpelanting ke belakang apabila pedang Dania terkena lengannya. Dania tanpa membuang masa terus berlari dan menyerang Iskandar dengan pedangnya.
Baju di bahagian dada Iskandar terkoyak. Dania menyerang Iskandar secara bertubi-tubi. Persaingan mereka berdua sangat sengit.
"Kau akan mati, Dania!!!" Entah mengapa, Dania rasa Ada sesuatu yang mengganggunya. Dia jatuh terduduk. Dia melihat ke kanan, Daniel juga sudah rebah.
'Tolong lah bukan sekarang, janganlah sekarang.' rintih Dania dalam hati.
Iskandar tersenyum kemenangan. Dania akan jatuh ke tangannya. Dia berjalan menghampiri Dania. Iskandar menghayunkan pedang ke leher Dania.
"Irin!"
"Nia!"
"Kak Nia!"
"Dahlia!"
Bersambung~~
YOU ARE READING
Tiga Gadis Magic [Complete]
FantasiaDania,Diana dan Damia, tiga beradik yang tinggal bersama atuk mereka di Taman Permata. Semasa hari pertama mereka di tingkatan lima, mereka menerima tujuh kehadiran murid baru. Zhafran, Zaim dan Zahri di antara tiga pelajar baru di Sekolah Menengah...