SINOPSIS

14.4K 91 0
                                    

Hidup ada banyak pilihan yang perlu kita pilih, sama ada pilihan itu atas dasar minda, hati... atau ia satu pegangan yang wajib kita turuti...
Siapa aku? Itu semua bukan lah satu persoalan yang perlu aku tanya diri aku. Sebab hidup bukan lah satu kebebasan yang boleh kita pilih atas kehendak melainkan ia satu keperluan. Atau ia kehendak dari garisan nafsu, nyata ia silap.
Tapi kita tetap manusia... kita tetap lakukan kesilapan... tapi, persoalan yang perlu di jawab ialah, adakah kita mahu kesilapan itu menjadi satu kebebasan yang kita pilih? Adakah kita akui satu kesilapan itu nyata satu kesilapan, dan adakah kita mahu mengulangi kesilapan itu?

ANTARA CINTA DAN NAFSU

Rayyan Dasuki, seorang lelaki biasa yang menganggap dirinya terlalu lemah. Lemah kerana cinta... tapi benarkah ia cinta?
Seorang yang hilang arah ketika diri dia menganggap satu kesilapan yang pernah dia lakukan perlu disalahkan sepenuhnya keatas dirinya. Cinta, hatinya kata dia terlalu mencintai seorang insan yang wujud di dalam hatinya. Tetapi adakah dia terlupa akan kewujudan nafsu?
Dia lari jauh, jauh dari siapa dirinya. Hanya kerana dia fikir itu sahaja yang mampu membetulkan kesilapan yang pernah dia lakukan.
Namun, pertemuan dirinya bersama seorang bernama Mikhail Darwisy telah merubah kehidupannya. Siapa Mikhail Darwisy? Playboy? Dikelilingi kehidupan yang penuh dengan nafsu semata. Adakah Rayyan mampu mengelak kali ni? Adakah dia mampu mengenal apa itu nafsu dan apa itu cinta? Atau, Darwisy hanya mahu menjerat Rayyan supaya kehidupan silam Rayyan muncul semula dalam diri Rayyan.
Siapa Didie Irsyad pula?
Danial Ariffin muncul kembali dalam kehidupannya, setelah penat dia melarikan, dan setelah dirinya cuba untuk menerima keadaan dan melepaskan kesilapannya. Untuk apa lelaki tu kembali dalam kehidupannya?
Mampu atau tidak Rayyan Dasuki tempuh dugaan yang bakal dihadapi...

Azrul – "Kau jangan hipokrit dengan diri kau, kau lebih hina... sekurangnya, aku tunjuk siapa diri aku, dari kau?"

Didie Irsyad – "Aku tetap cintakan dia, aku nak dia untuk diri aku sahaja... walaupun hati dia ada kau Rayyan..."

Danial Ariffin – "Kalau aku katakan aku perlukan kau semula dalam hidup aku, kau akan kembali untuk aku? Aku tahu kau terlalu cintakan aku Rayyan... kau tak boleh sembunyikan rasa tu selamanya"

Mikhail Darwisy – "Aku mungkin buta tentang cinta, tapi mengenali kau adalah satu anugerah untuk diri aku"

Rayyan Dasuki – "Aku selamat bila bersama kau, aku tak tahu kenapa, tapi aku yakin aku lebih selamat bila bersama dengan kau, aku lebih bahagia... patut ke aku cakap macam tu?"

ANTARA CINTA DAN NAFSUWhere stories live. Discover now