Episod6 (ANTARA CINTA DAN NAFSU)

2.9K 67 15
                                    

Episod 6

Minggu ni je dah 3 kali aku keluar makan malam dengan Danial. Aku tak tahu sebenarnya kenapa aku terima dengan pelawaan Danial. Jujur, aku rasa kosong. Aku nak benda kembali jadi normal, kalau orang tahu tentang kisah silam aku, dan dah tentu mereka pikir aku masih mengharap Danial, masih mengharap cinta dia. Tapi, aku tak mengharap cinta dari Danial. Ya, aku happy sebab dia dah maafkan aku, aku happy sebab orang yang aku selama ni mahu lihat dia bahagia, betul-betul nampak bahagia depan aku. Mungkin dia pernah jadi kawan baik aku, dan aku mahukan persahabatan tu kekal sampai bila-bila. Entah! Aku tak tahu apa yang aku rasa. Cinta tu masih wujud ke?

Danial : "Kau nampak lain sekarang Rayyan.."
Rayyan : "Apa yang lainnya? Aku rasa sama je?"
Danial : "Kau nampak lebih matang... lebih cute dengan jambang kau, dan sedikit misai tu," (sambil tangannya mencuit misai aku, buat aku tergelak sambil menepis), "kau nampak seorang lelaki yang berkerjaya walaupun kereta buruk kau tak melambangkan ia... senang cerita kau nampak lain... tapi kau nampak kurus sikit lah, dulu kau rajin pergi gym kan dengan aku, nampak lah badan kau tu macam dah tak pergi gym... aku dah stay sini, kita ke gym semula nak, atau main futsal sama ke dengan kawan-kawan aku? Sekurangnya kita kenang semula kisah kita yang lama... aku nak kembalikan masa kita yang lama, aku cari kau untuk hidupkan kisah kita yang tergantung tu..."

Aku menggeleng. Mana mungkin. Benda yang lepas tak mungkin kembali. Jujur, aku rindu kisah yang lama, mungkin aku nak hubungan tu kembali, tapi kisah lama tak mungkin akan kembali, aku akan pastikan ia tak akan kembali sebab aku takut untuk lalui kesilapan yang pernah aku buat tu.

Rayyan : "Kita akan berubah... kita semua akan berubah Danial, kita tak kekal pada di takuk yang lama, kita berganjak dan keluar dari garisan... aku bawa diri aku jauh, mungkin aku pernah larikan diri dari aku sendiri. Tapi, tak selamanya aku perlu ungkit kisah silam, aku dah bina hidup yang baru..."
Danial : "Tapi hati kau?"
Rayyan : "Hati aku kenapa?"
Danial : "Hati kau tetap sama macam dulu kan?"
Rayyan : "Sama? Aku tak paham, sama macam mana? Apa maksud kau?"

Danial melepaskan keluhan. Matanya di biarkan jauh memandang pemandangan laut, dan di hadapannya negara seberang iaitu Singapore. Kemudian dia tunduk. Pelik. Kenapa mesti dia sebegitu?

Danial : "Aku cari kau selama ni Rayyan..."
Rayyan : "Kau dah cakap banyak kali kot, ya, aku tahu kau cari aku Danial..."
Danial : "Kau tahu tak, aku sedar yang sebenarnya aku perlukan kau..."

Kali ni aku terdiam. Aku takut untuk mendengar perkataan selanjutnya. Aku tak tahu apa yang aku pikir. Adakah dia cari aku sebab yang lain?

Danial : "Kau masih cintakan aku?"

Diam. Masing-masing terdiam. Baik aku, baik dia.

Rayyan : "Kenapa kau tanya soalan tu?"
Danial : "Sebab aku nak tahu..."
Rayyan : "Kenapa kau perlu tahu? Aku dah cakap kan, kita lupakan perkara yang lepas..."
Danial : "NO!!! Aku perlu tahu perkara tu...!"

Diam.

Mendengar deruan ombak, tak berapa nak ombak sangat lah kat situ. Aku cuba untuk memahami keadaan, kenapa dia perlu herdik aku? Dia cari aku semata-mata untuk tahu itu? Atau dia masih simpan amarahnya.

Danial : "Cakap Rayyan, kau masih cintakan aku ke?"
Rayyan : "Tak..."

Kali ni dia terdiam.

Rayyan : "Danial, aku happy bila jumpa kau semula, selama ni aku berat menanggung rasa bersalah kat kau, beban yang aku tanggung tu... dan kau muncul, kau nampak happy, buat aku rasa betul-betul hilang segala bebanan tu... tapi, aku tak pikir kau masih pikirkan perkara ni... kalau macam tu untuk apa kau cari aku? Kau dah suruh aku berambus, aku dah buat yang terbaik dah pun Danial..."
Danial : "Kau orang pertama yang aku sentuh Rayyan, aku masih tak lupa malam tu, aku masih ingat malam tu macam mana, dan aku ingat bentuk kau malam tu macam mana, dan aku tak akan lupakan..."

ANTARA CINTA DAN NAFSUWhere stories live. Discover now