aku merenung stick note di tangan,
choi seungcheol
budak hot dari kelas sebelah
orang kata dia pandai, baik, handsome
memang lengkap lah package
sebab tu sedikit sebanyak, aku respect dia.
so, bila senang senang aku dapat nombor dia dari cikgu, aku terkejut. yelah, ramai kot perempuan berebut nakkan dia even dia dah ada girlfriend, rena yang juga budak hot. aku pon tak faham sangat kenapa diorang terdesak nakkan cinta dia tu
aku terus mendial nombor dia. butang hijau ditekan, menunggu panggilan diangkat.
"hello ?" eh ? suara perempuan yang kedengaran. aku tak rasa aku salah dial tadi. oh, mungkin kakak dia kot
"ah, hello. saya kim xiyeon. boleh saya cakap dengan seungcheol ?" dengan penuh sopan santun aku berkata
"seungcheol, perempuan mana ni ? jangan cakap kau ada couple dengan orang lain selain aku ?" perempuan itu seakan bercakap dengan seungcheol yang rasanya turut ada di situ
oh, rena rupanya perempuan ni
"perempuan ? mana aku tahu" jawab seungcheol kedengaran tenang. aku sekadar mendengar dari hujung talian
"xiyeon nama dia, tipulah kau tak tahu" rena mula meninggikan suara
"tak tahulah" seungcheol masih lagi tenang
"dah lah, kita putus !" semudah itu, rena berkata. aku tercengang
sempat aku dengar carutan seungcheol sebelum talian terputus.
eeh jap. jangan cakap yang aku dah jadi punca dorang putus hubungan ?
aku runsing sendiri
YOU ARE READING
✔ call | csc
Fanfic"kalau bukan kerana call haritu, takdenya aku dapat jumpa kau kan ?"