Peluh dingin merecik turun dari dahi ke bawah dagu. Jantungnya berdebar begitu laju sekali hasil dari larian pecut tanpa rentak yang selari.
Kejadian tadi masih berlayar di ingatan.
Nafasnya masih tidak teratur. Staminanya yang tidak terlatih membuatkannya merunduk meminta sokongan dari kedua lutut sembari menyedut nafas yang panjang. Sedikit dia merasa selamat dan tenang tatkala dia sudah berada dikawasan awam.
Sejurus dia menahan sebuah teksi untuk menghantarnya pulang. Sungguh, dia tidak akan melupakan kejadian tragik yang baru berlaku.
Tidak sabar dia hendak menyampaikan cerita itu dengan keluarganya nanti!
Di kediaman Wang,
Lelaki itu berdiri menghadap tingkap. Angin malam dibiarkan menyapa torsonya yang bertelanjang. Rasa dingin Peluh dingin merecik turun dari dahi ke bawah dagu. Jantungnya berdebar begitu laju sekali hasil dari larian pecut tanpa rentak yang selari.
Kejadian tadi masih berlayar di ingatan.
Nafasnya masih tidak teratur. Staminanya yang tidak terlatih membuatkannya merunduk meminta sokongan dari kedua lutut sembari menyedut nafas yang panjang. Sedikit dia merasa selamat dan tenang tatkala dia sudah berada dikawasan awam.
Sejurus dia menahan sebuah teksi untuk menghantarnya pulang. Sungguh, dia tidak akan melupakan kejadian tragik yang baru berlaku.
Tidak sabar dia hendak menyampaikan cerita itu dengan keluarganya nanti!
Di kediaman Wang,
Lelaki itu berdiri menghadap tingkap. Angin malam dibiarkan menyapa torso—nya yang bertelanjang. Rasa dingin langsung tidak diendahkan. Fikirannya melayang jauh. Satu helaan nafas akhirnya terbit dari bibirnya yang kering. Topeng yang menutup separuh dari mukanya itu dibuka. Matanya kemudian beralih ke tapak tangannya yang baru sahaja dijahit kembali.
Ingatannya kemudian memutar kembali senario dimana Encik Choi, pembantu peribadi keluarganya, tiba-tiba menempik risau mengejutkan para pengawal disekeliling juga dirinya.
Lukanya yang baru sahaja kering kembali berdarah. Jackson kekal dengan wajah kakunya. Dia tidak merasa risau barang sedikitpun tentang perihal itu malahan pandangannya terus saja tertancap kepada lelaki berkaca mata bulat yang sibuk mengarah pengawal yang ada di situ untuk mengambil peti kecemasan.
Mulutnya becok membuahkan zahir kebimbangan saat darah yang mengalir enggan berhenti dari terus keluar. Puas dirinya memujuk majikannya untuk ke hospital swasta tapi majikannya begitu keras hati untuk menerima rawatan.
Tercuit juga hati Jackson saat tangannya diubati. Bukan dia tidak biasa diomel begitu oleh pembantu peribadinya. Hulu hatinya terasa sakit tika berfikir bahawa masih ada orang yang ambil peduli akan dirinya. Airmatanya ditahan dari bertakung di tubir. Segera dia menguap dan berpura-pura agar pembantu peribadinya itu menyegerakan rawatan atas alasan ingin beristirahat.
Seleret senyuman teroles dibibir. Topeng yang berada di pegangan kembali ditatap. Kulit mukanya disentuh. Tanpa melihat cermin sahaja Jackson masih dapat membayangkan parut yang menjadi penghias setia di wajah sejak dia berusia 14 tahun.
Im's Flower Pot,
"Jadi mitos itu benar?" Wajah halus tanpa sekelumit jerawat itu dipandang. Nasi panas yang masih berada didalam mangkuk langsung tidak diusik.
Haneul, gadis yang kini menjadi tumpuan di meja makan itu segera mengangguk. Pandangan ingin tahu dari adik perempuan dan adik lelakinya itu membuatkannya mencebik bangga. Dia tidak sedar ibunya sejak tadi sibuk memandangnya dengan galak. Tidak lama itu satu tamparan pedas dibahu menyapa kulit. Sakitnya tetap terasa walaupun berbalut pakaian. Gadis itu tersentak kesakitan lalu menggosok-gosok bahagian yang ditampar. Hatinya panas!
"Kenapa ibu ni?!" Suaranya lantang. Merajuk kerana baru saja ditampar walhal dia tidak melakukan sebarang kesilapan pun.
"Kan ibu sudah pesan jangan pernah kesana! Mujur saja kamu sempat diselamatkan, kalau tidak?" Suasana senyap. Tiada yang berani mencampuri pertelingkahan kedua ibu dan anak itu waima ayahnya sendiri.
"Han nak ambil gambar je sebab bunga-bunga kat sana cantik." Gadis itu cuba membela dirinya.
"Cantik tapi bahaya buat apa?" Cantas ibunya lagi tidak ingin kalah.
"Buktinya Han selamat kan? Han dah cakap dah rumah tu masih berpenghuni sebab tu Han tak risau." Bahasnya lagi.
"Ish budak ni!" Senduk kayu yang sejak tadi belum dilepaskan kini diangkat ke udara bersedia untuk mengetuk kepala anak gadisnya yang degil namun niatnya terbantut ketika satu deheman dari suaminya itu kedengaran menghentikan pertelingkahan kecil mereka.
"Tidak elok bergaduh depan rezeki. Dah, habiskan makanan kamu. Nanti boleh sambung bergusti lepas makan. Halaman rumah kita tu luas." Tuan Im selaku ketua keluarga mulai bersuara. Tegurannya itu tidak kompleks tapi penuh dengan kata sindiran tahap pertama.
Malam itu berlangsung dengan senyap sekali. Tiada kata yang terkeluar selain dari batuk kecil dan bunyi sudu berlaga dengan pinggan.
Tbc.
YOU ARE READING
✔[GOT7] UNDERNEATH THE MASK
RomanceDo you believe underneath the mask, live a man with a painful past? -there is.