Jatuh

10 0 0
                                    

Jatuh
“setiap yang tuhan cipta itu ada hikmahnya,tiada satu pun yang sia-sia”


jatuh
“maafkan saya, awak carilah lelaki lain yang lebih baik”

Mesej itu dia terima dengan deraian air mata yang tanpa jedanya menghujani wajah. Dia hancur berdebuk terduduk dengan kepiluan yang tiada perinya. Iya, selaku manusia dia sejujurnya terhempas lebur, bagai tiada apa lagi yang dapat dia pautkan .

Malam itu dia suram tiada mesej, tiada suara , tiada video call seperti selalu, yang ada cuma lelehan air mata yang tidak reti untuk berhenti, dia paksakan jiwa membungkam diam namun jeritan itu terlalu kuat untuk dia tahankan, hati yang lebur seakan membenci untuk bercantum .
Bodoh !!! iya ,dia terlalu bodoh untuk semua ini. Ketawakan diri sendiri juga salah satu sebab membuat dia benci untuk hidup. Iya, benci untuk hidup! Dia tidak tahu bagaimana untuk senyum, untuk ketawa, untuk bercakap, untuk segalanya.

“ Aku tak reti !” bentak hati kecilnya. Jeritan itu hanya diluahkan dengan esakan tangis dan juraian air mata.
Seorang gadis naif bernama Melati yang baru pertama kali bermain api cinta, iya , dia terlalu naif dalam dunia cinta kerana dulunya dia meletakkan big NO untuk cinta atas ketelusannya dan kesungguhannya kepada ILMU.

Melati fokus mengejar cita-cita, sehingga tiada satu pun yang sempat singgah ke hatinya, semuanya tidak diendahkan tanpa sedikit pun kerisauan untuk hidup tanpa cinta manusia bernama lelaki. Melati terlalu syadid dalam mendefinisi cinta ajnabi. Syadid terhadap isu pergaulan antara lelaki dan perempuan .

Perkenalan secara kebetulan yang tidak disengajakan, iya dia cuba untuk nafikan saat ramai orang cuba mengiyakan tapi kita tahu tugas mutlak syaitan itu untuk menyesatkan dan menjatuhkan anak adam. Makanya, gadis ini sudah sedikit sebanyak terjentik hatinya untuk punya rasa cinta terhadap ajnabi. Satu rasa yang terlalu aneh hinggap dalam sanubari, takut, tapi dalam diam dia suka.

Begitu halus permainannya hingga anak gadis ini sudah tidak keruan menanggung kerinduan yang menggila, masanya lebih banyak dihabiskan dengan menatap skrin telefon bimbit jenama xiaomi menanti khabar daripada Tuah, lelaki dambaan Melati.

Hari-hari merupakan hari yang indah buat Melati, dengan ucapan selamat pagi tatkala buka mata, selamat malam sebelum menutup mata, senang cerita Melati tidak pernah sunyi dengan wujudnya Tuan walaupun jauh di mata, dia rasa Tuah ada untuknya. Senyumannya sentiasa dilirikkan saban waktu, tampak cerianya.

Pemikirannya melayang-layang, senyumnya melirik-lirik, dia banyak lalai melayan Tuah, Melati yang dulunya sibuk di atas tikar sejadah memegang al-quran kini bertukar sibuk memegang telefon bimbit, menatap, menaip mesej -mesej tak berasas. Sedikit sedikit masa untuk Tuhan yang Esa, dia sudah curangi dengan masa dia tersenyum membaca mesej berbaur cinta oleh Tuah.
Keluarga Melati juga sudah kenal Tuah oleh cerita cerita indah daripada Melati, namun bonda Melati tidak pernah setuju, mengiyakan apa sahaja cerita Melati juga tidak pernah. Iya, bukan bonda seorang, adik beradik bonda juga tidak. Melati ingin tahu sebabnya namun tiada seorang pun yang mahu mengkhabarkannya. Ianya terusan menjadi rahsia.

“Ma, kalau nanti Melati kahwin dengan Tuah mama okay?” tanya Melati. bonda Melati terus bangun dari duduk dan beredar, jelas menunjukkan jawapan yang bonda tidak berkenan. Melati diam, faham tetapi tetap menafikan sangkaannya itu dalam hatinya.

Bagi Melati, Tuah lah yang paling indah saat itu, dengan layanan yang menggoda, caring yang memikat, lantas manusia mana yang tidak tertawan. Diingatkan kembali, Melati ini belum pernah bercinta sebelum ini, lantas dia sangat naif lalu seia sekata dia terpukau dengan manisnya lelaki.

Sebelum Tuah datang, Melati merupakan gadis yang tidak pernah berhubung secara rapat dengan mana-mana lelaki, segalanya atas dasar tugas atau belajar sahaja. Melati tidak pernah bermesej menanyakan soalan-soalan remeh kepada mana-mana lelaki ajnabi. Melati mejaga batas pergaulan. Sekalipun rakan sekumpulan dalam kuliah di Universiti, andai kata perbincangan kumpulan sehingga 11;00 pagi makanya pukul 11:05 pagi Melati terus diam , membisu dengan mereka hatta terserempak di jalanan juga tidak disapanya.

membumilah jiwaWhere stories live. Discover now