seperti yang aku tak harapkan, benda ni terus tersebar luas.
budak hot, benda kecil pon orang nak tahu kan. entah macam mana orang tau pon aku tak tau
"kim xiyeon !"
nama aku dipanggil seseorang dari luar kelas. aku tersentak. siapa je yang nak jumpa aku sekarang ni ? kalau bukan cikgu, mesti..
maigad. seungcheol berdiri tegak di pint kelas aku. semua pelajar mula memandang seungcheol dah aku silih berganti.
aku mula kecut perut. jangan tetiba dia masuk tumbuk aku sudahlah.
"sini" dia memberi isyarat supaya aku menghadap dirinya. perlahan-lahan aku melangkah ke depan kelas, sebelum diapa-apakan olehnya
dia tersenyum manis, seakan tak sedar dirinya dalam kontroversi hangat. tapi bagi aku senyuman dia amat mengerikan, seperti menyembunyikan sesuatu
bahu aku terus dipeluk, aku terkejut.
"ini girlfriend baru aku, kim xiyeon. sebab dialah aku putus hubungan dengan rena. semoga semua boleh support kami."
terbuntang mata aku mendengarnya. seisi kelas terus membising
dengan tangannya yang masih terlekat pada bahu aku, dia membawa aku pergi dari situ.
di belakang sekolah, dia pantas menarik tangannya dari bahu aku seraya mencangkung.
"haih, kau ni menyusahkanlah !" dia serabutkan rambutnya.
aku sekadar berdiri seperti tunggul, memerhatikannya
"maaf" aku betul betul rasa bersalah. mesti dia sayang sangat kat rena. tapi aku takde niat pon.
"okey, okey. tapi kau kena berlakonlah jadi girlfriend aku sementara aku single ni"
aku tersedak air liur sendiri."kenapa pulak ? tanak aku !"
dengan pantas aku membantah.dia terus berdiri dari cangkungannya, memandang tajam ke dalam mata aku. dia mula mendekatkan mukanya pada muka aku menyebabkan aku pantas berpaling.
tak mampu nak pandang muka kacak dia tu
dia menarik dagu aku, menyuruh aku memandangnya kembali. aku mula panik, tapi berusaha kelihatan tenang.
"k-kau nak ap- apa?" aduhh, tergagap-gagap aku cakap. spoil betul. dia tergelak kecil seraya melepaskan dagu aku.
"aku ni tak suka perempuan gedik yang terkejarkan aku kat luar sana tu. so, bila dapat tau aku break, mestilah dorang nak ambil kesempatan kan ? so, tolonglah aku he. kau dikira bertuah tau." dia menerangkan panjang lebar, sebelum mengusap kepala aku dan terus berlalu pergi.
aku mencebik tak puas hati.
kenapa dalam banyak banyak orang, mesti aku ?
menyusahkan aku je.

YOU ARE READING
✔ call | csc
Fanfiction"kalau bukan kerana call haritu, takdenya aku dapat jumpa kau kan ?"