Episod8 (ANTARA CINTA DAN NAFSU)

2.4K 76 3
                                    

Aku memandang tepat mata Danial. Namun wajah tu masih lagi memandang bibir aku. Aku kuatkan diri aku untuk menolak badannya yang lebih besar dari aku tu. Tak lah susah sangat pun, darah pemain rugby masih ada kat dalam diri aku ni.

Aku : "Danial... cukup lah, tak kan kau nak ulang kesilapan kita tu dulu? Aku tak nak kita jadi macam dulu... aku dah move on, aku tak nak hidup macam tu... aku rasa lebih elok kita tak berjumpa lagi..."
Danial : "Kau kejam Rayyan, lepas kau dah tinggalkan titik hitam dalam hidup aku, kau cuba larikan diri. Kau tak bertanggungjawab pun atas apa yang kau dah buat. Kau memang kejam! Kau patut perbetulkan keadaan, kenapa, kau dah jumpa lelaki lain dalam hidup kau ke apa? Atau kau dah biar aku jamah tubuh kau, dan aku beri kepuasan untuk kau, kau lupakan aku... oh, mungkin sebab tu kau tinggalkan aku macam tu je..."
Aku : "Kau sendiri tak tahu apa yang aku dah tempuhi Danial. Tapi aku tak nak salahkan orang lain, sedangkan tu hanya nafsu. Sampai bila kau nak hidup dengan bayangan lepas Danial? Kau teruskan kemarahan kau, tapi apa yang kau dapat? Aku tak tinggalkan kau, aku nak tebus kesalahan aku, tapi kau lupa? Kau suruh aku berambus dalam hidup kau, aku lari dari kau sebab aku takut untuk menghampiri benda tu lagi, aku kalah dengan nafsu aku, sebab dulu aku terlalu cintakan kau, aku buta... aku leka, dan aku lalai... tolong lah Danial, kita perlu tinggalkan kisah lama kita, bina hidup baru... kau bina hidup baru, kita tak perlu berjumpa lagi..."

Danial kembali duduk di birai katil. Wajahnya tak putus memandang aku.

Danial : "Rayyan... aku hanya perlukan kau... aku tak tahu kenapa, aku sesat sekarang..."
Aku : "Tolong juga aku untuk bantu kau, bukan dengan cara ni Danial... please... aku merayu pada kau, kita kena lupakan perkara yang lepas... mungkin tanpa aku, kau akan lebih bahagia, kau akan lupa tentang kisah silam kita..."

Danial menundukkan wajahnya... aku hanya jadi pemerhati, takut untuk mendekatinya.

Danial : "Aku minta maaf Rayyan, aku tak mampu lupakan perkara tu... dan aku memang tak akan lupakan, disebabkan kau, aku jadi macam ni... aku tetap salahkan kau...! Kau Rayyan! Tak mungkin aku boleh undur balik betulkan keadaan, semua dah terlambat..."

Danial segera mendekati aku, dia lupa agaknya yang kaki dia masih dalam kesakitan.

Menggenggam leher aku, dan kemudian mendekatkan wajah nya ke pipi aku.

Danial : "Aku tetap tak akan lupakan apa yang berlaku antara kita... kau ingat tu!"

Merentap kasar tangannya. Sumpah aku terasa kebas di leher. Sakit. Perit.

Danial meninggalkan aku yang masih tergamam dengan keadaan yang berlaku. Jujur, hati aku cukup tertekan. Pikiran yang bercelaru. Patut ke aku buat semula perkara tu?

Membuka perlahan laci almari aku. Memandang pil tidur yang masih banyak terisi di dalam bekas jernih. Adakalanya, bila tertekan aku tak dapat tidur dengan baik, dan ini sahaja jalan untuk aku tenangkan pikiran dan berehat dengan tidur yang agak panjang.

Perlu ke lagi sekali aku ambil pil tidur tu, tapi bukan dengan kuantiti yang sikit. Mungkin banyak. Kalau lah aku boleh tidur selamanya. Mungkin aku tak perlu pikirkan masalah ni lagi.

'Danial... apa sahaja yang kau nak aku buat untuk diri kau tenang?'

Mencapai bekas ubat tersebut. Perlahan membukanya.

....................

Drama sangat kalau aku ambil ubat tidur tu dan telan sebanyak mungkin. Konon-konon nak bunuh diri. Aku yang dulu bukanlah yang sekarang. Acah je dengan situasi tu, sebenarnya malam tu aku ambil untuk aku tenangkan pikiran dan tidur dengan lena. Aku tak macam dulu, aku waras sekarang.

Aku tahu, membunuh diri tu salah satu dosa yang amat besar. Dulu ya, aku terlalu ikutkan hati, kecewa dengan diri aku. Aku tak salahkan Danial, sedangkan pada malam kejadian, Danial yang mahukan aku. Logiknya, bukan aku yang goda dia pada malam aku serahkan badan aku kepada Danial. Aku sedar, aku hanyut dengan nafsu. Sedangkan aku ada pilihan lain, aku boleh je elak, tapi cinta yang dibutakan oleh nafsu, kita semua akan leka. Katanya ia cinta, tapi silap, itu hanya nafsu. Ada orang kata, bila cinta semestinya kita akan bernafsu dengan orang yang kita cinta tu. Aku tak pertikai perkara tu, kita manusia... kita tak mampu nak asingkan rasa nafsu tu. Tapi tak salah untuk kita belajar bagaimana nak olah nafsu tu, kerana cinta kita mampu ubah diri kita yang lebih baik. Kalau takut ambil risiko, jangan sesekali dekati dengan perkataan cinta. Bahaya. Tapi, siapa yang mampu beri rasa cinta tu dengan indah, orang tu sangat hebat. Orang boleh kata susah nak cari orang sebegini, tapi kenapa kita tak jadi dulu? Mungkin kita patut mulakan dengan diri kita...

Pagi tu aku agak terlewat sampai akibat menunggu si puteri Azrul bersiap. Dah lah bangun lewat, nak tunggu dia pakai make-up nya lagi.

Azrul : "Mesti hari ni Didie ada kat studio. Aku nak lunch dengan dia hari ni, lepas dia shooting la... kau nak ikut? Lagipun sekarang aku dengan Zaidi kena handle design terbaru ZARA, Didie tu lah model lelakinya..."
Aku : "Aikkk, berbaik pula dengan orang tu? Bukan Didie tu scandal Darwisy, kesayangan kau tu ke?"
Azrul : "Pada awalnya, memang lah aku fikir macam tu... tapi, lepas Zahid cerita pasal Didie tu, and aku pun mula rapat-rapat jugak dengan Didie tu... Darwisy bukan lah 'boyfriend' dia pun, dia dah pun ada someone special. HOT jugak ok aku tengok... tapi tak tahu lah dia scandal dengan Darwisy tu dalam diam..." Azrul menjuihkan bibirnya.
Aku : "Wahhh, sampai ke partner dia pun kau tahu ni... macam mana kau tahu? Zahid cerita dengan kau lah?"
Azrul : "Didie siap tunjuk ok gambar 'partner' dia tu... HOTTTT tersangat, sesuai lah dengan dia tu, muka jantan habis. Tak nampak langsung 'gay'nya. Cuma Darwisy aku tu lebih handsome lah, maklum lah orang Pan-Asia kan... teringat malam pertama aku dengan dia..."

Aku menggelengkan kepala. Betapa murahnya lah perangai tu. Dah macam tak ada pegangan agama langsung bercerita.

Aku : "Errr, Azrul... kau rasa Darwisy ada hari ni..."
Azrul : "Of course ada... haaa, tu... panjang umurnya! Didie....!"

Azrul terjerit memanggil Didie. Sekilas terpandang dia, muka memang sumpah belagak gila si Didie tu. Mentang-mentang model. Wajahnya agak terkejut, sambil matanya tepat memandang aku. Mesti dia teringat pasal aku tegur Darwisy ituari. Silap! Bukan aku yang tegur, tapi Darwisy yang tegur. Siapa nak percaya Darwisy yang tegur aku dulu? He's HOT, aku? Sedar diri je lah....

Ternampak kelibat Darwisy yang mengekori Didie dari belakang. Darwisy hanya mengenyitkan mata ke arah aku. Segera menoleh ke arah lain. Seriau dengan godaan mamat tu.

Aku : "Azrul, aku naik dulu lah..." cakap agak kuat sikit. Memandangkan jarak aku dengan Azrul agak jauh.
Azrul : "Haaa... ok-ok!"

Aku terus ke lif. Sekarang, otak aku ligat memikirkan macam mana nak pulangkan jubah yang dia beli untuk aku tu. Bukan senang nak terserempak dengan Darwisy tu. Ni lah masanya nak pulangkan. Tapi! Azrul! Kalau Azrul nampak macam mana? Apa yang dia pikir nanti...

10.30 a.m

Aku keluar dari pejabat aku untuk ke department Azrul bekerja. Tingkat bawah je padahal. Maklum lah satu company. Cuma berlainan majalah je lah.

Menjengah pintu masuk pejabat tu. Aku tahu, Azrul mesti ada dalam studio. Harapnya si Darwisy tak lah ada dalam studio tu sekali. Tadi sebelum masuk ke pejabat, aku sempat juga ambil bungkusan hadiah yang diberi oleh Darwisy 'playboy' tu. Memang aku dah siap-siap letak kat bonet kereta, yelah... mana tahu terserempak. Kalau ikutkan aku tak nak lah aku bagi kat kawasan berisiko macam ni, takut si Azrul nampak, tapi bila lagi aku nak jumpa dia.

Dah macam pink panther aku berjalan. Acah-acah macam perisik. Terhendap-hendap.

Ok! Darwisy sure tak ada dalam studio. Aku nampak kelibat Azrul tengah sibuk berbual dengan Didie. Amboi, curi tulang ke apa mamat tu. Mana pula lah Darwisy.

"Hei!"

Terkejut aku dibuatnya. Sampai terbeliak biji mata aku dibuatnya disergah macam tu.

Aku : "Kau boleh tak beri salam dulu ke apa, ni main sergah gitu. Nak tercabut jantung aku ni..."

Mikhail Darwisy hanya tersenyum memandang aku. Sweet pulak dia senyum macam tu. Hish! Mata...!

Darwisy : "Dah U terhendap-hendap macam spy ni kenapa? Dari tadi I tengok..."

Dia masih tersenyum memandang aku.

Aku : "Shhhtttt, jangan cakap kuat-kuat. Nanti Azrul perasan... apa aku nak jawab..."
Darwisy : "Apa masalahnya kalau dia dengar... oh, U takut dia jealous. Apa salahnya dia tahu pasal kita..."
Aku : "Ish, aku tak nak cari masalah. Itu hal kau kalau nak cari masalah. Jom, ikut aku..."

Aku menarik lengan 'sado' Darwisy. Amboi, besar sangat lengan.

Dalam tandas.

Darwisy : "Dear... dalam tandas U bawa I... I mampu sewa hotel lah, 5 star pun mampu..." dan masih lagi dengan senyuman manis dia tu. Benci senyuman tu.

Aku menggeleng. Hotel jadah dia. Segera menghulurkan bungkusan yang berisi jubah kepadanya.

Darwisy : "Apa ni..."
Aku : "Pegang je..."

Darwisy mencapai bungkusan tu. Aku mengangguk. Kemudian terus melangkah keluar dari tandas tu.

Darwisy : "Wait..." Darwisy memegang perlahan tangan aku. "apa ni?..."

Aku : "Aku tak nak apa yang kau bagi kat aku tu... aku tak nak ada kaitan apa-apa pun dengan kau... harap kau paham..."
Darwisy : "Oh jadi nya ni jubah yang I bagi kat U tu ke? Kenapa U buat macam ni, bukan jadi masalah pun terima pemberian orang, at least bukan I ada niat apa-apa pun I bagi ni. Just I nak bagi dengan ikhlas..."
Aku : "Kau tak paham... aku tak nak Azrul tahu pasal benda ni... dia kawan aku..."
Darwisy : "Ke U takut kalau-kalau U tersuka kat I..."
Aku : "Eh tolong lah bro. Aku bukan macam kau, dan aku sama sekali bukan macam yang kau fikirkan pasal aku... kau silap orang lah..."

Aku merentap kasar tangan yang dipegang oleh Darwisy. Tak perasan pulak dia dah pegang lama.

Darwisy : "Rayyan stop!"

Aku tak menoleh. Hanya teruskan berjalan.

Darwisy : "Rayyan, if U tak nak berhenti. I boleh terus cakap dengan Azrul yang I suka U... senang je, and I juga boleh reka-reka cerita mungkin... bagi sedap sikit dengarnya tu..."

Aku berhenti. Menoleh untuk memandangnya. Dia masih dengan senyuman tu. Erghhhhh!

Aku : "Apa yang kau nak haaa dari aku?" Nak tinggikan suara, tapi mesti semua orang pelik pulak nanti.
Darwisy : "How about date malam ni... tepat pukul 8.30 malam, I jemput U..."
Aku : "Kalau aku tak nak?"
Darwisy : "U tak akan menolak, unless U nak bergaduh besar dengan bestfriend U tu... I tak rugi apa pun..."
Aku : "Ok, ok! Aku terima pelawaan kau. Tapi ada syaratnya..."

Darwisy memandang wajah aku, agak kendur sikit senyumannya tadi. Mungkin dia kembali serious. Tak suka nampak dia tersenyum, muka nampak sangat 'playboy'nya tu.

Darwisy : "Ok, apa dia tu..."
Aku : "Kau kena ambil semula jubah tu, aku tak nak terima..."
Darwisy : "No! Jubah ni U kena terima, I tak kira, benda bukan susah, hanya terima je pun. Ke U nak I bagitahu je, maybe pasal hubungan kita..." dia tersenyum menyeringai. Konon nak ugut aku lah tu. Hubungan jadah dia.
Aku : "Ok fine aku terima! Tapi malam ni aku tak nak date ke apa, just dinner. And tak perlu nak ambil aku ke apa, aku pergi sendiri sebab aku keluar pejabat lewat, dan lagi satu, aku pilih tempatnya. Kau just tunggu je kat tempat yang aku pilih tu..."
Darwisy : "Deal, give me your number..."
Aku : "Asal pulak aku nak bagi nombor phone?"
Darwisy : "Senang lah I nak contact U, macam mana U nak call I bagitahu tempatnya sedangkan I yakin U tak ada nombor I..."

Aku merengus. Mengeluarkan phone aku.

Aku : "Nah! Taip sendiri..."

Darwisy segera mencapai phone aku.

Darwisy : "Beli lah phone baru sayang... screen ni pun dah retak beribu dah ni... now, Iphone pun dah keluar model baru... nak I belikan untuk U satu ke?"

Eh, banyak bunyi pulak. Sekurangnya phone tu masih ada whatsapp, wechat semua.

Darwisy : "Nice... U tak install any gay apps... Hornet ke, tak ada?"
Soalan diajukan untuk aku ke? Memang tak lah aku nak dowload apps sumpah murahan. Aku cakap biar terang kat sini, siapa yang ada apps memag dia 'bitchy', murah, desperate... and tak ada nilai langsung pun. Nasihat aku, buang apps tu... jaga standard diri kita. Anda mampu mengubahnya.

Aku : "Ada aku suruh kau tengok segala privacy aku ke?"

Cuba untuk merampas phone aku balik. Namun di jarakkan tangannya. Hamboih! Memang dia ingat phone tu atuk dia punya.

Darwisy : "Sabar lah sayang..."

Tiba-tiba phonenya berdering.

Darwisy : "Ok settle... I dah call kat nombor I, so I save nombor U... jangan cuba nak mungkir janji ye malam ni sayang... malam ni kita ada date... ingat tu"

Darwisy mencuit perlahan hidung aku. Aku membiarkan dia melangkah pergi.

Kejap, apa aku dah buat ni????

Apa aku dah buat????

Kalau Azrul tahu ni macam mana????

Aku hanya mampu menjerit dalam hati. Kalau jerit betul-betul, orang kata gila pulak.

Namun, di satu sudut lain, ada seseorang memerhatikan perbualan tadi.

"Tak sangka kau rupanya yang terhegeh-hegeh dengan Darwisy... tak guna punya kawan! Tunggu kau Rayyan..."

Azrul memandang dengan penuh emosi. Terkejut dia nampak Rayyan dan Darwisy sedang berbual di satu sudut yang sempit dan terlindung. Untuk apa mereka berdua berbual berdua di tempat macam tu? Dan apa yang dia geram, Darwisy dan Rayyan seperti bermesra berdua, acah-acah pegang phone, cuit-cuit hidung semua tu. Sakit hati. Rayyan perlu di ajar.

....................

guyss jgn lupa vote next episod menyusul

ANTARA CINTA DAN NAFSUWhere stories live. Discover now