tujuh.

252 40 1
                                    

xiyeon

aku baru tiba di kelas saat kyulkyung menyapa aku

"kau okey ?" dia bertanya. aku mulai hairan.

"kenapa ?"

"ni" dia menunjukkan phonenya.

choi seungcheol officially break dengan kim xiyeon

sebaris ayat tu buat mata aku terbuntang luas. tapi.. sejak bila ?

"kau tak tau benda ni ?" aku menggeleng

"nanti kau try lah tanya dia sendiri" aku sekadar mengangguk.

waktu rehat, kyulkyung mengajak aku ke kantin.

kedengaran kantin riuh seperti biasa disebabkan oleh team basketball. mata aku pantas mencari kelibat seungcheol.

"seungcheol !" aku mendekatinya.

tapi hairan, dia seakan tidak mendengar panggilan aku. automatik, aku menarik tangannya dan dia menoleh memandang aku.

"ya ?" dia tersenyum manis
senyuman dia berjaya buat aku rasa pelik

"kau tau pasal orang kata kita dah break tu ? siapa yang sebarkan ?" aku berkata separuh membisik

"tau. aku yang sebarkan"

ayat yang terpacul keluar dari mulutnya buat aku terkesima. dia tetap masih tersenyum.

"tapi.. kenapa ?" pertanyaan aku buat dia mengeluh.

"kita berdua bukannya bercinta betul betul pon
kan ? kau pon tak suka aku, so aku pon tak boleh nak paksa lagi. jadi, lebih baik kita break supaya—"

belum sempat dia habiskan ayatnya, satu tamparan hinggap di pipinya. nafas aku turun naik menahan marah.

seisi kantin terdiam melihat kami.

seungcheol kelihatan tergamam.

"apa..?" seungcheol bertanya confuse.

"siapa kata aku tak suka
kau ? selepas apa yang kau dah buat kat aku sebelum ni, aku dah tersuka kau lah !"

mata seungcheol membesar, seakan tak percaya dengan kenyataan yang keluar dari mulut aku.

"kejamnya kau, kau boleh break camtu je ?"

air mata aku semestinya sudah mengalir deras. tapi yang mengejutkan adalah air mata seungcheol turut mengalir di pipinya.

aku tergamam. tapi kenapa ?

"kau.. kau suka aku ke ?" dia bertanya perlahan

"sukalah ! suka sangat !" kenyataan aku membuatkan seisi kantin kecoh

dia dengan pantas menarik tangan aku pergi jauh dari kantin. dia bawak aku masuk ke kelas aku yang kosong

belum sempat aku nak kesat air mata, aku dapat rasakan bibirku bersentuhan dengan bibirnya. ini berlaku sekelip mata sahaja membuatkan mata aku terbuntang luas.

"first kiss.. aku.." aku menekup mulut tak percaya

"tapi.. kenapa ? kau kata kau tak suka aku ?" aku bertanya hairan walaupun masih terkejut.

"aku tak pernah kata aku tak suka kau. kau je yang kata" dia seakan mengelak daripada memandang ke mata aku.

aku pula mencari keberanian ingin memandang ke mukanya  yang tengah blushing. comel.

dia sedaya upaya mengelak. aku tergelak kecil.

"kenapa blushing ?"

dia menggigit bibirnya

"kau ingat first kiss kau sorang je ?"

aku tergamam sekejap sebelum tergelak lagi.

tak sangka, ingatkan budak hot ni hati batu. tapi rupanya takde beza dengan aku.

"lepas ni dah takde lakonan, okey ?" seungcheol bertanya tegas. aku tersenyum mengangguk

kalau bukan kerana call haritu, takdenya aku dapat jumpa kau kan ?

✔ call | csc Where stories live. Discover now