Gadis itu mendongak. Kini dia telah berada dihadapan rumah agam yang seringkali menjadi sebutan dikalangan masyarakat yang tinggal dikawasan kejiranannya.
Dia masih ingat waktu itu dia baru berusia 14 tahun. Ibunya sering bertandang kerumah jiran sebelah. Biasalah sekadar rasa untuk menghilangkan bosan saat ayahnya bekerja diluar. Jiran mereka, Puan Lew, sudah lama tinggal disitu. Jadi segala cerita luar dalam penempatan disitu berada dalam genggamannya.
Satu kisah mulai dibuka. Gadis itu hanya menadah telinga. Sekadar menjadikan cerita itu sebagai halwa telinga.
Katanya; satu kemalangan baru berlaku tidak lama sebelum mereka sekeluarga berpindah dikawasan kejiranan itu. Kemalangan itu menyebabkan nyawa satu keluarga yang tinggal di rumah agam jauh dari penempatan mereka diragut.
Namun yang ganjilnya, ada beberapa penduduk yang sering menjadikan kawasan rumah itu sebagai laluan pintas mereka ke pekan disebelah. Mereka bersaksi bahawa mereka selalu terdengar suara tangisan mendayu-dayu. Kadangkala, bunyi-bunyi bising seperti hentakan juga kedengaran. Pada mulanya hal itu cuma menjadi bualan kosong namun lama-kelamaan bualan itu berubah menjadi fakta. Hal ini kerana ada yang mengaku baru sahaja melihat bayangan manusia yang sedang berdiri ditingkap sehingga saksi itu demam selama tujuh hari.
Kerana itu, laluan pintas disana sudah lama tidak digunakan. Tiada lagi yang berani melintasi kawasan rumah itu atas alasan takut dan bimbang diganggu roh yang tidak aman disitu.
Berbalik ke agenda asal, gadis itu mencebik sembari menggeleng. Segala mitos itu langsung tidak dia endahkan. Hanya kerana sebuah mulut menzahirkan kata palsu tidak semestinya cerita yang disampaikan itu sepenuhnya benar.
Gadis itu berjalan tanpa mengeluarkan bunyi. Begitu berhati-hati sehinggalah dia sampai ke sisi bahagian rumah tersebut. Dia mencari-cari lubang yang dimasukinya kemarin namun sudah ditutup. Dia menghela nafas hampa. Kemudian, dia melilau ke sekeliling kawasan tersebut. Seoles senyuman terbit tatkala dia ternampak tembok yang boleh dipanjat.
"Panjat-memanjat hal biasa." Gumamnya bangga.
Tembok yang tidak terlalu tinggi itu dipanjat dengan jayanya. Berjengket-jengket dia berjalan sebelum bersembunyi di sebalik dinding dengan telinga yang terpasang jelas mencari jikalau ada sebarang suara dari dalam.
Tiada.
Gadis itu kemudian menuju ke kebun bunga. Terbuntang matanya saat pandangannya tertancap kearah bunga matahari yang tersergam indah disudut kebun. Tanpa sedar dia terpekik girang sembari berlari anak ke sudut kebun.
Puas menggambar, dia berpindah pula ke jenis bunga yang lain. Nasibnya bagus kerana musim itu adalah musim bunga. Jadi banyak bunga mekar tumbuhnya dikawasan itu.
"Seronok?" Satu suara menyapa.
"Mestilah! Bunga ni cantik!" Luahnya dengan gembira. Selajur tangannya menyentuh batang bunga mawar lalu digambar. Punat HDR ditekan supaya kualiti gambar terang bak realiti.
"Hati-hati batang tu banyak duri." Suara itu memberi amaran.
"Takpelah. Tengok tak calar pun tangan ni—" Ucapnya riang sebelum perlahan-lahan ton suaranya berubah kendur.
Bagai didalam filem The Quiet, gadis itu terus bungkam. Perlahan kepalanya mulai menoleh.
"Dah tau ke?"
Umpama kepala yang terhantuk batu, gadis itu menyedari dia tidak bersendirian. Pantas dia memusingkan tubuh. Pisau lipat yang setia didalam kocek seluar dikeluarkan lalu dihalakan kearah pemuda yang kini memandangnya kosong. Tiada riak terkejut dari pemuda tersebut sebaliknya riak seolah-olah dia ingin memberitahu sesuatu.
"A—apa kau nak?" Gadis itu tergagap. Adrenalinnya begitu pantas mengalir diseluruh tubuh membuatkannya panik.
"Aku nak kau bertenang." Lembut pemuda itu bernegosasi. Dia tahu gadis itu panik.
Namun caranya itu kurang membantu. Gadis itu malah semakin maju umpama ingin menerkamnya jika terdapat peluang.
"Pisau yang kau genggam tu terbalik. Kalau salah langkah, nyawa kau yang akan dimakannya." Tatanya tanpa berselindung. Bicaranya begitu tersusun dan teratur.
Gadis itu mengubah tatapan kearah pisau lipatnya. Memang benar pisau yang digenggamnya itu terbalik. Tatapanya kembali melekat kearah pemuda itu. Perlahan-lahan dia cuba merapikan aturan nafas apabila dia melihat pemuda itu mengundurkan lima tapak langkah ke belakang dengan kedua tangan dinaikkan ke udara.
"See? Aku tidak akan cederakan kau." Pemuda itu meyakinkan.
"Kau bukan orang gila kan?" Getus gadis itu. Anak matanya tetap mengarah ke perspektif utamanya.
"Kalau aku gila dah lama aku kejar kau." Ungkap pemuda itu lagi. Sungguh dia tidak mahu cakap berlapik-lapik.
Akhirnya, gadis itu menurunkan senjata.
Tbc.
![](https://img.wattpad.com/cover/157772378-288-k591999.jpg)
YOU ARE READING
✔[GOT7] UNDERNEATH THE MASK
RomanceDo you believe underneath the mask, live a man with a painful past? -there is.