S

1.4K 181 19
                                    

Aku berjalan masuk ke kawasan sek sambil membaca buku diary aku. Di dalam buku ni ade banyak gambar kpop dan juga luahan aku pada Winwin.

Jam sekarang menunjukkan pukul 7:00 pagi. Aku sengaja dtg seawal ni. Selalunya aku datang pukul 7:40 maklum rumah aku tak berapa jauh dari sek.

Tak ramai lagi murid murid yang sudah sampai di sek hanya beberapa orang saje. Sedang aku berjalan, aku berhenti di satu lukisan di dinding.

Lukisan ini ialah lukisan yang cantik dan menarik. Lukisan ini melambangkan logo sek. Sungguh cantik lukisan ini dan ya orang yang melukisnya ialah Winwin.

Winwin dan Yuta memang selalu menghasilkan karya kreatif di sek. Itu yang membuatkan hampir semua cikgu mengenali mereka. Aku tersenyum melihat lukisan ini.

Aku menyentuh lukisan itu. Pelbagai warna digunakan. Boleh dikatakan lukisan ini berwarna warni. Sedang khusyuk aku melihat lukisan ni, aku perasan ade kesan conteng. Dgn segera aku mengambil pemadam di dalam beg dan padam kesan conteng itu.

"Ish sapelah yang sanggup conteng lukisan ni?" Omel aku sendiri. Aku menggeleng kepala dan pergi dari situ.

Sedang leka berjalan, aku terserempak dengan Winwin yang sedang melukis poster di luar bilik seni. Agaknya sbb laluan ni jarang digunakan oleh murid murid jadi mungkin dia lebih selesa untuk melukis di luar.

Winwin yang sedar akan kehadiran aku tersenyum. Aku pula hanya memandang bawah kerana aku tak nak dia nampak muka aku yang tengah merah.

Baru saje aku ingin pergi dari situ tiba tiba dia menarik tangan aku. Aku jatuh tersungkur di atasnya. Aku tersedar dari lamunan dan cepat-cepat bangun.

Akibat malu yang teramat, aku berlari meninggalkan Winwin. Kesah ape aku. 'Ya tuhan, malunya aku untuk bertembung dengan dia lps ni'

"Anna!!" Winwin menjerit nama aku tetapi aku hanya terus berlari tanpa pandang belakang.

Sampai di luar kelas, aku termengah-mengah mencari nafas. Bile teringat semula, macam mana Winwin boleh tahu nama aku?

Loceng yang berbunyi mengejutkan aku. Segera aku masuk ke kls dan menunggu Lisa seperti biasa.

🖤🖤🖤

Aku memanggil nama Anna tetapi dia tak menghiraukan aku. Sebenarnya aku nak mintak maaf sbb tertarik kuat tangannya tadi. Bukan apa tapi tak pernah sekalipun aku bercakap dengannya. Tegur pon tidak.

Teringin saje aku mengejarnya tapi langkah aku terhenti bile ade satu buku berwarna merah jambu di lantai.

"Eh buku ape ni?" Aku mengambil buku itu dan aku buka. Muka surat pertama ialah nama pemilik

Anna Kim

Rupanya ni buku Anna. Agaknya dia tertinggal time jatuh tadi. Mengingatkan ape yang terjadi membuatkan aku meraup muka. Terserlah riak terkejut pada mukanya.

Bukan aku sengaja tapi aku tak sangka dia boleh terjatuh atas aku. Aku membelek bukunya. Tulisan diary dibuku ini membuatkan aku rase bersalah mengambilnya.

Patut ke aku baca? Aku membuka helaian kedua. "Eh pasal aku?"
Aku membaca setiap yang tertulis. Dgn serta merta aku tersenyum.

"Winwin!" Aku toleh ke belakang. "Ye ade ape Yuta?" Cepat cepat aku tutup buku tu sorokkan di belakang sebab tak nak Yuta nampak "ade ape? Eh sekarang ni masuk kelas. Loceng dah lama berbunyi tadi. Tak kan kau tak perasan?" Katanya sambil menunjuk ke jamnya.

Khusyuk sungguh aku membaca tadi sampaikan loceng berbunyi pon aku tak perasan. "Jomlah masuk kls. Dah lambat ni" aku mengangguk perlahan. Yuta yang berasal dari Jepun pergi balik ke kls.

Setelah memastikan dia sape sape, aku keluarkan buku tadi. Aku memandang bukunya lalu aku mengeluh.

"Anna, kau suka aku juga ke?"

•To be continued•

CRUSH | Winwin NctWhere stories live. Discover now