U

1.5K 182 11
                                    

Loceng sek berbunyi tanda waktu pulang sudah tiba, yeayyy! Aku mengemas beg dgn pantas hanya sbb nk pergi memandangnya. Setiap hari begini. Inilah rutin aku setiap hari di sek. Bkn saje belajar tetapi mengusha crush

"Anna, aku blk dulu. Bye" Lisa melambai ke arah aku dan keluar dari kls. Aku melambai semula.

Aku berlari menuju ke padang sek tanpa menghiraukan murid murid lain yang lalu lalang.

Sampai saje di sana, aku terus tersenyum melihat dirinya sedang berlatih bermain bola sepak bersama kwn kwnnya.

"Yuta Oppa!!!"

"Winwin Oppa!!"

Itulah jeritan pelajar perempuan yang tergedik-gedik di situ. Aku nk jadi macam tu? Tak akan. Aku seorang pemalu lagi lagi kalau berhadapan dgn crush.

Akhirnya Winwin berjaya menjaringkan gol. Kumpulannya meraih kemenangan. Walaupun ini hanya latihan tetapi aku tahu baginya ialah satu pertandingan.

Semua bersorak gembira. Aku hanya tersenyum melihat dirinya di angkat oleh kawan baiknya, Yuta.

Winwin dan Yuta berjalan menuju ke tmpt rehat tetapi pelajar perempuan terlebih dulu lari mendekati mereka. Yow perempuan, dorang penatlah.

Mahu saje aku menghalang mereka tapi aku tak berani apatahlagi pelajar perempuan paling popular, Crystal berada di sana.

Yuta dan Winwin hanya tersenyum melihat gelagat mereka. Aku hanya mampu memandang dari jauh. 'sabar' itu kata kata yang selalu diucap di hati.

Hati aku bagai mahu terbelah bile Crystal memeluk Winwin dan mencium kedua pipinya. Winwin pula tersenyum lebar.

Aku hanya menayang muka sedih. Entah bagaimana Winwin blh perasan aku di sini. Kami bertentang mata. Cepat cepat aku melarikan diri dari situ.

Aku berlari terus ke rumah. Tiba di sana, aku terus masuk dan berlari naik ke bilik tanpa menghiraukan ibu.

Aku menutup pintu bilik dan terduduk. Aku memegang dada. Laju sungguh degupan jantung aku. Mungkin kerana aku berlari dari sek ke rumah tetapi bagi aku ialah kerana Winwin memandang aku.

Sejujurnya tak pernah sekalipun aku bertentang mata dengannya. Perasaan aku bercampur baur. Gembira, gementar, resah, terkejut semuanya tak dapat di ungkapkan. Tapi aku lebih memilih gembira.

"Winwin, kalaulah aku kuat untuk katakan aku suka kau"

•To be continued•

CRUSH | Winwin NctWhere stories live. Discover now