Episod 1 (ANTARA CINTA DAN NAFSU)

8.6K 81 6
                                    

Aku memandang pada jam dinding.
Pukul 8.10 malam. Nampaknya dah waktu untuk balik, terleka sekejap dengan kerja yang sepatutnya perlu dihantar dua hari lagi, see... aku pekerja bertauliah kan?
Entah kenapa aku rajin sangat nak buat benda-benda ni. Sebenarnya bukan apa, tunggu si Azrul siapkan kerja dia yang tak siap-siap lagi. Aku kalau ikutkan hati, nak je balik dulu, tapi kawan... nak buat macam mana kan...
lagipun, dia tumpang kereta aku. Dia memang tumpang aku, almost everyday lah kalau dia tak tidur rumah scandal dia. Tapi setiap kali si Azrul tu naik kereta aku, mesti bebel kereta aku dah 'kuno'.. tak reti nak update yang baru.. Ceh!! Perangai macam haram!! Tapi nak buat macam mana, again... kawan...

Telefon aku berbunyi, memecahkan suasana sunyi pejabat..

Azrul : "Kau kat mana??"
Aku : "Kat office lagi la ni... tunggu kau.."
Azrul : "Laaa... aku kat bawah dah ni, cepat lah.. lapar!"

Macam sial. Aku tunggu dia, patutnya reti-reti lah naik office aku dulu.

Segera lah aku turun ke bawah. Sebenarnya aku dengan Azrul bekerja department yang berbeza, walaupun bekerja di bawah syarikat yang sama. Creative Alaf Karang (main bedal, asal boleh). Azrul bekerja bahagian lifestyle, so dia menulis artikel bahagian fashion dan more to entertainment untuk majalah terbitan syarikat kami. Manakala aku? Come on, mesti bosan nak dengar. Well, hanya majalah berunsur kewangan. See, bosan kan dengar. Yes, memang lah bosan, tapi korang pernah tengok cerita Confession of the Shopaholic tu tak? Agak lah macam tu aku punya karier. Lebih kepada menulis artikel bagaimana nak uruskan kewangan, ataupun pandangan setiap orang dari sudut kewangan dan cara penggunaannya. Dah menguap belum baca ni? Ke dah stop terus baca? Hahahahaha.

Azrul : "Lambat benar kau ni..."

Tu ayat pertama dia? Capital F.

Aku : "Dah tak reti sabar eh, aku ingat kau naik office aku dulu.."
Azrul : "Tak ada kerja aku masuk office kau yang membosankan tu, money... money... money" mengajukkan gaya Encik Crab, karaktur Spongebob Squarepants. Aku tengok ok kartun tu.
Aku : "Ni kita nak makan mana?"
Azrul : "Faiz ajak makan kat stulang..." Faiz tu scandal dia. Sebenarnya aku pun ingat-ingat lupa siapa scandal dia, ramai sangat yang dia sebut. Murahan kan.
Aku : "Kau tak suruh pulak dia ambil kau?"
Azrul : "Dia tak bawak helmet lebih. Lagipun lebih baik aku naik kereta. Daripada motor dia tu, lain la motor sporty... kena lah jugak dengan imej aku ni..."

Aku buat muka meluat. Dah mula lah nak 'sorong trolley' sendiri tu.

Di Sayam, Stulang.

Faiz : "Malam ni jadi tak?"

Soalan tu sebenarnya diajukan untuk Azrul. Aku jadi tunggul kayu, yelah diorang berbual berdua. Aku malas sikit nak menyibuk hal orang ni. Bukan apa, cuma... nahhh, aku just bukan nak involve sangat hal PLU ni. Realitinya, aku minta transfer ke JB 3 tahun dulu pun sebab nak jauhkan diri dari dunia aku yang dulu. Yeahhh~ yang tu kemudian episod lah ye cerita. Hahaha.

Azrul : "Eh sorry lupa... Rayyan (tu nama aku)... malam ni aku pergi clubbing kat 9mm tu dengan Faiz..."
Aku : "Selama ni kau tak mintak izin pun nak pergi clubbing... macam aku pulak hubby kau..." pelik, tu yang aku sengaja buat ayat perli..
Azrul : "Pasal aku nak pergi clubbing tu memang hal aku lah... kau ni pun, aku nak tumpangkan Faiz malam ni... boleh tak?" dengan nada gedik dia tu. Yelah, Azrul ni lebih nampak macam adik-adik, gedik gitteww...

Aku hanya menggelengkan kepala. Ikutkan hati memang lah aku tak benarkan sangat rumah tu orang keluar masuk, tak pasal-pasal hilang barang. Yelah, barang tu semua barang aku. Sofa, tv, peti ais, meja makan, senang cerita memang tu rumah aku. Aku hanya bagi si Azrul ni sewa bilik, cutting lah cost untuk aku bayar penuh loan rumah aku tu. Lagipun, Azrul baru transfer sini, konon nak ikut jejak langkah aku yang bawa diri dari KL, sebabnya kena tipu dengan ex-BF dia. Agak ranap, hangus, bankrupt jugak si Azrul kena kikis. Dah ex-BF dia tu dulu pun memang HOT... mata si Azrul ni pantang nampak lelaki maskulin sikit mula lah nak menggedik. Kalau ikutkan life straight couple, biasanya perempuan yang kikis lelaki. Tapi, dalam kes Azrul ni... Azrul pula yang kena kikis, ikut kata dia, sekarang susah nak cari TOP yang berkualiti. Aku tak paham. Yang pasti, Azrul memang BOTTOM berangan wanita sesangat walaupun tak lah dia tu drag macam mak nyah, still pakai baju lelaki. Again... adik-adik lah katakan. Dah kena sekali, tak serik-serik! Perangai KL dia bawa juga kat JB.

Tapi, nak diikutkan berapa lelaki dah dia bawak masuk. Tu yang aku tahu, yang aku tak tahu!

Aku : "Ikut kau, asal rumah aku selamat. Dah! Aku nak balik rumah... enjoy your night..."

....................

Malam tu, sedang leka meneliti syiling rumah feeling-feeling untuk tidur, tiba-tiba terdengar bunyi message masuk. Mungkin wechat. Aku pada mulanya, malas untuk bangun untuk mengambil phone. Yelah, siapa je yang nak chat aku malam gini. Lagipun, jarang kot orang nak wechat aku, tapi bila pikir Azrul yang tak balik lagi... jadi aku pikir dia lah kot yang wechat. Segera ambil phone aku.

'Mr. D Top'

Dia lagi!! Nama pun dah show diri dia siapa. Nampak tak permainan dia di situ.

Sebenarnya, aku beberapa kali juga ber 'wechat' dengan dia. Logically, dia yang add aku. Aku memang tak lah nak 'people nearby' sangat. Ini fakta ok. (Ada ke yang tak pernah people nearby?). Tapi aku memang tak sempat nak melayan mana-mana orang kat wechat ni. Yelah, kerja aku kadang-kadang banyak habis masa untuk memandang skrin komputer, walaupun kat rumah aku tetap dengan laptop aku, cari bahan rujukan untuk artikel yang bakal aku tulis. Mungkin ni passionate aku. So, back on this mysterious guy. Pelik. Gambar profile hanya pic half naked dia. Seriously, dalam album moment dia penuh dengan half naked dia dan show badan dia yang boleh dikatakan lelaki mahukan badan seperti tu. Sangat cantik, mungkin badan tu dah lama dibentuk. Aku sendiri tak percaya, mungkin dia guna pic orang lain. Sebab dia tak tunjuk pula muka dia, at least satu gambar dengan muka dia, tak ada kot. Hanya gambar separuh badan. Nak mintak gambar takut dia tahu aku ni macam mana, aku still jadi diri aku untuk being hypocrite.

Mr. D Top – Kau ada mana?
Aku – Kau lagi??
Mr. D Top – Come on, aku nampak kawan kau, kalau betul dia lah, sebab DP kau ni ada gambar dia. He's right in front of me, tak betul-betul depan. Jauh sikit lah dari aku, sibuk menari dengan pasangan dia.
Aku – Ok, apa kaitan dengan aku?
Mr. D Top – Where are U Rayyan Dasuki?

Impressive, even aku guna ayat sarcastic pun dia masih boleh reply cara baik. Dia tahu nama aku sebab nama aku kat wechat, Rayyan Dasuki. My real name.

Aku – Aku tak ada kat situ...
Mr. D Top – So, kau kat mana sekarang? Still tunggu jawapan kau.
Aku – Aku nak tidur. Serious. Need to block U. Good night.

BLOCKED.

Scary ok orang macam tu. Bukan jual mahal atau apa, tapi sebenarnya aku sendiri mahu lari dari dunia tu, lari dari diri aku. Lari daripada realiti dan nafsu yang ada pada aku. Simple, dengan avoid orang-orang macam ni, aku selamat. FB, deactivated. Twitter, insta still ok untuk ada. Kenapa aku buat macam ni? Persoalan tu mungkin aku akan jawab. Just tunggu.

....................

Kalau tanya aku, apa yang aku buat untuk habiskan masa cuti aku dua hari, aku jawab... tiada apa. Bosan kan? Tapi terpikir juga nak bercuti, mungkin pergi ke Melaka yang dekat sikit, atau tak payah jauh lah... Singapore pun dah cukup ok. Tapi, entah lah... mungkin hati aku kosong. Kosong untuk menghiburkan hati aku. Adakalanya ada juga aku ke Stulang, menikmati pemandangan cahaya dari seberang laut, memikirkan mana letak diri aku. Sunyi? Ye, aku sunyi. Kadang-kadang Azrul ada perli aku, betapa bosan hidup aku... tapi aku tak pernah pun rasa ia bosan, walaupun aku rasa aku sunyi. Benda yang berbeza.

Azrul : "Semalam ada 1 lelaki ni cari kau, aku lupa nak cakap dengan kau..."

Aku menggaru kepala yang tak gatal. Cari aku?

Aku : "Cari aku kat mana?"
Azrul : "Kat club laa... aku semalam kan celebrate birthday Zami... aku cakap lah yang kau memang tak ke club, aku pikir kawan dekat department kau kerja ke, atau sedara kau ke apa, yelah... tak kan dia tegur aku pulak kan, maknanya mungkin dia kenal aku thru kau..."
Aku : "Kalau aku tahu nama mungkin boleh ingat kot siapa orangnya, sedara? Tak ada pulak sedara yang aku kenal, muka kaki clubbing... duduk JB pun tak... pelik ni... kawan kerja kot..."
Azrul : "Tapi kat department kau tu semua nerd-nerd je aku perasan, sesuai lah dengan muka kau, tak ada pulak yang HOT macam laki yang tegur aku tu. Tergoda iman aku weh, sumpah handsome laki tu, kalau kau kenal and dia PLU jugak, kenal kan lah kat aku, nampak macam orang-orang berada je, badan katang(tough) pulak tu. In case kalau kau tu berkawan dengan PLU la, kau tu mana reti bersosial, kenal mana-mana PLU pun tak.. nak ada scandal pun memang tak lah dengan nerd kau ni, kekasih? Memang jauh sesangat lah... aku bukan perli kau, kau ni ok lah aku tengok, PLU ramai je muka pecah tapi ada kekasih, tapi sama muka pecah lah, cuma kau ni ada kurang sikit, apa tu... sexual attraction... tenggelam kalau orang tengok kau..."

Aku bukan dengar sangat dia complain pasal diri aku. Yang aku peliknya, lelaki handsome, badan katang? Selama ni ada ke orang yang aku kenal badan katang? Kat department aku lebih kepada 1 pax je badan dia.

Aku : "Kejap, dia tak ada cakap nama dia?"
Azrul : "Oh lupa... Darwish tak silap aku... ya, Darwish. Sweet like him..." sambil buat ala-ala gedik dia tu.

Darwish mana seh? Wondering... who is he?

....................

ANTARA CINTA DAN NAFSUWhere stories live. Discover now