3

2 1 0
                                    



Tajam mata pemuda dari keturunan Wang itu  membaca segala gerakan dari lawannya. Begitu lincah namun penuh dengan kemarahan yang membuak-buak. Bisa dilihat dari airmuka lawannya yang begitu bersungguh-sungguh ingin menumpaskannya. Setiap tumbukan yang melayang begitu tangkas dielak.




Jackson sengaja.




Membiarkan lawannya lelah dan kemudiannya satu pukulan kuat menghentam bawah diafram. Hampir termuntah lawannya dikala menahan kesakitan. Beberapa kali dia tersungkur ketika kakinya maju untuk melawan namun dalamannya terasa begitu sakit dan perih.



Dia sudah tidak tahan!





Jackson baru hendak menerajang muka lelaki itu ketika dia sedang merunduk. Kedua lututnya mencecah lantai. Tangannya menyentuh abdomen. Bibirnya menggeletar. Darah hitam pekat membuak keluar dari mulutnya membuatkan Jackson segera menghentikan langkah. Satu layangan tangan diudara tanda menyerah cukup membuatkan pemuda berambut aras bahu itu mengerti.




Pada masa yang sama, pembantu peribadinya bersama beberapa lagi orang pengawalnya datang menghampiri lokasi itu. Dia terkejut tatkala melihat lelaki yang sedang kesakitan yakni penceroboh itu kini terbaring diatas rumput bumi.



Dia mengarahkan bawahannya membawa lelaki itu ke balai polis sebelum bertemu empat mata dengan Jackson, atasannya.




"Tuan tidak apa-apa? Maafkan saya kerana lalai." Ucapnya sembari tunduk hormat.




Sejalur senyuman terukir. Jackson menepuk pelan bahunya sebelum melilau mencari sesuatu di sekitar itu. Gelagatnya menimbulkan tanda tanya dari pembantunya.





"Tuan cari apa?" Tanyanya aneh.




Jackson mengalihkan pandangan kepada lelaki yang berpakaian formal itu. Lama tatapannya.






"Tuan?"



"Sudah berapa kali dibahas, usah digunakan bahasa 'tuan'. Aku ini sudah lama mengganggapmu seperti keluargaku sendiri."




"Tapi—"




"Rasanya pagar ditepi kawasan rimbun itu berlubang. Karna itu tempat ini bisa dicerobohi. Suruh mereka baiki dan tingkatkan lagi pengawasan tempat ini, samchun." Arah pemuda itu tanpa melihat pembantunya. Riaknya sedikit lelah. Dan bicaranya juga agak dingin. Segarit senyuman kelat timbul dikedua ulas. Senyumannya itu dibalas. Dia faham benar dengan sikap atasannya. Bersikap dingin namun masih prihatin.





'Sama seperti ayahnya.' Bisik lelaki itu sebelum kembali memantau keadaan sekeliling. Memastikan semuanya dalam keadaan baik sebelum masuk menemui bawahannya tentang arahan yang baru diberikan dari Jackson.










Tbc.

✔[GOT7] UNDERNEATH THE MASKWhere stories live. Discover now