Portal berwarna hitam disinari dengan cahaya keunguan itu tepat berada di pintu masuk v.mike.
Manakala v.mike yang sudah tertidur- tidur ayam dari tadi tapi masih fokus dengan bunyi di sekitarnya.Sesekali dia membuka mata untuk menjenguk sama ada mana-mana vampire ingin berjumpa dengannya, sama ada atas urusan tertentu atau sekadar teman borak kosong.
Kelihatan tombol pintu dipulas seseorang, v.mike berpura -pura menutup matanya dan berdengkur sedikit.
Melalui derianya dia tahu yang bau itu milik v.luke sahabat baiknya.
Belum sempat v.luke menerjah ke arah sahabatnya, mulut v.mike sudah berbunyi,"nak apa borak-borak kosong lagi ke, asalkan ada minum-minum,"
V.luke mencebik " ceh, muka kau tak sah kalau tak kena belanja, masuk bulan ni dah empat kali aku belanja kau minum tau,"
V.mike terus bangun dari berbaring dan duduk di atas katilnya sambil meneruskan perbicaraan mereka berdua.
"Tak yah lah kita borak sini je, jika anda sayang dengan bajet anda ya," terang v.mike pada v.luke lagi.
Akhirnya v.luke tergelak juga dengan perangai sahabat baiknya itu. Hampir-hampir v.luke terlupa apa objektif dia untuk bertemu dengan sahabatnya tersebut.
Pada petang yang sungguh hening itu, v.luke terpaksa bertanya mengenai sesuatu yang disembunyikan oleh v.mike dalam beberapa bulan ini.
Walapun dia tahu benda itu, boleh dikategorikan sebagai privasi v.mike tetapi dia harus menyoal sahaja .Pertanyaan yang terbuku di dalam hatinya, adalah siapakah perempuan yang sering dijumpai oleh v.mike, setiap pukul 8 pagi sehingga 12 tengah hari? Setiap hari isnin sehingga sabtu? Di belakang pokok besar tempat tertanamnya ...
"Kau nak tanya aku sesuatu kan? V.luke?" V.mike menjeling tajam.
Tidak tahu mengapa v.mike terasa terancam jika v.luke mempersoalkan tentang dia dengan manusia perempuan itu. Sesungguhnya v.mike tidak perlu ceritakan apa-apa lagi sebab v.luke memang pintar dalam membaca gerak-gerik semua vampire di situ inikan lagi dirinya sahabat baik kepada v.luke.
V.luke cuba menidakkan seperti apa yang disangka oleh v.mike.
"Aku tak bermaksud nak kongkong kau v.mike tapi kita kena tahu batas lagipun mereka tu lain dari kita..."
V.mike membisu.
"Aku cuba rahsiakanlah perkara ni selagi tak ada masalah yang terjadi,ok?" V.luke sekali lagi berat hati ingin bersubahat dengan sahabat baiknya, namun apakan daya demi persahabatan mereka v.luke sanggup melakukan tipu di belakang pemimpin mereka.
Dalam dunia vampire mereka, adalah dilarang untuk bercinta dengan spesis manusia selepas peristiwa vampire Joel dan Sara dahulu. Biarlah cukup dua kali sahaja sejarah tersebut berlaku usah sampai ketiga kali.
"Terima kasih v.luke kau sahabat aku yang sejati sampai mati," v.mike memeluk v.luke dengan perasaan yang tinggi berharap dia dan manusia perempuan itu dapat bersatu seperti joel dan sara.
Hah inilah org zaman now, mabuk bercinta lepas tu minta kawan cover pulak 😂 - cancan

YOU ARE READING
✒alam vampire 2
VampirAlam vampire 2, bersangkut paut dengan di sebalik joel dan sara ... Nantikan kembalinya author Cancan (B+)