enam.

201 41 1
                                    

seungcheol

akhirnya aku berjaya heret si xiyeon ke funfair.

cliche en, dating kat funfair ? tapi tengok reaksi xiyeon, aku terus tak rasa cliche.

teruja betul dia ni. penat nak jaga. kejap naik roller coaster, kejap naik pirate ship, ferris wheel, marry-go-round. sampai akhirnya aku merayu mintak rehat lima minit untuk pergi tandas.

"kau duduk sini je tau. jangan ke mana-mana. aku nak pergi cari tandas" aku memberi arahan setelah mendudukkan dia di sebuah bangku. dia sekadar mengangguk

good. pantas aku berlari mencari tandas

setelah beberapa minit, aku kembali ke tempat tadi. tapi pelik, xiyeon dah tiada kat bangku tu.

ah sudah, mana pulak budak ni pergi ? aku memandang sekeliling, cuba mencari kelibat xiyeon. takde.

aku keluarkan phone, mendial nombor xiyeon. tak angkat, walau tiga, empat kali aku call.

aku mula cuak.

xiyeon mana kau ? janganlah main-main dengan aku. aku mula kelam-kabut mencari xiyeon di sekeliling funfair tu. tolong, jangan ada perkara buruk berlaku kat kau.

"seungcheol, kau cari
siapa ?" suara familiar yang mampu buat jantung aku gugur.

kelihatan xiyeon mendekati aku sambil kedua-dua tangannya memegang ice cream. aku mencengkam kedua-dua bahunya.

"mana kau pergi ? penat tau aku cari kau ! kan aku dah kata tunggu je kat situ tadi ?" bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut aku membuatkan senyuman yang menghiasi wajahnya serta-merta mati.

"aku.. pergi beli ice cream je. nah, untuk kau." aku merampas ice cream yang dihulurnya dan tanpa sedar, aku campak ke tepi. dia terkejut, dan aku pon terkejut.

tapi marah aku lebih menguasai. aku pon tak tahu kenapa aku marah sangat.

"seungcheol ? kau okey
tak ?" dia dengan lembutnya bertanyakan keadaan aku

"tak. kenapa kau tak angkat call aku dari tadi ?"

"oh, aku sedar kau call tapi aku tak boleh nak angkat sebab ice cream tadi"

"kau taunts aku risau ?!" akhirnya aku menengking dia.

benda kecil, tapi tak boleh nak buat apa. aku risau sangat kat dia

"kau kenapa, seungcheol ? aku susah payah beratur panjang untuk belikan ice cream ni, kau campak camtu je. pastu nak marah aku. aku dah besar, pandai jaga diri sendiri lah. kau pulak siapa nak risaukan aku
lebih-lebih ? kita bukannya couple betul-betul pon ? hubungan kita fake, tak lebih dari sebuah lakonan kan, seungcheol ?"

ayat yang terpacul keluar dari mulut dia buatkan aku kembali tersedar ke alam realiti. betul, hubungan kita fake. tapi entah kenapa, teringatkan kenyataan tu buatkan hati aku pedih.

"jawablah, ini semua fake kan ?!"

air mata muka mengalir di pipi nya seraya dia menolak diri aku yang sekadar berdiri kaku.

dia bertindak berlari dari situ sebelum tersungkur jatuh akibat kasut tumit tinggi yang dipakainya . kelakar, tapi aku tak mampu gelak.

dia cuba bangun kembali, tetapi akhirnya mengerang kesakitan. pantas badan aku bergerak mendekati dirinya.
aku membelakangi dirinya

"apa lagi kau nak ?" xiyeon bertanya dalam tangisannya

"cepatlah naik belakang aku. kau tu bukannya boleh jalan pon. dah, berhenti buat aku risau"

dia masih tak berganjak

"kalau kau tak naik, aku tak teragak-agak nak duking kau secara bride style. ha, mana kau nak ?" kedengaran dia mencebik sebelum perlahan-lahan menaiki belakang aku

aku terus berjalan kaki menuju ke rumahnya yang tak jauh dari kawasan funfair tu.

sepanjang perjalanan, kami sekadar senyap. hanya real tangisan dia sahaja yang kacang kedengaran. aku mula rasa bersalah.

"xiyeon, aku.. aku mintak maaf" aku menunggu responnya tetapi menyedari kepala nya sudah terlentok pada bahu aku buat aku sedar, dia dah tertidur rupanya.

aku tersenyum nipis.

aku kena betulkan semua benda ni.

✔ call | csc Where stories live. Discover now