1 june 2018
"Sampai bila kau nak macam ni?!" V.Luke yang aku anggap sebagai rakan seperjuangan sehidup semati.
Kami berkawan sejak dari umur 12 tahun, pada masa itu kami sudah saling berjanji sumpah untuk sentiasa tolong- menolong, belajar ilmu vampire bersama, berkongsi pendapat, dan menjaga rahsia bersama!
Tetapi...
Aku tersengih dan membuang pandangan jauh darinya dengan- dengan si bedebah masih terperuk di situ.
"Kau kena sedar V.mike, mereka manusia kita vampire!" V.luke terlepas.
Segera itu seperti ada api marak di dalam kepalaku, memang sudah kupastikan kau memang mulut tempayan, aku tidak patut menganggap kau sebagai sahabat sehidup sematiku kerana kau sudah melanggar sumpah setia kita!
Tak berguna kau!
"Kau boleh bagitau semua orang pasal tu, tapi kau ingat janji kita dulu, aku akan balas dendam dengan kau," aku menunding jari berlagak pada v.luke.
Sementara itu v.tris sudah bersiap sedia mengangkat kaki.
V.luke seperti mengiyakan aku untuk membalas dendam padanya, dia seperti tidak patah dengan kata-kata ugutanku.
Dia berpeluk tubuh, dengan wajah yang tersenyum sinis padaku kembali.
"kau lapor diri pada v.xviii secepat mungkin sebelum sesuatu berlaku lebih teruk, mereka perlu keterangan kau," v.luke menerangkan padaku.
bagiku ini sudah melampau, kau sahabatku mengapa kau menyuruh aku serah diri bukan menyokongku?
"Aku takkan," kepala batuku semakin menjadi.
V.luke berjalan maju menghampiri aku, dia menepuk bahu kiriku.
Terasa seperti dia mendekati telinga kananku, dan tiba-tiba satu bisikan menerjah lembut masuk ke telingaku.
"Aku sudah beritahu segalanya pada v.xviii pasal percintaan kau dengan manusia perempuan itu..."
Masa bagaikan menjadi perlahan, aku menatap wajah v.luke sahabat sehidup sematiku.
Wajahnya tersenyum sekali, aku tahu dia sedang mencabar aku.
Tanpaku sedari kedua tanganku menggenggam kolar bajunya dengan kuat dan kejam sehingga membuat dia termandatori.
"Be-de-bah- kau-v.lu- .." kata-kataku tersangkut-sangkut.
V.luke kehilangan nafas, mahu meleraikan cengkaman paduku tapi tetap tidak berhasil.
V.Tris sudah lama melarikan diri.
![](https://img.wattpad.com/cover/152904559-288-k773617.jpg)
YOU ARE READING
✒alam vampire 2
VampirgeschichtenAlam vampire 2, bersangkut paut dengan di sebalik joel dan sara ... Nantikan kembalinya author Cancan (B+)