Episod9 ( ANTARA CINTA DAN NAFSU )

2.3K 66 4
                                    

(Di sudut lain kisah Azrul dan Didie Irsyad)

Azrul duduk berhadapan dengan Didie Irsyad dan juga Zaidi rakan tempat kerjanya. Dia memanggil waiter dalam keadaan kasar.

Azrul : "Hei, kau kalau nak kerja tu buat cara kerja, lambat sangat nak ambil order apasal? Bos kau bayar gaji buta ke apa?"
Zaidi : "Kau kenapa tiba-tiba macam orang tengah period ni..."
Azrul : "Aku tengah panas ni dengan perangai housemate aku tu..."

Didie tersedak. Housemate Azrul? Confirm lah Rayyan Dasuki. Selama ni teringin juga dia bertanyakan tentang Rayyan Dasuki, tapi akibat dia hanya berjumpa Azrul bila waktu berkerja sahaja, memang susah jugak nak bercerita pasal lelaki tu.

Didie : "Kenapa dengan dia tu sampai kau perangai tiba-tiba macam betina hilang jantan ni?" Didie sengaja cucuk Azrul, biar dia cerita tentang si Rayyan tu. Teringin jugak dia mendengarnya.

Azrul : "Tadi lah, time kita semua sibuk shooting... Darwisy kan pergi toilet sekejap, tak lah sekejap, agak lama lah tu, kau perasan kan dia tiba-tiba hilang... si Rayyan hipokrit tu berbual mesra dengan Darwisy... kau tahu kan aku syok kat mamat tu..."
Didie : "Kau kata Rayyan takat kenal-kenal macam tu je dengan Darwisy tu?"
Azrul : "Aku tak tahu bila masa entah diorang rapat. Panas hati aku tadi siap main cuit-cuit hidung bagai. Eh, aku memang bingit dengan perangai dia, konon suci... tapi hati, lebih teruk perangainya tu?"
Didie : "Suci?"
Azrul : "Yelah, dia yang aku kenal bukan lah macam kita ni... maksud aku tu, tak menunjuk diri dia yang PLU tu. Selama yang aku kenal lah, tapi sejak kebelakangan ni, ada orang bagi dia hadiah, selalu keluar malam... dia biasanya terperap je dalam rumah... so, aku fikir dia dah ada someone lah, tak sangka someone tu Darwisy! Patut lah beria-ia sangat dia tak kasi aku berkawan dengan Darwisy, siap bergaduh lagi time celebrate birthday aku ituari. Jealous lah tu, now dah terbukti dia sengaja nak ambil kesempatan..."

Didie tergelak dengan kuat. Kalau ikutkan Zaidi dan Didie tidak lah patah macam Azrul. Didie dan Zaidi masing-masing masih berperwatakkan lelaki.

Didie : "Aku dah tahu lama perangai Rayyan tu..."
Azrul : "Haaa... lama?"
Zaidi : "Kau kenal pula dengan Rayyan, housemate si Azrul ni..."
Didie : "Yesss, aku kenal sangat dia! Sangat-sangat kenal! Ada masa banyak lagi kan kau berdua rehat... aku nak cerita dengan korang berdua siapa sebenar Rayyan Dasuki tu..."

Azrul dan Zaidi hanya mendengar dengan penuh teliti. Adakalanya Didie bercakap perlahan, untuk mengelak orang sekeliling dengar perbualan mereka...

Didie : "Kau memang akan tertipu dengan wajah konon suci dia tu..."
Azrul : "Aku macam tak percaya, tapi serious ke dia macam tu... tak mungkin lah!"
Zaidi : "Yelah tu, kau pasti ke dia Rayyan tu? Aku selalu jugak datang lepak rumah dia, dia nampak baik orangnya... memang nerd lah tak macam kita ni kaki clubbing..."
Azrul : "Tapi lepas apa yang aku nampak tadi, aku percaya lah cakap Didie. Sial lah dia tu, sengaja lah ambil kesempatan... apa dia ingat dia bagus sangat... oh, konon dah beli baju branded semua tu, kira dia HOT sangat ke apa..."
Zaidi : "Cliche sangat ayat kau tu..."
Azrul : "Betul lah... bukan dia bagus sangat pun, jangan kata kau tergoda tengok dia eh..."

Zaidi hanya mengangkat bahu. Sebenarnya macam tak percaya dengan cerita Didie tadi. Apa yang dia kenal walaupun tak rapat, Rayyan tak nampak seperti mereka. Seperti orang yang normal. Straight look. Baik. Memang orang yang rendah diri.

Didie : "Tapi bagus juga Darwisy buat macam tu, layan dia... dia akan terperangkap dengan jerat Darwisy tu..."
Azrul : "Kau pasti dia akan terperangkap ke? Kalau dibuatnya Darwisy tu jatuh hati betul-betul kat dia macam mana? Merana aku... ish, tak boleh jadi... tak mungkin Rayyan kampung tak sedar diri tu boleh dapat Darwisy..."
Didie : "Come on lah Azrul, Darwisy tu sangat HOT lah, kaya, badan tip-top, apa je yang tak ada lelaki tu. And lagi satu dia 'playboy', kau sendiri tahu dia macam mana... tak mungkin dia yang terperangkap, sedangkan dia yang pasang jerat untuk Rayyan tu... pada aku biarkan Darwisy tu mainkan permainan dia... sama-sama kita lihat Rayyan tersungkur, biar dia sedar dia bermain dengan api... silap besar..."
Zaidi : "Ayat macam kau tak suka sangat dia tu..."
Didie : "Memang, aku tak suka... aku benci, dan aku memang tak nak dia wujud dalam hidup aku, nak bunuh tu macam drama tv3 sangat kan, biar dia pergi jauh lah... orang macam tu yang konon baik je tu tak layak lah nak tunjuk bagus dengan kita... apa dia rasa dia hipokrit macam tu orang suka ke? Meluat aku... biar kita ni, buat dosa pun bukan menyakitkan hati orang lain..."

Azrul menangguk.

Zaidi menggeleng. Jujur, dia sendiri mengucap panjang dengar perkataan yang dituturkan oleh Didie. Tak sangka sejauh tu mulut dia berbicara.

Didie : "Macam ni, apa-apa pun esok kan ada birthday party aku kat rumah BF aku tu... why not kita kena kan Rayyan tu..."
Azrul : "Serious lah, tapi rumah BF kau tu ok ke nak buat party-party semua?"
Didie : "Jangan lah risau, rumah BF aku tu banglo lah... lagipun aku memang selalu buat invite orang buat party kecil-kecilan kat rumah BF aku tu..."
Azrul : "BF kau tu ok ke?"
Didie : "Ok je lah, kawan-kawan aku dia kenal... lagipun dia tahu yang kawan-kawan aku tahu pasal aku dengan dia..."
Azrul : "Syok lah ada BF macam tu, walaupun aku tak nampak dia macam PLU pun dalam gambar yang kau tunjuk tu..."
Didie : "Dia memang tak nampak PLU pun, cakap pun bukan macam PLU ni semua... kawan-kawan dia semua straight, tapi kawan-kawan dia tak tahu lah pasal aku dengan dia... eh, kau nak tak kenakan si Rayyan ni?..."
Azrul : "Aku lupa lah, seronok dengar cerita rumahtangga orang... apa plan kau tu..."

Didie tersenyum. Kemudian, dia menceritakan apa yang perlu di buat untuk kenakan Rayyan Dasuki.

...................

Aku memandang Mikhail Darwisy dari jauh. Lelaki tu masih tak perasan aku yang dah tiba dari tadi. Dah 10 minit aku duduk dalam kereta, sambil memerhati gerak-geri lelaki tu. Entah kenapa aku rasa tak betul dengan apa yang aku buat ni. Darwisy kelihatan hanya memerhati handphonenya, jujur... aku akui yang dia memiliki kesempurnaan diri, tapi kenapa entah aku benci dia, bukan lah terlalu membenci... tapi tak sekelumit rasa pun untuk aku nak mendekatinya.

Keluar dari kereta, dan terus menghampiri mejanya.

Aku : "Lama dah tunggu...?"

Darwisy memandang aku, terpaku... kemudian, dia tersenyum...

Arghhhhh! Aku memang tak suka senyuman dia tu...

Darwisy : "Hai U... I ingat U tak nak datang tadi... jom order... U nak makan apa, I belanja..."

Aku menggeleng...

Darwisy : "Kenapa? Tak nak makan?"

Aku hanya order minuman sahaja, tak rasa nak makan.

Aku : "Aku datang ni, niat aku nak tanya kau cara baik... apa yang kau nak sebenarnya dengan aku? Kau tak fikir kalau Azrul tahu pasal ni, dah tentu dia marah... kau tahu kan dia kawan aku, walaupun aku tak lah berkawan baik sangat dengan dia, tapi dia tetap duduk satu rumah dengan aku... dah tu dia suka kat kau..."
Darwisy : "U... kita malam ni date kan... come on, tak nak lah cerita pasal orang lain..."
Aku : "Please Darwisy, aku merayu... aku tak berminat untuk berkenalan, dan aku tak fikir untuk berkawan dengan kau... anggap je lah, aku tak setaraf dengan kau, kau sendiri tahu... kau buat macam ni, buat aku fikir... kau sedang permainkan aku... aku tahu aku ni macam mana, aku mungkin buruk, aku tak pandai bersosial... tapi jangan lah buat macam ni. Hina sangat ke aku ni?"

Darwisy setia memandang aku, tak juga senyum.

Aku : "Aku harap kau paham... aku tak nak kita macam ni, aku jadi fikirkan benda ni makin rumit... aku tak nak nanti Azrul tahu hal ni, dia fikir bukan-bukan pasal aku..."
Darwisy : "Tak... wait, kenapa U takut sangat dengan dia...? Ke U takut sebab benda macam ni boleh tunjuk siapa diri U yang sebenarnya..."
Aku : "Ha? Diri aku yang sebenar?"
Darwisy : "Rayyan, I tahu U tetap PLU, U tetap gay... U tetap bernafsu dengan lelaki, kenapa perlu hipokrit, bebaskan je apa yang hati U nak... do not control it, U tak boleh selamanya tutup diri U yang sebenar, being innocent atas diri U yang sebenarnya pada I ia sungguh kejam. Be free. I tahu U macam mana, U buat macam ni... cuba jauhkan diri dari I, I tahu U sebenarnya takut untuk jatuh cinta dengan I kan. Come on Rayyan, jadi diri U yang sebenar, nikmati apa yang U nak... jangan cakap sebelum ni U innocent sangat pasal ni semua, I tahu yang U pernah bersama dengan lelaki, tipu sangat kalau U cakap tak pernah... kenapa semua tu? U takut apa sebenarnya?"

Aku tergamam. Tak marah. Jujur, aku memang tak marah dia. Tapi apa yang aku perlu katakan lagi kalau dia dah hukum aku sebegitu rupa....

Darwisy : "Kenapa U pandang I macam tu? Takut nak jawab ke?"
Aku : "Jawab persoalan kau?"

Aku tersenyum. Kali ni, aku cuba untuk senyum... senyuman yang sengaja aku nak buat untuk perbualan ni nampak tenang. Tak tersentuh langsung pun hati aku dengan apa yang dia kata.

Aku : "Kau dah hina aku, sehina-hina yang kau mampu katakan pada diri aku. Macam mana aku nak jawab sedangkan itu hukuman kau pada aku. Perlu ke aku jawab, kalau itu dah termaktub dalam fikiran kau pasal aku... useless bro, tak bermakna pun aku jawab atau explain... sedangkan kau dah bulat-bulat kata aku macam tu..."

Aku tersenyum memandangnya. Kemudian, menghirup air yang terhidang di depan aku. Dia masih lagi memandang aku dengan tepat. Aku tak akan sesekali tewas dengan penghinaan seperti itu.

Darwisy : "Wow... U jadikan situasi ni sangat menarik Rayyan. Buat I tertanya-tanya... siapa U sebenarnya?..."
Aku : "Apa yang kau nampak tak semestinya sama apa yang kau fikirkan... aku tak sama dengan apa yang kau fikirkan... itu aku pasti..."

Aku mengangkat tangan memanggil pelayan, sambil menunjukkan isyarat untuk meminta bil.

Aku : "Maaf ya Darwisy, aku pergi dulu... dan lagi satu, kali ni aku ubah pendirian aku, aku tak kisah kalau Azrul tahu pasal kita, yelah, dia tahu pun benda yang silap. Yang sebetulnya, kau tahu aku macam mana... jangan rendahkan diri kau dengan orang macam aku, macam kau kata, kau boleh dapat seramai mana yang kau nak... jadi jangan bazirkan masa kau untuk orang macam aku... kau malu nanti... aku balik dulu ye, Assalamualaikum..."

Aku melangkah keluar dari restoran tu dengan tenang, dan aku yakin... aku tak akan toleh ke lelaki tu... lelaki yang sejujurnya menghina aku, tapi aku tetap dengan diri aku. Tak akan goyah sedikit pun pendirian aku... Mikhail Darwisy, kau betul-betul silap besar.

....................

"Betul ke ni rumahnya?"

Aku mengajukan soalan kepada Azrul.

Azrul : "Ish, kau yang tengok alamat kan, bukan aku..."
Aku : "Haaa, betul lah ni... besarnya rumah? Model je pun stay kat rumah macam ni ke?"
Azrul : "Aku cakap rumah dia ke?"
Aku : "Yelah, kau cakap ni rumah si Didie Irsyad tu..."
Azrul : "Ni rumah boyfriend dia lah, kaya kan BF dia... rumah BF dia pun, rumah dia juga... kau ni banyak cakap pula, dah jom, party dah nak start...!"
Aku : "Party? Weh, kau cakap majlis kecilan je. Ni sampai party ni semua, aku tak nak lah..."
Azrul : "Habis? Kau nak balik? Haaa, balik lah... cari teksi kalau ada kat sini..."

Memang tak ada lah ceritanya kat sini, nak keluar dari kawasan perumahan mewah ni pun perlukan masa nak sampai ke pak guard tu. Aku pula tak ada nombor teksi. Menyesal pulak terima pelawaan Azrul untuk naik kereta Razi, scandal baru dia tu.

Aku : "Ish patut aku tak pergi tadi, tak pun aku bawa kereta aku je tadi hantar kau..."
Azrul : "Nak bawa kereta kau, memang tak lah, buat malu aku je datang tempat macam ni dengan kereta buruk kau... dah beruntung Razi kasi pinjam kereta dia ni... kau ni, jangan bunyi sangat lah... jom cepat! Kita tak lama pun kat sini..."
Aku : "Janji eh tak lama...."

Azrul hanya tersenyum menyeringai. Takut pulak aku tengok dia senyum macam tu.

Azrul mengetuk pintu besar, yang dah semestinya dimiliki oleh rumah besar milik kononnya boyfriend Didie Irsyad. Sumpah, aku terasa kekok. Cuba bayangkan, aku yang biasa-biasa ni, nak masuk ke rumah besar, lepas tu ada birthday party seorang model yang terkenal jugak lah sebab selalu jadi cover magazine.

Seorang lelaki membuka pintu.

"Azrul!"

Azrul : "Hei Halim! Awal U sampai..."
Halim : "U yang lewat ok, Didie dari tadi sebut nama U je... come, ok... U bawa teman ke?" lelaki tu tersenyum memandang aku.
Azrul : "Sorry sikit. Ni housemate I lah, dia ni tak biasa pergi party ni, so... sekali sekala dia nak try ke party... I bawa je lah dia... kasi merasa..."

Ok fine, mula-mula pun Azrul dah malukan aku macam tu. Dia ingat aku nak pergi party bodoh ni.

Azrul : "Kau duduk lah dulu... aku nak jumpa Didie kejap..."

Aku hanya mengangguk. Baguslah, aku nak duduk je. At least, tak perlu orang nak tegur aku. Ramai juga kenalan Didie ni, dan semuanya nampak cool, segak... a few tu nampak lah gedik sikit. Tapi most of them, control mungkin. Aku yakin ni semua PLU, dan akibat realiti tu yang membuat aku serba-serbi kekok. Ada yang kadang-kadang memandang aku, aku tak tahu lah kalau-kalau mereka semua perli aku ke... sebab yelah, aku tak lah berpakaian semegah diorang. Apa yang Azrul kata, hanya majlis kecilan, di mana aku fikir tak perlu lah aku bergaya semacam, tapi tengok party ni, nampak semua orang bergaya macam kat red carpet. Yelah, party di rumah banglo yang mewah. Ada beza kot.
Tiba-tiba Azrul menegur aku, entah bila dia ada kat sebelah aku.

Azrul : "Beb, jom kita ke kawasan kolam jom... aku nak kau kenal dengan seseorang ni..."
Aku : "Kenal siapa?"
Azrul : "BF Didie lah, jom..."
Aku : "Aku segan lah Azrul, kau je lah ke sana ok, aku nak duduk sini..."
Azrul : "Kau ni datang rumah orang tak reti jumpa tuan rumah eh? Tak malu betul..."

Aku merengus. Rimas dengan perangai Azrul tu. Bukan aku nak pun pergi sini! Nak je jerit kat telinga dia.

Aku : "Yelah, mana boyfriend dia tu! Haaa, handsome sangat ke?"
Azrul : "Of course! Kau akan terkejut punya tengok..."

Aku mencebik. Memang tak lah aku berminat dengan semua ni.

Aku dan Azrul melangkah keluar ke laman rumah ni, memang besar rumah ni. Kolam nya pun dah macam kolam renang dah aku tengok. Nampak kelibat Didie Irsyad dan mungkin BFnya, yelah, kalau dah menepek kat lengan lelaki tu, confirm BF dia. Tanpa segan silu Didie mencium pipi lelaki tu. Aku tak lah nampak rupa mereka memandangkan aku berada betul-betul dibelakang mereka, tapi dalam jarak yang jauh.

Azrul : "Didie..!" Azrul memanggil Didie.

Namun, toleh sahaja lelaki yang berada di sebelah Didie tu, membuat aku terus terlepas phone yang berada di tangan aku. Terkejut dengan apa yang aku lihat depan mata aku. Dia! Dia BF  Didie? Selama ni yang Azrul cerita tu lelaki tu? Danial Ariffin.

Memang jelas wajah Danial juga terkejut sama melihat aku ada di sebelah Azrul. Azrul melangkah ke arah mereka. Tapi aku masih berdiri agak jauh, kaku... tak tahu aku perlu juga berhadapan dengan mereka, atau aku patut terus keluar dari rumah ni.

Azrul kembali menarik lengan aku. Kaki aku hanya mengikut gerak langkah Azrul untuk berhadapan dengan Danial dan juga Didie.

Didie : "Wow, Rayyan... thank you lah sebab datang kat party birthday I yang tak seberapa ni... kenalkan, this my partner... Danial, Danial Ariffin... U, kenalkan ni Rayyan Dasuki, housemate kepada my best friend..."

Aku takut untuk berpandangan dengan Danial. Kenapa Danial? Kenapa Danial perlu jadi teman lelaki kepada seseorang, dan seseorang itu lelaki? Kenapa? Adakah Danial, betul-betul dah menjadi salah seorang seperti mereka? Apa selama ni dia kata GAY itu jijik, termasuk dia hukum diri aku juga... tapi dia juga terlibat sama, malah lebih untuk tergolong dalam golongan tu.

Aku : "Kenapa Danial?"

Danial tersentap. Didie, malah Azrul juga. Masing-masing terkedu.

Aku : "Kenapa?" soalan tu betul-betul aku tak sangka ia terbit dari mulut, sedangkan aku hanya bertanya dalam hati aku.
Didie : "Wait, wait... sayang... U kenal ke Rayyan ni?"

Danial tak menjawab, matanya tepat memandang aku. Aku tak tahu apa perasaan dia sekarang.

Azrul : "Kau kenal ke Danial ni Rayyan..."

Aku juga tak menjawab. Diam.

Ramai orang sudah mula berkumpul di halaman rumah. Menjadikan suasana mula agak tak keruan apabila masing-masing di situ mula berbisik sesama sendiri.

Didie : "Oh ok, I tahu siapa U Rayyan... I boleh terlupa pula... guys!" Didie seperti mahu bercakap dengan semua kenalan dia yang ada kat sini... "kenalkan, Rayyan Dasuki, first person yang figure out Danial, yes my BF... no,no bukan lah mereka pernah couple macam I dengan Danial sekarang ni... cuma, apa tu... Rayyan ni dulu pernah crush, atau terjatuh hati, atau mungkin lebih tepat obses dengan my BF..."
Danial : "Didie, stop it! Ni bukan masanya..."
Didie : "Sayang, salah ke I temukan Rayyan ni semula kat orang yang dia pernah sukakan dulu...? I buat benda baik kot..."

Apa yang patut aku buat?

Azrul : "Oh, jadi kau dulu pernah obses kat Danial ni ke, weh, kau ni buat malu je lah, kau macam tak sedar diri kau tu siapa, Danial tu siapa... ish, malu je kau ni..."
Didie : "And most important thing, Rayyan ni pernah ajak having sex dengan Danial... hahahaha, is that funny?"

Orang di sekeliling aku semua tergelak. Aku tak tahu, adakah itu lawak atau mereka sengaja nak malukan aku. Tapi, sekarang bukan masa untuk aku fikirkan benda ni, tapi persoalan yang lebih besar, KENAPA DANIAL?

Aku : "Mungkin aku gila kan kau dulu... tapi, baguslah kalau kau sendiri tahu, di mana letaknya diri kau dengan aku Danial. I am so happy for U. By the way, happy birthday Didie, dan pastinya kau tak akan jadi partner Danial sekarang, kalau tak aku yang figure out siapa sebenarnya Danial ni... excuse me, I am so full, minta diri ke toilet kejap ya..."

"Wait Rayyan... tunggu..." suara Danial, tapi ia tetap menghalang aku.

Didie : "U, jangan lah kesian sangat, lagipun... ni hanya drama untuk berlawak, I am enjoying the moment, please jangan spoil kan malam ni, let him go ok..."


Aku berganjak dari berhadapan dengan mereka semua. Entah kenapa, aku tak rasa malu diperbodohkan sebegitu, tapi, hati aku kecewa... kecewa, bila seseorang yang kita sayang, yang kita fikirkan dulu turns out become someone yang unexpected. Aku kecewa! Ya, aku sayang Danial, aku sayang dia tanpa sebab kenapa, mungkin dulu benar aku cintakan dia, bukan lah sama perasaan aku sekarang ni. Tapi siapa yang nak tengok orang yang kita sayang, makin sesat sebegini rupa.

Di dalam bilik air...

Aku membiarkan diri aku lama di dalam bilik air, aku yakin, bilik air ni tak akan ada yang akan guna, sebab ia terselindung berbanding bilik air yang lagi hampir di ruang tamu dan dapur.

Apa yang aku rasa?

Nak nangis? Mungkin.

Kecewa? Terlampau kecewa.

Malu? Mungkin lepas ni aku akan malu dengan apa yang dah berlaku.

Semua tu bercampur jadi satu. Aku hilang langsung fokus, hanya apa yang aku tahu, aku terlalu kecewa dengan realiti yang aku tahu hari ni, malam ni. Adakah semua ni silap aku? Perlu ke aku bertanggungjawab atas apa yang dah berlaku?

Aku teringat balik, sebelum ni Danial pernah bagitahu aku yang dia perlukan aku. Adakah sebab ni? Tapi kenapa Danial sampai macam ni???

Ada ketukan pintu. Membuat aku tersentap.

Aku : "Kejap..!"

Flush boil toilet.

Membuka pintu perlahan. Masih tunduk sebenarnya, kali ni, aku rasa malu pula nak berhadapan dengan tetamu lain. Yelah, dah dimalukan macam orang tak ada maruah.

"Kenapa lama sangat dalam bilik air?"

Suara tu...

Memandang lelaki yang berada di depan aku.

Mikhail Darwisy.

Aku : "Kenapa kau kat sini..."

Dia masih memandang aku, kali ni tiada senyuman di wajah lelaki tu.
Darwisy : "Are U ok...?"

Aku tersenyum dan mengangguk perlahan.

Aku : "Lupa, kau best friend Didie, mestilah kau ada untuk celebrate birthday dia... mesti kau nampak and dengar kan perbualan tadi?"

Darwisy mengangguk...

Aku hanya menoleh ke ruang tamu, tak ramai orang, mungkin aku patut tunggu di luar rumah je. Nak balik pun aku tak ada transport.

Darwisy : "Kalau U tak ok, I hantar U balik rumah..."

Aku memandang Darwisy, tak sangka pula yang dia bermurah hati untuk hantar aku pulang, selepas aku dah dimalukan sebegitu, selepas apa yang didengar tadi sepatutnya lelaki tu turut gembira, mungkin sedikit kisah gelap aku dia dah tahu. Walaupun dalam keadaan yang tak betul ceritanya tu. Nak buat macam mana, aku sentiasa lemah bila berhadapan dengan Danial.

Darwisy : "Jom..."

Aku mengangguk.

Aku dan Darwisy meninggalkan rumah, yang sebenarnya di miliki oleh Danial.

Perjalanan menjadi sunyi. Kosong minda aku, entah tak tahu apa yang patut dibualkan. Serabut fikiran. Darwisy hanya membiarkan matanya tepat memandang jalan.

Aku : "Esok kau cuti?"
Darwisy : "Yes... kenapa?"
Aku : "Why not aku stay up rumah kau..."

Darwisy tergamam. Kemudian dia gelak.

Darwisy : "Are U serious...?"
Aku : "Kau pernah kata kau suka aku kan?"
Darwisy : "Ahaaa..." masih dengan sisa ketawa.
Aku : "Ok, bawa aku balik rumah kau, maybe kita boleh figure out sama-sama benda yang baru..."
Darwisy : "Boleh, tapi jangan salahkan I, kalau malam ni U ternoda... sebab, I tahu apa yang I buat, semua orang tak mampu nak tepis godaan tu..."
Aku : "Then, try me..."
Darwisy : "Adakah ni sebab Danial?"
Aku : "Forget about him, just enjoy the moment..."

(Di sudut lain, Mikhail Darwisy)

Darwisy hanya tersenyum. Kali ni dia pasti, Rayyan akan tersungkur, dan tunjuk siapa diri dia yang sebenar. Dia pasti, dia akan cuba untuk balas dendam yang terakhir, dan buat Rayyan tak akan lupa malam ni.

Tetapi, adakah dia pasti? Mungkin....

Memandang Rayyan, yang masih merenung ke luar tingkap. Sengaja dia mencapai tangan Rayyan, terkejutnya Rayyan tak menepis... dalam beberapa ketika, dia makin berani meletakkan tangan Rayyan yang masih di genggamnya ke pehanya atau mungkin lebih berhampiran alat sulitnya, sengaja untuk menguji. Ya, Rayyan tetap tak menolak. Peluang, jangan di tolak...

Dia tak akan lepaskan peluang ini. Why not, dia bagi pengajaran yang terakhir untuk Rayyan, setelah apa yang berlaku pada orang yang terdekat dengannya, Rayyan perlu diajar. Sama sekali perlu diberi pengajaran kepada Rayyan, supaya lelaki tu akan ingat sampai bila-bila tentang dirinya tu sendiri.

Darwisy hanya tersenyum memikirkan apa yang akan berlaku selepas ini....

ANTARA CINTA DAN NAFSUWhere stories live. Discover now